Amalan Nisfu Syaaban - Cerita Ita                                                             Amalan Nisfu Syaaban Langkau ke kandungan utama

Amalan Nisfu Syaaban

Amalan Nisfu Syaaban

Amalan Nisfu Syaaban 


Assalamualaikum semua,  bermula maghrib tadi umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan malam Nisfu Syaaban. Umat Islam digalakkan membuat sebanyak mana amalan ketika Nisfu Syaaban. 


Nisfu Syaaban merupakan Hari ke 15 dalam bulan Syaaban dalam kalender Islam. Bulan Syaaban merupakan bulan persediaan bagi umat Islam untuk menghadapi bulan Ramadan. 

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban 


Mari kita pelajari apa amalan bagi menghidupkan Nisfu Syaaban yang dikongsikan oleh Ustazah Asma' binti Harun:


5 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA NISFU SYAABAN 


مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَي العِيْدَيْنِ وَلَيْلَةَ النِّصْفِ من شَعْبَانَ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ القُلُوبُ


Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam Hari Raya (Aidilfitri dan Aidil Adha) dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati mati.”


 (HR Thabrani, hadis sahih)


5 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA NISFU SYAABAN


1. PUASA


Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau berkata:


مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ


Maksudnya: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat Baginda SAW dalam sebulan lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.” 


(Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)


2. SOLAT SUNAT TASBIH


Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda:


يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً


Maksudnya: “Wahai bapa saudaraku Abbas, Aku ingin memberikan engkau sesuatu. Aku sangat mencintai engkau. Aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat yang mana jika engkau melakukannya Allah akan mengampunkan dosa engkau yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang terkemudian, yang sengaja dan yang tidak sengaja serta (dosa) yang rahsia dan yang terang-terangan. Sepuluh sifat tersebut adalah engkau solat sebanyak 4 rakaat. Engkau baca pada setiap rakaat al Fatihah dan surah lain. Apabila engkau sudah selesai membacanya di rakaat pertama, dan ketika itu engkau masih berdiri maka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar 15 kali kemudian engkau rukuk dan bacalah (zikir tersebut) 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari rukuk dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangun dari sujud bacalah 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangun dari sujud, bacalah 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat. Kalau engkau mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap hari Jumaat (seminggu sekali). Kalau tidak mampu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mampu lakukanlah sekali seumur hidupmu.” 


(HR Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah, hadis sahih)


Tatacara Solat Sunat Tasbih 


a. Niat Solat Sunat Tasbih Lafaz niatnya:


أُصَلِّى سُنَّةَ التَّسْبِيحِ رَكْعَتَين لله تَعَالَى


Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” 


b. Membaca surah al-Fatihah


c. Menyebut bacaan tasbih ketika:

 

• Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah lain: 15 kali tasbih 

• Rukuk: 10 kali tasbih 

• I’tidal: 10 kali tasbih 

• Sujud pertama: 10 kali tasbih 

• Duduk antara dua sujud: 10 kali tasbih 

• Sujud kedua: 10 kali tasbih 

• Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud: 10 kali tasbih. 


d. Bacaan tasbih:

سُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ لِلّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا الله وَاللهُ أَكْبَرُ 


Maksudnya: “Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.” 


e. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, boleh digantikan pada rukun solat yang seterusnya.


3. SELAWAT


Pada bulan Syaaban juga diturunkan ayat dianjurkan berselawat kepada Rasulullah SAW.  Firman Allah SWT: 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Maksudnya: “Sungguh Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”


(Surah Al-Ahzab: 56)


4. BACAAN SURAH YASIN MALAM NISFU SYAABAN


Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nabulsi, seorang mufti di Damsyik pada abad ke-16 menyebutkan di dalam kitabnya, Fadhail al-Ayyam wa asy-Syuhur, antara amalan orang-orang soleh pada malam ini adalah dengan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat fardhu Maghrib. 


Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, maka lakukannya selepas Solat Isyak. 


5. BANYAKKAN BERIBADAH DAN BERDOA


Selain dianjurkan perbanyakkan berpuasa, pada malam pertengahan bulan (Nisfu Syaaban) juga disunnahkan untuk perbanyakkan ibadah lain. Sebahagian tradisi masyarakat merayakan malam Nisfu Syaaban dengan berkumpul bersama-sama di masjid bagi melakukan ibadah dengan mengerjakan pelbagai perkara yang diredhaiNya. 


Ibnu Hajar al-Haytami menjelaskan di dalam kitab Qalyubi Wa ‘Umairah:


“Disunnahkan menghidupkan malam hari raya, dua Hari Raya (‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha), dengan berzikir dan solat, khususnya solat tasbih. Sekurang-kurangnya adalah mengerjakan solat Isya’ secara berjemaah dan membulatkan tekad (berazam) mendirikan solat Subuh berjemaah. Amalan ini juga baik dilakukan di malam Nisfu Syaaban, awal malam bulan Rejab, dan malam Jumaat kerana pada malam-malam tersebut dikabulkan doa.” 

Doa Malam Nisfu Syaaban 

Maksud Doa Malam Nisfu Syaaban dalam Bahasa Melayu 


Demikian disokong dengan satu hadis yang terdapat di dalam Kitab Sahih Ibnu Hibban: 


يَطْلَعُ اللهُ إِلَى خَلْقَِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ


Maksudnya: “Allah SWT memperhatikan setiap makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni seluruh makhlukNya kecuali orang kafir dan orang yang bermusuhan.” 


(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)


Imam al Syafi'i berkata:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam;  malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”


Menurut sebahagian ulama, sebahagian hadis mengenai keutamaan malam Nisfu Syaaban adalah dhaif. Namun tidak bermaksud ia melarang kita untuk merayakan malam Nisfu Syaaban dengan perbanyakkan beribadah. Hal ini kerana majoriti ulama membolehkan kita beramal dengan mengamalkan hadis dhaif seperti di dalam kitab Fadhail A’malز


Semoga bermanfaat buat ummah.

 

========================


Kredit kepada Ustazah Asma' binti Harun


Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...