Kos Pergi Haji Naik Lagi! - Cerita Ita                                                             Kos Pergi Haji Naik Lagi! Langkau ke kandungan utama

Kos Pergi Haji Naik Lagi!

Kos Pergi Haji Naik Lagi! 

Kos Pergi Haji Naik Lagi!
Kos Pergi Haji Naik Lagi! 


Assalamualaikum semua,  Lembaga Tabung Haji baru je mengumumkan pada hari ni Isnin, 20 Mac 2023 yang Lembaga Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah pada tahun ini (1444H/2023) meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji.


Kos Pergi Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas.

Kos Pergi Haji 2023 Naik Lagi! 

Pada musim haji tahun ini, kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas. Walaupun ada peningkatan RM1,000 namun Kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu.


Bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40, Bayaran Haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang.


Manakala bayaran penuh Kos Pergi Haji iaitu RM30,850 seorang ditetapkan bagi kumpulan T20. Mereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah juga perlu membayar penuh Kos Tunaikan Haji sebanyak RM30,850 seorang, melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.


Walaupun terdapat kenaikan Bayaran Haji itu, kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada Kos Haji manakala kumpulan M40 akan menerima bantuan sejumlah RM14,870 seorang atau 48 peratus daripada Kos Haji.


Mulai tahun 2001, Jemaah Haji Malaysia membayar sebahagian daripada kos untuk menunaikan haji manakala selebihnya ditanggung oleh TH melalui dana Bantuan Kewangan Haji yang dijana daripada hasil pendapatan pelaburan.


Sejak tahun 2001 sehingga 2022, sejumlah lebih dari RM2.2 bilion daripada hasil pendapatan pelaburan telah dibelanjakan oleh TH untuk Bantuan Kewangan Haji sahaja.


Jumlah Bantuan Kewangan Haji dianggarkan berjumlah lebih dari RM400 juta untuk 2023 walaupun terdapat peningkatan pada kadar Bayaran Haji tahun ini. Ini akan mengurangkan hasil pendapatan pelaburan yang boleh diagih kepada semua pendeposit TH.


Umat Islam juga perlu memahami konsep istito’ah di mana ibadat haji hanya difardukan kepada mereka yang berkemampuan. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin berkata kenaikan Bayaran Haji tahun ini adalah seiring dengan peningkatan kos menunaikan haji dan tidak dapat dielakkan berikutan faktor-faktor di luar kawalan TH seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 15%, peningkatan caj bagi perkhidmatan di Arab Saudi dan kos pasca wabak Covid-19 serta pembangunan di Makkah dan Madinah yang memberi tekanan kepada kadar sewaan bangunan penginapan.


“Peningkatan ketara adalah bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Arab Saudi termasuk kos penginapan, makanan, pengangkutan serta perkhidmatan di Tanah Suci,” kata beliau.


“Bantuan Kewangan Haji bersasar akan dapat mengurangkan beban kewangan TH agar dapat mencapai matlamat utamanya menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji Malaysia," tambah beliau.


“Peningkatan berterusan Bantuan Kewangan Haji setiap tahun juga akan memberi impak negatif kepada agihan keuntungan TH di masa hadapan” jelas Dato’ Sri Amrin. Menurut Dato’ Sri Amrin, TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023, dan bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 7 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.


Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.


Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan. Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram. Tahun ini pihak Kerajaan Arab Saudi tidak lagi menghadkan umur untuk tunai haji.


-Tamat-

PDF Kenyataan Akhbar Lembaga Tabung Haji


Aku tak tau nak ulas apa pasal isu ni.  Pada aku yang duduk di tangga M40 tapi masih berjuang untuk cukupkan keperluan di samping kena bayar cukai ni pun terfikir.. kalau difikirkan entah ada rezeki tak untuk kami tunaikan haji di masa akan datang. 


Apa pun aku sentiasa panjatkan doa semoga Allah panjangkan usia kami dan berikan kami kesihatan yang baik dan kecukupan untuk kami menunaikan rukun Islam yang satu ni. Semoga ada rezeki buat kami nanti. InsyaAllah. Sekarang ni kita berjuang dulu cukupkan simpanan untuk tanggung kos pergi haji ni. InsyaAllah. 


Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...