Resepi Ayam Masak Lemak Striking
Resepi Ayam Masak Lemak Striking |
Assalamualaikum semua, hari ni mood aku baik banyak nak masak. Terasa rajin jugak nak kongsikan resepi ayam masak lemak striking yang jadi kegemaran ni.
Bukan setakat kegemaran kami sekeluarga. Pernah jugak jadi kegemaran aku dan kawan-kawan di zaman sekolah dulu. Kawan-kawan sekolah asrama Maahad Muar, korang ingat tak lauk ayam masak lemak striking kegemaran kita ni?
Ayam masak lemak sedap |
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"
Sejarah Ayam Masak Lemak Striking
Nama ayam masak lemak striking tu dulu pun kami la yang bagi nama. Batch SPM 1996 Maahad Muar. Ada rahsia kenapa lauk ni kami namakan ayam masak lemak striking dulu tau. Asalnya makcik dewan makan asrama Maahad Muar dulu yang masak lauk ni untuk makanan tengahari kami.
Kalau waktu makcik dewan makan masak lauk ni dia punya aroma tu memang memikat betul. Sampai korang boleh jadi macam iklan adabi tu bawak pinggan la jadinya. Wangi betul oiii bau dia.. tapi satu je la masalah lauk ni.
Pelik kan lauk sedap tapi ada masalah.. haha.. Masalah dia lauk ni kuah dia tu. Striking ooo.. boleh bayangkan tak bila kami balik dengan pakai baju sekolah putih dan tudung labuh putih tu, makan tengahari lepas tu kuah kuning striking lauk ayam masak lemak striking tu terpercik kat tudung dan baju? Peh boleh nangis dia punya kesan peninggalan tau..
Sebab itulah dia dapat nama ayam masak lemak striking.. hehe unik kan namanya. Resepi ni puj sumbangan rakan baik aku yang rajin pulak temuramah makcik dewan makan tu mintak resepi macamana dia buat ayam masak lemak yang sedap ni. Mehlah aku panjangkan pahala makcik pulak.
Makan lauk ayam masak lemak ni je dah cukup tau |
Resepi Ayam Masak Lemak Striking
Bahan-bahan
Ayam dipotong sedang-sedang (aku guna 1 ekor ayam)
2 biji kentang (potong wedges dan goreng sekejap, ni takde dalam resepi asal aku tambah)
Serbuk kunyit secukupnya
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kotak santan
Garam secukupnya
Ajinomoto secukupnya
1 keping Asam keping (yang kecik je, ni pun resepi asal takde ni aku tambah)
Daun kunyit (boleh tambah jika nak lagi wangi)
Cara-cara
1. Letak garam dan serbuk kunyit pada ayam macam nak buat ayam goreng. Kemudian goreng sekejap je. Jangan garing cuma nak matikan darah je orang cakap. Macam nak sediakan ayam untuk masak merah atau masak kicap tu. Dah siap ketepikan sekejap. Biasa aku goreng kentang lepas goreng ayam tu.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Tumis semua yang dikisar tadi dalam minyak lebihan goreng ayam tadi. (kurangkan minyaknya ya. cuma ambik dalam 1/3 je dari minyak yang digunakan untuk goreng ayam tadi). Masukkan garam dan ajinomoto masa ni. Tumis sampai naik bau. Masa ni semualah ada kat rumah jenguk tengok apa kau masak 😂
4. Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Biarkan rempah tu mesra sekejap. Masukkan air sikit kalau terlalu kering. Api sederhana je tau.
5. Bila dah renehkan dalam 5 minit macam tu korang dah boleh masukkan santan.
6. Biar santan mendidih sikit, kemudian masukkan kentang yang dah digoreng tadi.
7. Boleh masukkan asam keping sekali waktu ni.
8. Biarkan kuah macam sebati dengan ayam dan kentang tu sekejap, dalam 5-10 minit macam tu dengan api perlahan. Kalau api kuat kang santan tu pecah minyak pulak.
9. Lepas tu boleh rasa dulu masakan korang untuk tau garam dah secukup rasa atau tau. Kalau ok bolehlah matikan api dan hidangkan. Waktu ni kalau korang suka daun kunyit boleh la tambah.
Adam makan sampai bertambah-tambah tau.. mata ke atas haa 😆 |
Korang cubalah masak lauk ayam masak lemak striking ni. InsyaAllah aku yakin yang sedap hasilnya. Orang yang takde selera makan pun dialu-alukan cuba gerenti bertambah-tambahlah makan. Tengok je la muka si Adam yang sampai mata dah ke atas tu haa.. haha.. selamat mencuba ya!
Ceritaita
Nampak sedap..kaler dia tu attractive...terang benderang...anak2 buah akak panggil lauk macam ni soup yellow...😆😆
BalasPadamPeh, striking tol kaler dia tapi tengok resepi tak ada yg luar biasa, cemana leh jadi striking ek?
BalasPadamsebab dah goreng tu kak, tu rahsia dia. hehe
Padam