Review Beg Sekolah Swan untuk Abg Chik! - Cerita Ita                                                             Review Beg Sekolah Swan untuk Abg Chik! Langkau ke kandungan utama

Review Beg Sekolah Swan untuk Abg Chik!

Review Beg Sekolah Swan untuk Abg Chik!

beg sekolah swan troli
Review Beg Sekolah Swan untuk Abg Chik!


Assalamualaikum semua, dah nak hujung dah persiapan kami untuk anak-anak kembali ke sekolah ni. Bila dah hujung-hujung ni barulah terfikir nak semak beg sekolah anak-anak sama ada boleh digunakan lagi ke tak. Biasanya kami takkan ganti baru untuk beg sekolah anak ni kecuali begnya memang dah tak boleh nak dipakai lagi dah.

Tapi bila aku check beg Abg Chik baru ni.. ya Allah azabnya la beg sekolah dia ya.. padahal baru jugak lagi dibelikan beg sekolah tu. Betul-betul lasak anak yang sorang ni. Jadi bila difikir-fikir balik untuk anak yang agak lasak ni patut dibelikan beg yang tahan lasak dan puashati bila guna. Itu yang buat kami buat keputusan akhirnya beg sekolah Swan Smile Pop Up Roll untuk Abg Chik! 

Ciri-ciri Beg Sekolah Swan Smile Pop Up Roll untuk Abg Chik!

Review Beg Sekolah Swan untuk Abg Chik!


Aku nak kongsikan dengan korang review beg sekolah Swan Smile Pop Up Roll dan apa ciri-ciri beg sekolah Swan ni yang menarik hati aku sampai jadi pilihan aku untuk dipakai anak kami. Beg sekolah Swan yang kami pilih ni :

1. Cantik dan banyak pilihan warna

Pertamanya tentulah sebab beg sekolah ni cantik. Ini memang ciri-ciri utama dalam pemilihan mana-mana barangan pun kan. Siapa je yang nak pakai beg yang tak cantik. Anak-anak zaman ni pun dah tau memilih ok. Dia ada pelbagai pilihan warna. Ada 4 pilihan kalau tak salah aku.. ada warna biru, hitam, pink dan purple.. aku pilih yang hitam sebab warna ni cantik pulak pada pandangan aku.

2. Ringan

Betul tau, waktu pertama kali aku pegang beg sekolah Swan ni aku tergamam gak. Sebab terkejut jugak yang beg sekolah Swan ni rupanya ringan je ok. Aku membayangkan beg dia besar dan berat sebab dia saiz XL tapi eh rupanya ringan betul. Jadi taklah jadi beban untuk anak-anak bawa beg sekolah. Maklumlah buku-buku je dah cukup berat, jadi ciri-ciri beg sekolah yang ringan ni sangat penting jugak.

3. Ada troli yang mudah ditanggalkan dan ringan

Yang ni memang sesuai la untuk Abg Chik, sebab bila naik darjah 3 tahun ni kelas dia nun di atas tingkat 3 tu haa.. dia pulak memang dah lama mintak beg troli tapi kami berbelah bagi nak belikan sebab selalunya beg sekolah yang ada troli tu kan berat. Tapi beg sekolah Swan ni troli dia sangat-sangat ringan ok. Serius, tak tipu punya.

Troli dia sangat ringan dan roda dia senang nak bergerak


Roda dia pulak boleh bergerak 360 darjah jadi senang betul nak sorong dan tarik. Tak tersangkut langsung la bila Abg Chik guna. Bila letak beg atas troli tu pulak senang je nak pasang dan bukak. Abg Chik pun boleh buat sendiri.. eh dia pulak yang ajar mak dia ni cara nak pasang beg tu ke troli.. haha

4. Tali yang berspan tebal

span tebal pada talinya


Tali untuk sandang beg sekolah Swan ni pulak ada span tebal dan sangat selesa kalau anak-anak nak kendong beg ni kalau tak guna troli. Kalau kendong dengan troli pun tak sebabkan anak rasa sakit. Kiranya selesa je la.

5. Ada poket kiri kanan beg

poket macam ni ada kiri dan kanan ya


Ciri poket ni biasanya kalau mak-mak macam aku ni memang perati la kan... Sebab nak bagi anak selit botol air tu senang sikit kalau ada poket ni. Poket dia tinggi dan korang takyah risau botol air boleh terkeluar dari poket waktu anak-anak sorong atau tarik beg ok. Sedang elok je..

6. Ruangan luas dan ada banyak ruang

ruangan depan sekali


Yang ni aku selalu tengok sebab untuk Abg Chik ni selalunya dia main bubuh je semua barang dia dalam satu poket bercampur-campur dah kat dalam tu. Itu kalau beg satu je ruang dia. Lagi pulak dia ni kan ada masalah dengan telinga dia. 

ni ruangan kedua

ni ruangan paling besar.. luas betul

Jadi kalau beg sekolah ada banyak ruangan macam beg sekolah Swan ni aku senanglah nak ajar dia susun kat ruangan mana dia boleh letak tisu dan topeng muka yang belum digunakan. Dia biasanya akan bawak tisu basah, tisu kering dan juga sapu tangan. Yang ni boleh letak kat satu ruangan. Topeng muka boleh letak kat sebelahnya pulak.

7. Ada mainan pop-up yang comel 

pop up comel.. nanti aku nak letak sekali hand sanitizer kat sini


Comel benar bila tengok beg ada pop-up comel tergantung kat tepi macam atas ni kan.. Korang boleh dapatkan pop-up ni percuma dengan beg sekolah Swan Smile Pop Up Roll ni.. lepas tu sedang elok jugak kalau letak hand sanitizer situ.. boleh gantung je sekali dengan pop-up yang comel ni.

8. Zip yang besar dan mudah ditarik

zip dia


Zip ni sesuai la untuk anak-anak guna. Mudah dibuka dan ditutup. Kepala zip pun besar mudahlah anak-anak nak pegang.

9. Ada ruangan untuk meletakkan nama

boleh la tulis nama dan nombor telefon untuk kecemasan


Ciri ni bagus untuk mengelakkan kecurian atau kesilapan salah bawak beg orang bila ada beg yang sama. Korang boleh tulis nama anak-anak dan butiran lain kat situ. Nak tulis nombor telefon mak ayah pun boleh. Boleh la anak-anak korang guna bila ada kecemasan.

10. Ada waranti sehingga 6 bulan

Yang ni paling best la.. pernah ke korang dapat waranti bila beli beg sekolah. Aku akui yang kami memang tak pernah dapat ok. Ni dengan pembelian beg sekolah Swan Smile Pop Up Roll XL dan XXL korang boleh dapatkan waranti sehingga 6 bulan untuk repair dan servis. Jadi boleh tenanglah ribut jiwa mak-mak dan ayah-ayah.. haha.

Aku dah kongsikan review beg sekolah Swan Smile Pop Up Roll ni dan kelebihan dia yang bagus pada pandangan aku. Kalau korang rasa sesuai dan berbaloi untuk korang cuba korang boleh dapatkan di semua cawangan Swan yang berdekatan. Kalau tak tau mana nak cari boleh rujuk butiran mereka di bawah ni termasuk laman web Swan. Nak beli secara online pun boleh.

Swan Bag

Laman web Swan Bag : https://www.swanbag.com

Facebook Swan Bag : Swan Bag Facebook

Instagram Swan Bag : Swan Bag IG 


Aku harap kali ni beg sekolah Abg Chik dapat bertahan lama sikit dan dia mudah nak angkut buku-buku dia yang berat tu untuk naik turun tangga hari-hari. Dia pun dah tak sabar dah nak ke sekolah bila dapat beg baru yang cantik ni. Senyum makin lebih la bila dapat beg sekolah SWAN Smile Pop Up Roll ni. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak bersekolah nanti.  

Ceritaita


Ulasan

  1. Beg sekolah Swan memang tahan lama kak. Bagus belikan abg ngah beg ni

    BalasPadam
  2. swan semestninya bagus utk anak2

    BalasPadam
  3. Senang tarik jer kan...xde la sakit bahu kalau banyak buku berat2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...