Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV - Cerita Ita                                                             Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV Langkau ke kandungan utama

Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV

Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV

temuduga terbuka KV
Hadir temuduga terbuka KV 


Assalamualaikum semua,  dah lama aku nak tulis pasal abg long hadir temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang ni. Sejak hari temuduga tu lagi. Tapi disebabkan jadual harian yang sangat padat.. akhirnya aku terlelap sebelum sempat menulis.


Hari ni aku nekad nak tulis jugak terutama lepas tengok keputusan temuduga terbuka KV dia siang tadi. Mungkin rezeki awal Ramadan tahun ni agaknya. Syukur kami dapat sambut awal Ramadan dengan berita baik tahun ni. 


Masa awal keluar borang permohonan ke sekolah khusus tu abg long memang mintak KV sebagai pilihan pertama dan ketiga tapi dia mintak aliran Komputer. Pilihan pertama di Sepang dan ketiga di JB.. tapi malang bagi abg long sebab keputusan tak berjaya. Kami terus tak buat rayuan dah. 


Persediaan untuk pemohonan rayuan ke KV

Lepas tu aku dapat tau pasal temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang ni minggu lepas lagi jadi aku mintak abg long isi borang online tu dan kami tangguh lagi hantar sebab keputusan PAJSK, PBD dan ujian Psikometrik dia tak dapat lagi waktu tu. 


Kami tanda aliran yang dia nak elektrik sebagai pilihan pertama dan elektronik pilihan kedua.. tapi selepas tu aku berbincang kira hati ke hati la dengan abg long.. tanya dia sebenarnya apa dia nak jadi dan buat lepas habis belajar. 


Dia kata dia nak buka syarikat sendiri. Aku kata apa yang dia nak ambik ni memang boleh kalau dia ada cita-cita nak buka syarikat sendiri tapi kena ingat saingan agak sengit. Peluang nak dapat mungkin tipis sebab dia dah kira panggilan kedua. Jadi aku tanya dia.. apa kata kalau dia ambik aliran yang boleh cari makan tapi kurang saingan? 


Abg long tanya aliran apa ummi? Aku kata akaun la.. semua orang kata akaun susah.. ummi pun kata susah jugak.. tapi ummi percaya abg long mampu buat. Kalau ambik akaun insyaAllah peluang kerjaya ada je kat mana-mana samada kerja sendiri atau kerja makan gaji dengan orang.


Tak lama pun dia fikir,  ok ummi boleh.. saya ambik akaun la. Saya pun tak pernah ada pendedahan pasal akaun tapi insyaAllah saya cuba buat yang terbaik. Aku kagum dengan semangat anak bujang aku yang sorang ni.


Tapi aku ingatkan dia,  belajar kat KV dah kena fokus.. jangan main-main macam awak sekolah dulu. Kalau main-main dan gagal dah takde u turn dah.. Sebab dah tak ambik SPM lagi dah.. Dia angguk dan faham bila aku terangkan. 


Dan aku nampak dia memang dah tetap pendirian dia. Banyak kali dia mintak maaf sebab kami dah bayarkan yuran sekolah tingkatan 4 dia dah lebih RM200 jadi dia tau dia dah susahkan kami jugak. Aku kata memanglah terasa tapi apa nak buat dah anak nak belajar. Tugas sebagai mak bapak memang kena sediakan kemudahan buat anak-anak. 

Sesi temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang


ni waktu kami hala balik rumah... panas terik tapi senyum tetapppp


Pada hari dia hadir temuduga terbuka KV tu pun dia masih mintak maaf. Tak dinafikanlah abg long anak yang baik. Waktu hari temuduga tu dia terus dibawa ke dewan. Aku yang teman dia kena tunggu dekat kafeteria. Tak lama aku tunggu dalam sejam macam tu. Tulis draf blog pun tak habis..haha..tetiba dia dah sergah belakang aku. 


Baliknya tu kami jalan kaki sambil bercerita apa yang ditanya. Perjalanan kami dalam 10 minit la macam tu. Cuma payah sikit kena rentas jalan besar. Aku tanyalah abg long apa yang ditanya.. dia kata cikgu tu tanya dia sebab kenapa nak minta aliran akaun. Dia jawab sebiji macam dia cakap dengan aku sebab nak buka syarikat sendiri. 


Cikgu tu tanya lagi siapa beri inspirasi pada dia untuk buka syarikat sendiri.. Dia jawab ayah. Ayah saya meniaga. Jual air balang depan rumah. Kagum la mak kau dengar wahai anak.. Sejujurnya aku tak pun sediakan anak-anak setiap kali temuduga. Semuanya atas kemampuan diorang sendiri la. 


Abg long kata lagi cikgu tu tanya ok ke kalau duduk dalam kelas ramai perempuan.. Hahaha.. aku agak dah soalan ni. Tentu tak ramai lelaki mintak aliran akaun di KV ni. Abg long jawab saya ok je. takde masalah. Dia ni semua ok haha.. no gender issue la kalau abg long.. dulu pun ramai gak kawan perempuan masa kat JB.. 


Lepas balik tu dia cakap jugak.. dia rasa sangat kerdil waktu temuduga tu. Dia tak rasa yakin pun. Rasanya macam tengok orang lain jauh lebih layak dari dia. Dah la badan saya kecik kata dia. Aku kata kat dia kita ni manusia memang kerdil nak.. tapi kita je tak sedar.. selalu je buat benda salah. 


Apa pun dia dah usaha yang terbaik waktu tu dan kami panjatkan je doa supaya dia berjaya dab dapat capai cita-cita dia satu hari nanti. Siap dengan pesanan.. ni mak kau dah berhabis bayar yuran bagai ni.. esok dah tua kau jangan buang pulak mak kat rumah orang tua-tua.. haha.. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Mudah2an abang long akan berjaya melanjutkan pelajaran ke KVK

    BalasPadam
  2. Semoga abang long berjaya mencapai cita-cita nak ada perniagaan sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...