Warna Hood Graduan di Universiti Putra Malaysia
Warna Hood Graduan UPM |
Assalamualaikum semua, baru ni aku terpandang gambar-gambar graduan UPM yang baru bergraduat. Terpandang hood graduan UPM yang dipakai graduan tu buat aku teringat hood yang kami pakai dulu.
Kalau dulu bila tengok hood yang dipakai pun kita boleh tau itu graduan dari fakulti mana. Macam kami dulu dari Fakulti Perubatan Veterinar jadi hoodnya berwarna ungu atau purple. Lembut warnanya. Tapi yang pakai tidaklah lembut mana.. hahaha..
Warna Hood Graduan Universiti Putra Malaysia |
Sekarang ni dengarnya dah ada 18 warna hood untuk graduan UPM. Makin banyak. Masa kami belajar dulu tak banyak sangat rasanya. Sebab kami masih boleh cam lagi orang tu dari jurusan apa bila tengok hood. Tapi sekarang ni dah ada bermacam jurusan juga.
Marilah kita tengok 18 warna hood yang ada ni dari fakulti mana. Kredit gambar dari facebook Universiti Putra Malaysia (UPM) bersempena majlis graduasi UPM yang ke 42 tahun pada tahun 2018.
Warna Hood Graduan di Universiti Putra Malaysia
Warna Hood Graduan UPM |
1. Hijau daun - Fakulti Pertanian
2. Coklat mahogani - Fakulti Perhutanan
3. Ungu - Fakulti Perubatan Veterinar
4. Biru air laut - Fakulti Pengajian Pendidikan
Warna Hood Graduan UPM |
5. Jingga - Fakulti Kejuruteraan
6. Kuning gading - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
7. Kuning kunyit - Fakulti Sains
8. Kuning emas - Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Warna Hood Graduan UPM |
9. Merah api - Fakulti Rekabentu dan Senibina
10. Platinum - Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
11. Biru nila - Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan
12. Coklat emas - Fakulti Ekologi Manusia
13. Ungu kundang - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
14. Biru firus - Fakulti Pengajian Alam Sekitar
Warna Hood Graduan UPM |
15. Kuning air - Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB
16. Merah jambu - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
17. Kelabu - Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
18. Kuning kemerahan - Sekolah Pengajian Siswazah
dah tengok semua? jadi warna mana yang terpaling cantik?
Ceritaita
Ada warna yg tak match dengan jubah walaupun cantik, tapi jenuh jugak tu kalau nak kena ingat sampai 18 warna. Kita pilih warna gambar last.
BalasPadam