Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama Malaysia Book of Records - Cerita Ita                                                             Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama Malaysia Book of Records Langkau ke kandungan utama

Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama Malaysia Book of Records

Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama dalam Malaysia Book of Records menerusi kempen #KuihRayaDariHati


Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama Malaysia Book of Records


Assalamualaikum semua, baru ni aku ada dijemput ke majlis meraikan kejayaan Cadbury Dairy Milk dan MYDIN yang bertempat di Johor Bahru. Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara.

Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin.

Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati

Sumbangan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan


Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan. Dengan sokongan daripada chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute) rakyat Malaysia dapat mengeratkan ikatan silaturahim dan berjaya menghasilkan sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury.

“Kami tersentuh hati dan berasa bangga dengan sambutan daripada rakyat Malaysia yang menunjukkan sifat pemurah dengan menyumbangkan masa, tenaga serta keprihatinan untuk berkongsi keceriaan bersama golongan yang memerlukan. Kami juga berterima kasih kepada MYDIN selaku penganjur yang banyak memberi sokongan serta dedikasi sepanjang program ini berlangsung. Acara ini membuktikan bahawa kebahagiaan boleh dikongsi melalui sumbangan dan dapat memberikan impak positif kepada komuniti,” 

kata Narmeen Khan, Pengarah Urusan Mondelēz International Malaysia & Singapore.

“Kami di MYDIN amat berbesar hati dapat bekerjasama dalam kempen Kuih Raya Dari Hati bersama Cadbury Dairy Milk untuk menjadikan Ramadan ini suatu kenangan bermakna buat komuniti yang memerlukan melalui MYDIN Prihatin. Hasilnya, sebanyak 26,550 kuih tart Cadbury berjaya disalurkan kepada 21 badan dan rumah kebajikan yang  memberikan manfaat kepada lebih 900 penghuni. Kempen ini memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam kebajikan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang,” 

kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).


Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury

Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury yang banyak dalam jangka masa yang singkat telah diadakan di pejabat Mondelēz International pada 7 April yang lalu. Sijil pencapaian telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh dan Siti Hajar Johor kepada Narmeen Khan. Turut hadir wakil MYDIN iaitu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Datin Wira (Dr) Hajah Siti Hawa Mohd bersama chef selebriti Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain. Tidak ketinggalan, pengacara majlis iaitu Nazrudin Rahman dan Chris MJ yang memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. 

Dapatkan peluang untuk menebus barangan eksklusif dUCk x Cadbury Dairy Milk seperti tudung eksklusif, apron, sarung tangan ketuhar, set membuat kuih raya atau baucar diskaun dUCk dengan setiap pembelian produk Cadbury Dairy Milk bernilai minimum RM15 dalam satu resit. Dapatkan maklumat lanjut mengenai tempoh penebusan di seluruh negara hingga 30 April ini dengan melayari https://bit.ly/CDMRaya23.

Tahniah diucapkan buat team Mondelēz International (Malaysia) dan MYDIN atas kejayaan ini. Maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia boleh didapati di laman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.


Ceritaita


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...