Ceritaita : Menu Iftar Buffet Ramadan di Hotel Sentral JB 2023 - Cerita Ita                                                             Ceritaita : Menu Iftar Buffet Ramadan di Hotel Sentral JB 2023 Langkau ke kandungan utama

Ceritaita : Menu Iftar Buffet Ramadan di Hotel Sentral JB 2023

Menu Iftar Buffet Ramadan di Hotel Sentral 2023 

Berbuka Puasa di Hotel Sentral JB


Assalamualaikum semua, dah masuk 15 Ramadan dah pun sekarang ni.. sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je tunggu-tunggu bulan Ramadan tiba sambil nyanyi-nyanyi lirik lagu Ramadan Tiba nyanyian kumpulan Opick. Memang jadi siulan mulut anak-anak kat rumah ni. Seronok masing-masing nak tunggu bulan Ramadan.

Sekali dah sampai cepat sangat rasanya berlalu. Belum sempat aku nak ceritakan pasal menu iftar atau menu berbuka kami untuk Ramadan pertama.. tiba-tiba dah sampai hari ke 5 dah pun. Jadi sebelum ianya lagi cepat berlalu aku nak ceritakan menu iftar kami pada hari pertama Ramadan baru ni di Hotel Sentral JB..

Cerita berbuka puasa 1 Ramadan 

Kami rasa bertuah bila dapat sama-sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Setanggi di Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Hotel Sentral pada 1 Ramadan baru ni. Dengan bertemakan menu iftar Jelajah Rasa Bersama Sentral yang menghidangkan banyak juadah yang sedap-sedap betul untuk kami hari tu.

Nasi Beriyani


Antara juadah yang ada dalam buffet Ramadan di Hotel Sentral JB hari tu ialah Nasi Beriyani, Ayam beriyani, Asam Pedas Daging Tetel (yang ni kami ulang-ulang makan, kegemaran kami ni), Kurma telur, Ikan masak kari mamak, Lala black pepper, Paceri Nenas, Dalca Sayur, Kambing bakar, Mee sup, Ayam goreng berempah, Kue tiaw goreng, Rojak buah, ulam-ulaman dan salad, goreng-gorengan (cekodok dia sedap sangat), kuih-muih dan buah-buahan serta pelbagai jenis air.

Dalca sayur

Paceri nenas

Lala Black pepper

Ikan Kari Mamak

Asam pedas daging tetel - sedap ni

Telur Kurma

Ayam masak beriyani


cucur -sedap sangat

ayam goreng berempah

pilihan air yang ada

pilihan pencuci mulut

pelbagai jenis sambal tempatan dan kuah rojak

Bahan rojak

Kambing bakar


Berbuka puasa bersama anak-anak yatim

Antara anak-anak yatim yang ada ketika majlis bacaan yassin


Acara hari tu dimulai dengan kehadiran anak-anak yatim sebagai jemputan istimewa dan diikuti dengan majlis bacaan yassin dan tahlil.. Bila habis je sedang elok dah dekat sampai waktu berbuka jadinya ambiklah makanan yang dihidangkan untuk berbuka. Anak-anak kami ni memang suka la diberi pilihan untuk ambik apa yang diorang nak makan.

Majlis sumbangan kepada anak-anak yatim


Syukur alhamdulillah, kami puas menikmati makanan yang dihidangkan buat kami hari tu. Di penghujung acara ada penyerahan sumbangan dari pihak hotel kepada anak-anak yatim serta bahagian pengurusan Rumah Anak Yatim Setanggi. 

Barisan staf hotel bersama anak-anak yatim

Bergambar bersama-sama kami


Aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Hotel Sentral JB kerana beri kami peluang bersama-sama dalam majlis macam ni. Semoga rezeki mereka semakin melimpah ruah dengan kebaikan yang mereka taburkan terutama buat anak-anak yatim yang dijemput.

Kalau sesiapa yang teringin nak sertai merasa menu iftar buffet ramadan di Hotel Sentral JB ni bolehlah menghubungi pihak hotel seperti di bawah ni:

Buffet Ramadan Jelajah Selera Bersama Sentral

Tarikh. : 24/03/23-20/04/23
Masa : 6PM-9PM
Harga 
Dewasa: RM70 nett
Kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas : RM40 nett 

Untuk Tempahan, Sila hubungi
+6072227788

ATAU

Shah : +60129883710/+60187706002

ATAU

RAFIZI: +60127128473


Anak-anak paling gembira hari pertama berpuasa ni. Sebab berpeluang makan buffet Ramadan dengan banyak pilihan makanan. Korang kalau nak gembirakan anak- anak macam kami ni silalah tempah jugak. Selamat mencuba korang!

Ceritaita

Ulasan

  1. waaahhhh lala & kambing bakar! waduhhh tersinggah sini tengah hari T__T

    BalasPadam
  2. best betul..lama dah x berbuka kat hotel

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...