Nak sedekah macam Khairulaming? Lebih mudah dengan Sujood - Cerita Ita                                                             Nak sedekah macam Khairulaming? Lebih mudah dengan Sujood Langkau ke kandungan utama

Nak sedekah macam Khairulaming? Lebih mudah dengan Sujood

Sedekah lebih mudah dengan aplikasi Sujood


amalan 10 akhir ramadan
Amalan Akhir Ramadan

Assalamualaikum semua, kita dah masuk ke 21 Ramadan 1444 dah hari ni.. kejap je masa rasa berlalu. Dah masuk 10 Ramadan yang terakhir pun dah. Terasa macam baru je tunggu kedatangan Ramadan, tau-tau dah nak habis. Bila dah di penghujung Ramadan ni kan kita patutlah tumpukan amalan yang patut dibuat sebelum bulan Ramadan berakhir. Antara amalan yang boleh diamalkan macam cadangan seperti dalam gambar cadangan amalan 10 Ramadan terakhir macam kat bawah ni.


Kisah Khairulaming dan sedekah


Seronok nampak muka-muka pekerja dia

Baru-baru ni aku terbaca pasal kisah seorang influencer bernama Khairulaming yang beri cuti pada semua pekerja di kilang sambal nyet dia dan bawa semuanya untuk berbelanja baju raya dan bagi duit raya sekali. Teruja dengar cerita ni. Terasa macam teringin nak jadi macam dia dan mudah je bersedekah dengan semua orang macam tu.



13 ribu botol terjual dalam masa 2 minit je

Tapi yang paling menariknya kisah dia ni. Lepas 3 hari dia sedekah macam tu kat pekerja dia, semalam dia buka order sambal nyet dia sebanyak 13,000 botol sambal. Tau tak yang dia berjaya habiskan jualan dia dalam masa 2 minit je. Ini yang orang panggil the power of sadaqah kan.. Kadang-kadang benda yang kecik tu impak dia sangat besar kerana doa orang-orang yang menerimanya.

Cara sedekah yang lebih mudah dengan Sujood



Aplikasi Sujood

Tapi apakan daya aku bukan orang yang berada kan? Jadi bila sedar diri tu kita sedekah jelah mengikut kemampuan setakat yang kita ada. Diharap usaha kita yang sedikit ni tetap beri manfaat kepada siapapun penerimanya nanti. Biasanya nak sedekah ni kita lebih suka sumbangkan ke tabung-tabung masjid atau mana-mana organisasi yang dipercayai kan? 

Tapi macamana pulak kalau yang jenis tak selalu pergi masjid macam aku ni? Haa ini yang aku suka sangat bila ada aplikasi yang mudah macam aplikasi Sujood. Aplikasi ni membolehkan kita amalkan amalan bersedekah ke masjid walau tak selalu ke masjid. Aplikasi ni sesuai untuk IOs dan juga Android.


Aplikasi Sujood

Kalau tengok pada cadangan amalan 10 akhir Ramadan tu pun dah letakkan sedekah sebagai nombor 3 dalam senarai yang mana dicadangkan bersedekah walaupun RM1 setiap malam. Jadi kat mana yang mudah untuk kita sedekah hari-hari tanpa ada orang pertikaikan pun berapa jumlah sedekah yang kita buat?

Aplikasi Sujood untuk sedekah ke masjid dan surau

Aplikasi Sujood dalam hp


Cadangan aku ialah aplikasi Sujood. Aplikasi Sujood ni adalah aplikasi yang membolehkan orang ramai untuk menderma atau sedekah kepada masjid atau surau terpilih yang berada dalam senarai yang ada dalam aplikasi. Masa aku download aplikasi ni aku ternampak senarai yang panjang semua surau dan masjid sebab aplikasi ni meliputi seluruh Malaysia. Tapi aku fokuskan untuk cari masjid yang berada di Pahang. Jadi aku nampak Masjid Ubudiah Seberang Balok, Kuantan ni dalam senarai. 

Mudah je nak sedekah sekarang ni



Bagusnya aplikasi Sujood ni bukan saya boleh diakses melalui telefon ianya juga boleh diakses melalui komputer. Contoh atas ni kalau korang klik link masjid yang aku bagi atas tu. Atau boleh terus je ke website dia di Sujood.net. Terus keluar maklumat Masjid serta korang boleh terus klik kat kat tepi tu nak letak berapa sumbangan. Kalau nak jumlah yang lain dari yang ditulis boleh je pilih jumlah lain. 

ni paparan dalam handphone


Masukkan butiran lain. Kalau nak kekal tidak dikenali atau derma sebagai hamba Allah je pun boleh. Terpulanglah. Pada aku aplikasi macam ni sangat mudah untuk orang macam aku yang nak ke masjid pun ada kekangan yang lain. Dengan adanya aplikasi Sujood ni kita boleh menderma atau amalkan amalan sedekah ni di mana-mana atau pada bila-bila masa pun. InsyaAllah melalui aplikasi ni duit derma akan terus ke surau atau Masjid yang korang pilih.




Cara menderma 


Dekat aplikasi Sujood ni juga ada fungsi lain-lain yang kita boleh gunakan macam tazkirah, pembayaran zakat dan juga zikir dan doa selepas solat. Aku dah cuba untuk pembayaran zakat tu, dia akan link terus ke laman web Majlis Agama Islam Johor kalau klik yang negeri Johor punya. Mudah betul.

Fungsi lain dalam Sujood

Jika tekan fungsi zakat dia akan keluar senarai negeri ni

eMaij
Bila klik Johor dia automatik ke eMAIJ


Aku rasa bersyukur dengan wujudnya aplikasi macam Sujood ni cukup memudahkan hidup kita sebagai umat Islam. Kita boleh beramal di mana-mana dalam apa jua keadaan. Yang penting sekali tepuk dada, tanyalah iman saja kan. Nak dengan taknak je sekarang ni. Jom sama-sama perbanyakkan amalan bersedekah ni korang.


Ceritaita








Ulasan

  1. waaahhh lagi mudah ada apps Sujood ni.semua di hujung jari je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...