Nikmati masa bersama keluarga dengan INLAB SENZ Projector - Cerita Ita                                                             Nikmati masa bersama keluarga dengan INLAB SENZ Projector Langkau ke kandungan utama

Nikmati masa bersama keluarga dengan INLAB SENZ Projector

 

Nikmati masa bersama keluarga dengan INLAB SENZ Projector

 

 INLAB SENZ Projector

Assalamualaikum semua, sekejap je dan dekat seminggu Syawal dah kan..tak terasa masa berlalu. Terasa baru je bercuti menunggu hari raya tiba-tiba dah habis masa bercuti. Yang mana masih lagi bercuti panjang sempena hari raya Aidilfitri tu korang buat aktiviti apa je bersama keluarga selain dari berkunjung ke rumah saudara mara?

 

Kalau rutin kami di rumah bila ada banyak hari cuti dapat diluangkan bersama keluarga ni mesti kami akan habiskan dengan menonton filem kegemaran kami. Biasanya bila ada yang datang berkunjung ke rumah pun, tempat menonton tu memang akan jadi tempat berkumpul la. Sambil berborak sambil layan cerita. Lebih-lebih lagi bila ada anak-anak kecil.. leka la masing-masing.

 

Waktu ni jugak aku terbayang kalaulah ada INLAB SENZ Projector kat rumah kan senang. Sebab bila dah berkumpul ramai-ramai tentulah ada je yang takkan nampak apa yang terpapar di tv tu, lagi-lagi la kalau tvnya bersaiz sederhana je macam kami ada di rumah tu. Mau bergaduh nak tolak kepala yang jadi penghalang.

 

Tonton filem kegemaran bersama keluarga

Teringat pulak adik ipar aku baru ni pun siap bawak games dia sebab nak ajak anak-anak sedara dia main sama-sama kat rumah kampung. Biasalah ni semua sebab main games ramai-ramai lagi seronok dari main sorang-sorang kan..

 

Lagi best bila baca ciri-ciri INLAB SENZ Projector ni:

 


1. Ianya boleh menyokong ‘native resolution’ 1080p sehingga 4k yang menjadikan imej yang dipaparkan lebih jelas

 

2. Sistem bunyi yang dilengkapi dengan ‘Dolby Audio Certified’ dari pembesar suara SENZ yang menjadikan bunyi lebih kuat, mewah dan jelas dari segala segi.

 

3. Dilengkapi dengan fungsi auto fokus secara elektronik dan 4 fungsi auto keypoint correction.

 

4. Dilengkapi juga dengan aksesori 2x USB port, 2x HDMI port dan 1x 3.5mm headphone jack port untuk memudahkan sambungan dari mana-mana gadjet.

 


5. Bukan tu je, saiz dia yang comel lebih menarik perhatian aku. Saiz dia cuma 29cm (panjang) x 22.1cm (lebar) x 9.5cm (tinggi). Kecil dan comel je kan?

 

6. Terdapat fungsi pintar dengan dilengkapi Android 9, WIFI dan bluetooth. Lebih menarik lagi boleh akses dengan screen mirroring, yang menjadikannya lebih mudah nak diakses dengan telefon pintar.

 

Harga INLAB SENZ Projector?

 

Bila dah senaraikan semua ciri-ciri INLAB SENZ projector yang menarik kat atas tu mestilah korang nak tau harga dia macamana pulak kan? Harga INLAB SENZ Projector setakat ni ialah RM989.90 (selepas potongan harga). Sangat berbaloi harga ni kalau dibandingkan dengan ciri-ciri yang bagus dan rekabentuknya yang comel serta kompak untuk dibawa ke mana-mana. Kiranya kalau korang nak bawak balik bercuti ke kampung halaman pun memang sesuai la.

 

Korang sebenarnya bayar sedikit je untuk dapat yang lebih jika korang dapatkan INLAB SENZ Projector ni. Eh jap, ada lagi diskaun tambahan RM30 jika korang masukkan kod ni semasa pembelian : INLA0030.

 

Review INLAB SENZ Projector

 

Entah kenapa aku terus terbayang kalaulah ada INLAB SENZ projector ni waktu kami lakukan aktiviti bercamping di tepi pantai dulu tu. Mesti masa bercamping kami lebih seronok. Masa tu cuma dapat layan filem kegemaran kami dengan laptop je. Kalau dapat waktu tu tentu aku dah review lagi awal dah.

 

Jadi aku rasa inilah masanya untuk beli INLAB SENZ Projector ni terutama buat sesiapa yang dah ada masukkan projector dalam salah satu wishlist dia macam kami jugak. Tentunya INLAB SENZ Projector adalah model projector terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Kalau korang berminat nak tau lanjut atau nak buat pembelian boleh terus ke link yang berkaitan di bawah ni.

 

Official Website - https://inlab.com.my/pages/the-senz

 

Official Shopee - https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

 

Official Lazada - https://s.lazada.com.my/s.fjRBK

 

#inlabmalaysia #inlabsenz

 

Ceritaita

Ulasan

  1. tgk movie kat rumah aje dah seronok dgn adanya menda ni

    BalasPadam
  2. pancarkan kat dinding..bukak movie...best giler..x yah pi tgok wayang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...