Selamat Hari Lahir Abg Long - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Lahir Abg Long Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir Abg Long

Ucapan selamat hari lahir buat anak

Selamat Hari Lahir Abg Long


Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran ke 16 anak pertama kami Abg Long atau yang kami namakan Ahmad Haziq Hakimi sejak dari kecil dulu. Terasa macam sekejap je dah besar dan sedang menempuh alam remaja. Macam terasa baru je kami timang cahaya mata.

Tahun ni dah masuk tahun ketiga rasanya kami raikan sambutan hari jadi Abg Long dalam bulan puasa. Bila di bulan Ramadan tau  je la, jadualnya agak ketat jadi sambutan juga agak sederhana. Tapi insyaAllah masih cuba untuk titipkan rasa kegembiraan di hati anak-anak.

Sambutan ulangtahun kelahiran Abg Long


Hari ni pulak kami dah rancang nak pergi ke Bazar Raya Simpang Renggam untuk mencari baju raya anak-anak. Jadi sambutan hari jadi Abg Long kami sambut selepas selesai semua urusan di Bazar Simpang Renggam tadi. 

Kek black forest Baker's Cottage



Kami singgah di sebuah restoran, Azira Seafood namanya. Kami order makanan macam biasa dan bawak bekal sebiji kek yang kami singgah beli di Baker's Cottage sebelum bergerak ke bazar tadi. Macam biasalah bila tak dirancang awal jadinya pilih je mana-mana kek yang sedia ada di rak. Niatnya cuma satu je, nak gembirakan hati anak-anak.

Sejak makin membesar masing-masing ni, anak-anak makin ingat tarikh lahir satu sama lain. Kalau ummi ayah lupa pun ada yang akan mengingatkan nanti. Bagus betul. Terasa macam ada PA.. haha..

Doa buat anak

Sempat ada adik-adik yang menyakat


Tiada apa yang ummi dan ayah mahu dari anak-anak selain dari membesarlah dengan sihat dan bahagia.
Walaupun usiamu telah menjangkau ke 16 tahun, Abg Long tetap menjadi anak yang pertama menghuni hati ummi. Abg Long yang menjadikan ummi seorang ibu walau takkan pernah jadi ibu yang sempurna.

Doa ummi semoga Abg Long terus cemerlang di dunia dan akhirat, terus menjadi anak yang baik , anak yang soleh dan taat. Semoga Abg Long sentiasa diberkati Allah sepanjang hidup, mendapat kerjaya yang baik dan dapat berbakti kepada keluarga, negara dan agama. Semoga Abg Long juga dikurniakan jodoh yang baik-baik juga di masa akan datang. Selamat hari lahir wahai anak!

Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...