Akhirnya Selamat Tinggal Unifi dan Selamat Datang redONE - Cerita Ita                                                             Akhirnya Selamat Tinggal Unifi dan Selamat Datang redONE Langkau ke kandungan utama

Akhirnya Selamat Tinggal Unifi dan Selamat Datang redONE

Akhirnya Selamat Tinggal Unifi dan Selamat Datang redONE

Goodbye Unifi Mobile, Welcome redONE! 


Assalamualaikum semua, baca tajuk pun dah faham rasanya kan? Alhamdulillah emosi aku dah stabil sikit sejak menulis semalam. Macam tu la manusia ni,  ada fasa-fasa sukar yang kena kita tempuh. Ada yang tak perlu kita ceritakan kat orang lain pun. Sebab kalau cerita penerimaan orang berbeza. Jadi simpan je la sendiri. 


Kali ni aku nak cerita jugak salah satu penyumbang tekanan dalam kehidupan. Line telefon untuk kegunaan telefon pintar sangat-sangat penting di zaman ni. Lagilah macam aku ni yang kadangkala kena bekerja luar kawasan dan sangat perlukan internet untuk urusan kerja dan peribadi. 

Kisah Awal Penggunaan Telefon Bimbit

Rasanya ni dah masuk berapa kali aku tukar Telco untuk nombor yang sama ni. Dah lebih 4 kali rasanya. Awal-awal aku guna nombor telefon ni dulu masa tahun 2000..dah 23 tahun dah pun. Tak pernah lagi bertukar nombor telefon. Masih nombor yang sama. Siapa yang faham taulah bertapa setianya aku kan haha.. 


Tapi part Telco pulak maaflah memang tak boleh nak setia. Awal dulu aku guna talian Celcom Postpaid. Dulu-dulu itu yang mudah nak daftar. Bayaran bulanan pun tak tinggi mana. Tapi zaman tu bukannya ada telefon pintar lagi. 


Zaman tu macam guna telefon bimbit biasa yang orang cakap boleh baling ke anjing la. Walau aku taktau apa kaitan telefon untuk nak dibuat baling ke anjing. Untuk keselamatan diri mungkin haha. Kalau zaman sekarang ni jangan dibuat. HP jatuh sikit pun mau kita menangis tak berlagu dah. 


Lama jugak aku gunakan talian Celcom tu seingat aku. Bil bulanannya rendah. Dan masa tu boleh guna satu kad yang kita boleh guna untuk kumpul point dan boleh dapat panggilan percuma. Lupa dah nama kad tu. Dulu-dulu kegunaan telefon kebanyakan adalah untuk buat panggilan je la. Habis-habis pun guna untuk SMS yang tak berapa short pun.. haha.. 


Bil telefon masa tu aku bayar dengan kerja part time masa tu. Apa saja la keja halal yang boleh student buat. Jadi jangan ingat bila nampak orang tu ada kemudahan sesuatu dia boleh dapat dengan mudah. Ada ketikanya dia perlu korbankan macam-macam yang lain terutama masa. 

Pengalaman pertama kali tukar Telco

Aku pakai line Celcom ni sampai aku dah grad dan dah kerja jugaklah. Sampai tahun 2004-2005 camtu.. Lepas tu ntah kenapa aku tukar ke talian Maxis pulak masa tu. Masih kekalkan nombor yang sama. Pakailah Maxis pulak.. Haaa.. aku dah ingat kenapa aku tukar. Dulu-dulu line Celcom ni macam tak stabil tau, asal mendung je line hilang.. azab betul. Sampai dulu siapa pakai line Celcom ni siap kena perli la. 


Jadi lepas tukar ke Maxis tu aku gunalah Maxis sekejap. Yang ni memang betul sekejap je. Dalam 2 tahun je kot macam tu. Sebabnya masa aku guna tu asyiklah dapat mesej dari nombor yang bermula dengan 6**** je. Kadang-kadang tengah tidur pun terkejut tau tetiba dapat mesej. Ingatkan benda urgent la kan sekali cuma mesej iklan. 


Dan berapa kali jugak aku ke kaunter pelanggan Maxis minta dia bantu halang semua mesej dari nombor yang tak berkenaan ni. Tapi katanya diorang tak boleh sekat satu-satu nombor. Hanya boleh sekat semua perkhidmatan yang bermula dengan 6**** tu. 

Telco dengan Caj Tersembunyi 

Tapi waktu tu aku tak buatlah sebab susah. Kisah 20 tahun dulu nak tengok bil ke penggunaan ke masih kena guna servis mesej. Mana ada Aplikasi macam sekarang. Jadi kan susah kalau block semua nanti. Paling aku marah masa tu bila mula dapat mesej yang siap ada caj2 pulak. Satu mesej 50sen harganya. Kalau 10 mesej seminggu? Naya betul! Itu belum lagi caj lain yang menyebabkan Maxis terkenal sebagai Telco dengan caj tersembunyi dulu. 


Jadi aku ambik keputusan tukar telco ke Digi. Bila dah guna hantu kuning ni tenanglah sikit hidup tanpa mesej mengarut tu. Juga tanpa caj tersembunyi. Aku pakai Digi la paling lama rasanya. Dah bertukar 3 kali pakej rasanya dengan Digi ni tapi masih menggunakan nombor yang sama. Dan yang terakhir aku gunakan talian unlimited Digi100 pada tahun 2020. 


Tahun 2020 tu line Digi sangat teruk. Kadang seharian aku ada line tapi orang tak dapat call aku langsung. Berapa kali jugak aku buat aduan tapi kemudiannya terpaksa cari penyelesaian survey telco lain. Antara yang dalam senarai adalah Unifi. 


Sebabnya waktu ini Unifi ada buat promosi pakej talian untuk penjawat awam. Jadi aku ambiklah pakej basic dia bermula RM50 sebulan untuk pakej unlimited call dan data. Waktu awal-awal guna tu sangat bagus ya servis dia. Nak top up data untuk hotspot pun mudah sangat cuma guna aplikasi je. 


Tapi masalah bermula selepas setahun aku guna. Waktu tu Unifi ada mesej pasal upgrading talian yang beri kesan kepada aplikasi dia dan lain-lain. Lepas tu teruslah aplikasi tak boleh guna. Penerimaan talian internet pun lagi teruk dri sebelumnya. Memanjang signal talian asyik E je. Bayangkan aku duduk kat tengah Bandar Johor Bahru boleh E. Lagilah tempat lain.


Kalau balik rumah mak mertua aku langsung kosong seolah-olah macam telefon tanpa simcard. Letih. Tapi lama jugaklah aku bertahan dengan dibantu line Wifi. Dan tahun ni aku rasa semakin kecewa dengan talian Unifi Mobile. Dan semalam aku ambik keputusan bertukar ke talian redONE pulak. 

Pakej Hybrid50 redONE 


Harga pakej redONE Hybrid50


Kau tengok pakej redONE ni, yang aku daftar ni Hybrid50 ni kita cuma bayar RM50 sebulan dan akan dapat data internet tanpa had, panggilan tanpa had dan hotspot 20GB sebulan. Cukuplah tu untuk kegunaan basic aku rasanya. Jadi aku daftar untuk tukar semalam. 


Bayaran dikenakan ialah RM10 untuk simcard dan RM50 untuk bayaran pendahuluan. Keseluruhannya ialah RM60. Proses pendaftaran ambil masa sekejap je. Dalam 5-10 minit macam tu. Selesai semuanya staff bantu bagitau cara-cara penukaran simcard nanti bila terima mesej dari Unifi. 


Dan hari ni alhamdulillah secara rasminya bertukar ke talian redONE pulak. Semoga yang baik-baik dan prestasi line semakin baik. Dengar kata redONE ni guna signal dari Celcom jugak. Jangan macam dulu-dulu asal mendung takde line je sudahlah.. hahaha.. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Harap ok lepas ini tidak perlu tukar.
    Haha saya masih setia dengan Maxis. Belum ada kerajinan pergi tukar.
    Pasal caj sms itu betul. Saya pernah kena sms itu kena bayar. Pergi ke pusat terpaksa buang. Lepas itu malas top up tiap-tiap bulan sebab takut kena benda ini. Bertahan pakai Wi-Fi. Nasib baik prepaid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. hahaha.. maknanya betul la gelaran telco caj tersembunyi tu hahaha

      Padam
  2. semuanya unlimited mmg berbaloi sgt tu

    BalasPadam
  3. Harap lepas ni xde masalah dah ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...