Rumah Terbuka kami setelah sekian lama
Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.
Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.
Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.
Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja, tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka secara kecil-kecilan. Ada juga orang yang kemi terlupa jemput, terkilan juga rasanya sebab terlupa.
Persediaan Majlis Rumah Terbuka
Persediaan betul-betul mengejut. Kami sedia beli barang cuma 2 hari sebelum majlis je. Semua menu makanan aku yang masak sendiri. Kali ni belum ada bajet nak buat tempahan jadi kita pulun la masak sendiri. Itupun kami sahkan majlis bila sekumpulan besar yang nak datang beraya tu sahkan tarikh mereka boleh datang.
Kenapa kami buat macam tu? Salah satunya sebab risau takde yang datang dan makanan akan membazir sebab takde yang makan. Jadi jemputan lain kami jemput hadir kemudian bila kumpulan besar ni dah sahkan betul-betul.
Menu Rumah Terbuka
Juadah yang ada pada hari kejadian |
Alhamdulillah aku sempatlah masak beberapa menu macam rendang daging, kari daging, kari ayam, roti jala, ketupat segera, sayur goreng jawa, bihun sup ayam dan agar-agar. Ada jugak kami hidangkan buah tembikai dan kuih raya.
Syukur aku sempatlah masak semuanya dalam masa yang agak terhad. Pulak tu pressure cooker pulak dah rosak kan.. jadinya aku masa dengan dapur biasa semua menu tu sorang-sorang. Macam tak percaya pulak dengan kemampuan diri. Aku mana biasa masak dalam kuantiti banyak macam ni.
Dulu pun masa kami buat majlis di rumah Kuantan, kami tempah je. Ada satu je menu aku masak yang lainnya tempah je. Tapi bila dah buat barulah faham sebenarnya pengurusan masa tu je yang penting. Bila kau susun sebaiknya insyaAllah boleh.
Menunggu kedatangan tetamu
Aku dah siap masak semua aku serahkan bahagian menghias dan buat air untuk Shah buat. Bahagian ni Shah lebih hebat jadi aku bagi ke dia je la uruskan. Tugas aku memasak je.
Kami buat majlis dari pukul 2 sampai malam. Syukur sampai pukul 10 malam pun masih ada tetamu yang hadir. Makanan pulak cukup-cukup untuk majlis tanpa pembaziran. Syukur betul. Adalah yang tetamu dapat bawak balik sikit-sikit.
Terima kasih buat keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir masa tu. Yang kami terlupa atau tak sempat jemput kami mohon maaf ya. InsyaAllah ada rezeki nanti kami akan buat dan jemput lagi.
*ada gambar yang belum masuk lagi.. nanti-nantilah aku masukkan
Ceritaita
bukan kerja mudah juga untuk menyediakan juadah rumah terbuka...selain ...kos. masa dan tenaga benyak dikorbankan
BalasPadamBetul. Sebab tu fikir panjang juga bila nak buat. Belum lagi bila dah buat tetamu tak datang dan makanan bazir lagi.
PadamKagum dengan orang yang mampu masak sendiri buat rumah terbuka ni tau.
BalasPadamMemang penat. Nasib baik tidak berlebih.
BalasPadamMenu semua nampak sedap kak ita..
BalasPadamBanyak juga Ita masak, sedap-sedap menu
BalasPadamseronok dapat jumpa kawan kawan sambil makan. tapi tu la, nak jd host open house ni banyak persediaan yang nak dibuat
BalasPadamAlhamdulillah..Moga dilimpahkan Rezeki akak buat makan makan tuk orang..Tahniah Kak..Anda mampu!! Saya?? Hmm.memang order aje senang..Hahahaa
BalasPadamKak Sue hari tu jiran-jiran selorong berpakat nak buat majlis hari raya juga tapi buat potluck. Tak ada lah letih sangat. Nie plan nak buat doa selamat sambil jamuan terlajak raya lah nanti juagk nie.. hehehe..
BalasPadamseronok sgt bila tetamu dtg kan. kalau dekat aku sampai dah umah ko huhu
BalasPadambestnya ada makan2..tahun ni akak x buat open house
BalasPadam