Teruskan Hidup Secara Sihat
Tertekan? Rilek.. anda tak keseorangan |
Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis di sini. Banyak yang nak ditulis namun banyak jua perkara yang membataskan. Tapi dikenang dengan menulislah aku menjadi lebih 'sihat', jadi aku terpanggil untuk menulis.
Selain menulis mampu menenangkan hatiku antara lainnya dengan melakukan sesi baking tanpa diganggu juga memberikan kepuasan hati yang tak dapat digambarkan dan akhirnya menanamkan perasan tenang di hati tanpa sedar.
Bahagia yang dicari
Aku rasa bahagia bila menulis dan memasak. Bahagianya tu cuma aku yang rasa. Walau adakala tak cukup tidur atau tak cukup rehat tapi kepuasannya tu tersendiri, hanya aku yang rasa.
Pengalaman hadapi tekanan
Dulu-dulu pernahlah aku berada dalam fasa tertekan yang agak teruk. Ada aku ceritakan dulu. Dekat kisah tertekan ni. Boleh klik jika nak baca pengalaman dulu. Waktu tu aku berjuang untuk hidup tanpa aku sedar aku berada dalam fasa sangat bahaya.
Bayangkanlah denyut jantung dan nadi setiap masa aku waktu tu seolah-olah berada dalam keadaan sedang berlari beratus meter. Jantung berdebar tak berhenti. Dada rasa nak pecah. Denyut nadi sangat laju seiringi degupan jantung yang juga sama derasnya. Tangan jadi menggigil sepanjang masa walau ketika tu aku sedang duduk berehat.
Cuma ketika itu aku tak sedar. Yang aku tau aku terasa sangat penat. Berdiri penat, berjalan penat, duduk dan hanya berbaring pun rasa sangat penat. Mana tak penatnya. Degup jantung sangat laju dan nafas jadi pendek dan sentiasa tercungap-cungap seolah-olah macam ikan yang dibawa keluar dari air. Tak cukup oksigen.
Waktu tu aku cemas, risau apa penyakit yang buat aku jadi macam tu. Aku terus jumpa doktor dan aku buat semua ujian yang sesuai termasuk ujian hormon dan ujian jantung. Tapi akhirnya takde apa yang mencurigakan. Tapi aku tak puas hati. Mana boleh puashati kalau doktor kata takde apa yang abnormal tapi aku rasa dada macam nak pecah.
Ayat Keramat
Akhirnya ada satu ayat doktor yang aku ingat sampai sekarang ni. "Puan, teruslah hidup secara sihat". Rasa terpukul bila dengar perkataan tu keluar. Itu pun bila doktor tanya pasal rutin kerja dan rutin kehidupan. Ya, tanpa aku sedar rutin aku dah bahayakan diri.
Aku dah mula angkat kerja-kerja menimbun balik rumah waktu tu. Maklumlah kekurangan pegawai. Aku kena tanggung kerja 2 kekosongan lain termasuk jawatan pengarah masa tu. Bayangkan pegawai gred rendah yang baru bertatih diberi tanggungjawab besar. Memang nampak ok tapi hakikatnya mereka tak mampu tanggung tekanan.
Akhirnya aku cari jalan untuk buat terapi yang boleh tenangkan diri. Sangat mengejutkan terapi membuat kek, membakar kek hingga keluar bau wangi tu merupakan terapi terbaik buat aku. Dapat mencuba resepi yang tak pernah dibuat pun jadi satu kepuasan yang akhirnya bertukar menjadi ketenangan. MasyaAllah.. masa tu aku rasa kagum. Aku penat tapi aku tenang. Hanya dengan baking terus hidupku boleh diatur.
Ada juga terfikir, adakah itu yang sepatutnya aku buat untuk hidup? Alangkah bagusnya kalau aku dapat buat apa yang aku suka sebelum ajal menjemput jiwa. Sebelum kudrat melambai pergi. Aku dah lama berangan. Tapi itulah, kami berada di fasa yang sangat sukar. Sukar kami, hanya kami yang nampak. Susah nak bercerita dengan orang luar yang taktau apa.
Ini bukan kisah sebulan dua.. kisah bertahun lamanya. Tapi buat masa ni biarlah ku pendam sendiri. Cuma kadangkala mendambakan ruang bagi insan lain memahami. Hidup kami perit. Banyak yang kami lalui. Ianya tak seindah yang dipamerkan.
Dugaan perkahwinan, dugaan bersahabat, dugaan kesihatan, dugaan pekerjaan, dugaan bencana alam, dugaan datang satu persatu bersilih ganti. Hinggakan kami berada dalam fasa keadaan yang terlalu sukar. Tuhan sahaja yang tahu.. KepadaNyalah tempat mengadu.. Aku mohon bersungguh-sungguh minta diperkenankan.
Alhamdulillah walaupun dosaku setinggi gunung, DIA masih mahu mendengar dan menunaikan. Hijrahlah kami membawa segunung harapan dan beban. Sehingga satu tahap kami rasa sangat lemah. Tak mampu berbuat apa pun untuk teruskan hidup. Di saat itu lahir permata hati yang indah.
Anak merupakan semangat buat kami untuk terus hidup. Anak umpama keramat. Sebab itulah agaknya kami tidak direzekikan kekayaan yang melimpah ruah namun rezeki kami ada anak yang ramai. Tuhan bagi ujian setimpal dengan kemampuan hambaNya. Ini yang selalu kami pegang.
Impian hidup belum tercapai
Sangat teringin satu hari nanti akan ada rezeki aku duduk di sebuah kafe comel menghidangkan hidangan pau panas bersama teh panas. Impian yang entah bila akan tercapai. Semoga ada rezekiku nanti. Bekerja di ruang selesa dan kena dengan jiwa. InsyaAllah.
Maaf juga kepada rakan yang aku janjikan penulisan di blog dan media sosial tapi terpaksa kuhentikan sementara. Sementara sehingga aku stabil sepenuhnya. InsyaAllah Bantu doakan ya. Doakan juga aku terus 'sihat'.
Ceritaita
Jaga diri.
BalasPadamterima kasih
PadamAllahu, Moga sis terus kuat, dan diberi kekuatan. InshaaAllah Allah sayang semua hamba-hambanya. Salam perkenalan.
BalasPadamamin.. tq ya.. doakan saya
Padamsetuju ita.. walau busy mcm manapun kita,kena cari juga perkara yg memberikan kebahagian dan ketenangan diri .. sapapun sayangi diri adalah no 1 baru boleh fikir keje
BalasPadamkan...kau jaga diri juga ya
PadamSemoga ada jalan untuk Ita terus kuat dan diberikan kemudahan...
BalasPadamamin.. tq kak.. doa buat akak juga ya
Padam