Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang - Cerita Ita                                                             Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang


Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Lokasi Pasar Tani Kluang


Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari.


Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha


Lokasi Pasar Tani Kluang


Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking pun sangat senang.


Satu lagi lokasi Pasar Tani di Kluang yang menjadi kegemaran ialah Pasar Tani Taman Fajar. Yang ni kalau tanya aku, aku paling suka pergi pasal dia buat waktu petang. Masa Pasar Tani Taman Fajar Kluang ni dibuka ada pukul 3 petang lebih macam tu hingga pukul 9 malam.


Apa yang dijual di Pasar Tani Kluang


Kat sini yang bestnya dia macam gabung pasar tani dengan pasar malam. Jadi ada dijual makanan siap jugak kat sini. Sayur-sayur, barang basah pun banyak dijual kat Pasar Tani Taman Fajar. Paling best sebab waktu dia tu la, balik kerja boleh singgah.


Satu je la kelemahan dia nak parking tu agak susah. Tapi percayalah ianya bukan penghalang mak-mak macam aku ni healing di pasar tani. Ya tau, dapat meronda pasar tani pun boleh jadi terapi.


Apa aku beli di pasar tani?


Jadi aku beli apa je kat pasar tani aritu? Aku beli ni je..tempe, ubi kayu, sayur keladi, siput sedut atau siput belitong, vadei, lepat ubi dan tapai ubi...eh macam banyak la pulak 😅

Tempe murah harga dia cuma 2 singgit

Siput sedut 1/2kg RM8

Harga sayur keladi RM4 sekilo

Ubi kayu RM3 sekilo

Kuih Vadei 50 sen satu

Lepat ubi 5 RM2


Syukurlah lepas tu rasa tenang tu berpanjangan sampai siap masak lauk bagai la semua. Nampak tak? Bukan susah pun seorang suami nak gembirakan hati seorang isteri.


Ceritaita

Ulasan

  1. Harga siput masih murah tu, dekat sini mahal seram nak beli

    BalasPadam
  2. seronoknya membeli...lama betul tak jejak Kluang...selalu g rumah makcik je baru sampai sana

    BalasPadam
  3. Dia beli siput sedut la....murahnya 1/2 kg RM8

    BalasPadam
  4. seronok shopping pagi2 byk barang fresh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...