Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Sebab pada aku tak kisah pun nak dimasak apa tempe ni pun, yang penting khasiat tempe tu sendiri.
Tempe
Tempe daun |
Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat.
Tempe antara ramuan penting dalam masakan makanan Orang Jawa. Antara makanan yang menjadikan tempe sebagai ramuan utama ialah Lontong. Banyak juga resepi Jawa lain yang berasaskan tempe sebagai bahan asas.
Asal Usul Tempe
Tempe berasal dari Suku Jawa di Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia. Tapi disebabkan suku jawa yang berada di merata-rata di dunia khususnya Asia, ianya menjadikan tempe lebih terkenal di mana-mana. Aku ingat dulu siap ada kisah mat saleh yang gigih belajar buat tempe dan kemudiannya menjadikan tempe sebagai sumber pendapatannya yang dinamakan Warung Tempeh di negara asalnya di London. Jangan tak percaya!
Sejarah Aku dan Tempe
sedap tempe bungkus daun macam ni.. rasa asli |
Kalau mat saleh boleh gilakan tempe lagilah aku yang lidah separuh jawa ni.Walaupun kalau disuruh cakap bahasa jawa langsung tak reti pun. Kekeke. Tapi bab makanan terus mengaku jawa ok. Haha.. Aku paling suka makan tempe mentah. Dari dulu kini dan selamanya.
Pernah la waktu aku kecik-kecik dulu mak aku cerita, mak dan abah bawak aku ke pasar. Masa tu rasanya abah nak beli lauk. Bawak pulak anak kecik rasanya dalam 3 hingga 4 tahun la umur aku masa tu. Boleh aku berguling dekat pasar tu sebab abah aku taknak belikan tempe masa tu. Memalukan betul. Tapi akhirnya abah belikan dan aku makan tempe mentah tanpa tangisan lagi umpama seorang kanak-kanak kecil yang dapat sebuah mainan.
Tapi memang sampai sekarang tabiat makan tempe mentah tu masih ada. Kadang-kadang waktu potong tempe tu aku adalah jugak curi-curi masuk ke mulut. Tak la selalu buat pun. Tapi mesti ada. Lagi geram bila tengok tempe yang gebu dan panas bila jadi cantik tu. Hehehe..
Resepi Tempe
Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe.
Cara Buat Tempe
Sebelum tu aku nak kongsikan cara buat tempe ni dulu. Aku belum pernah buat sendiri tempe ni. Biasa aku beli je sebab senang nak jumpa. Tapi aku rajin jugak tengok adik dan abah aku buat tempe ni. Seorang adik aku memang dia buat tempe ni untuk dijual kalau musim-musim perayaan. Alhamdulillah menjadi dan sedap je tempe dia pada aku.
Bahan Buat Tempe
Antara bahan yang diperlukan untuk buat tempe ialah kacang soya. Kacang soya ni pun sekarang ni dah mahal kata adik aku. Maklumlah bahan makanan yang diimport memang harganya boleh tahan la jugak kan. Aku akan tulis resepi berdasarkan 1kg kacang soya.
Resepi Tempe
Bahan-bahan
1kg kacang soya yang dah direndam semalaman
2 gram ragi tempe
Daun tempe dan kertas untuk membungkus atau plastik bungkus sandwich (ada seal atas dia)
Cara-cara membuat tempe
1. Rendam kacang soya semalaman.
2. Setelah kembang boleh tanggalkan kulit dari kacang soya yang dah kembang dan basuh bersih-bersih kacang soya ni. Kadang-kadang bila gunakan kacang soya yang gred murah kena rendam lebih dari semalam.
3. Rebus kacang soya dengan api sederhana 45 minit hingga 1 jam. Sambil-sambil tu boleh tanggalkan mana-mana kulit kacang soya yang belum tertanggal sebelumnya tu.
4. Angkat kacang soya yang dah direbus kemudian toskan airnya. Letak dalam bekas yang memudahkan kacang soya untuk kering. Pastikan kacang soya betul-betul kering sebelum digaul dengan ragi tempe.
5. Bila kacang soya sudah kering bolehlah digaul dengan ragi sehingga rata.
6. Kemudian kacang soya yang dah dicampur ragi boleh dibungkus di dalam daun dan kertas dan diikat menggunakan getah. Boleh juga gunakan plastik sandwich tapi kena pastikan plastiknya sudah dilubangkan terlebih dahulu. Cara ya lagi mudah ialah cucuk-cucuk pada plastik untuk mencipta lubang udara pada plastik.
7. Tempe yang telah dibungkus hendaklah diletakkan ditempat yang terbuka (tidak ditindih) dan panas bagi membantu proses penapaian tempe. Proses ni akan makan masa sehari dua.
Petua Nak Kenal Tempe Yang Bagus
Antara petua yang kami gunakan untuk kenal tempe yang betul-betul jadi atau nak kenal tempe yang baik ialah dengan memegang dan melihat pada rupa tempe tu sendiri. Jika tempe dalam daun biasanya akan berasa sedikit panas apabila dipegang. Ini adalah kerana proses penapaian tempe tu menghasilkan haba pada tempe.
Kita boleh juga menghidu bau pada tempe. Dapat dibezakan tempe yang segar atau tidak dari baunya. Jika tempe sudah tidak segar akan ada bau yang tak enak pada tempe. Baunya kami panggil bau bacin tempe atau bau busuk dari tempe tu sendiri.
Jika tempe yang dibungkus dengan plastik, ianya lebih mudah nak kenal samada tempe masih baik ataupun tidak. Tempe betul-betul menjadi apabila telah diliputi kulat putih yang cantik di sekeliling kacang soya yang digunakan untuk membuat tempe. Tempe sudah tidak berapa elok jika kulit putih ini telah bertukar warna menjadi hitam warnanya.
Khasiat Tempe
Khasiat tempe |
Kandungan nutrisi protein di dalam tempe dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana mengandungi protein yang larut dalam air dan kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik. Enzim ini dapat memecahkan rantaian protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh.
Tempe juga mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zat besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan kandungan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging. Senyum orang suka makan tempe kalau baca ni.
Selain itu, tempe juga kaya dengan kalsium, mengandungi antioksidan serta dan keradangan. Lebih mengujakan, tempe juga dikatakan dapat membantu mencegah hipertensi.(Sumber Harian Metro). Ada juga pakar yang sarankan makan tempe untuk kurangkan risiko jangkitan covid kerana tempe ada kandungan serat antioksida dan lemak tidak tepu yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
4 Golongan Yang Perlu Elak Makan Tempe
Tapi kenalah jugak ingat semua benda tak boleh makan berlebihan jugak. Sama jugak macam tempe ni. Tempe ni berisiko akan jadi masalah utama terutama kepada 4 golongan ini:
1. Mereka yang ada masalah tiriod - makan tempe berlebihan berkemungkin menyumbang kepada masalah hipotirod.
2. Mereka yang ada masalah alergi atau alahan - banyak simptom akan terjadi apabila mereka yang ada alergi terutama alergi kepada kacang soya berlaku bila mereka makan tempe. Sebab itulah jika diperhatikan terdapat amaran produk makanan jika terdapat kacang soya dalam pembuatan produk.
3. Mereka yang ada masalah organ reproduksi - ini kerana dalam kacang khususnya kacang soya terdapat satu kandungan yang dipanggil Isoflavon, ianya berupaya meniru seperti hormon estrogen yang dihasilkan oleh tubuh sekali gus mengurangkan jumlah sperma dan kesan sampingan seksual yang lain.
4. Mereka yang mempunyai risiko kanser - ada juga perbalahan mengenai ini sebab ada yang kata tempe menggalakkan sel kanser, tetapi ada juga kajian kata tempe boleh mengurangkan risiko kanser.
Apa pun pendapat pada aku, eloklah apa-apa yang kita makan ni kita makan seadanya dan jangan berlebihan. Itu paling selamat.
Resepi Tempe Goreng Kunyit
Resepi Tempe Goreng Kunyit Mudah |
Kebetulan baru ni kan aku ada pergi pasar tani kluang. Jadi rezeki pulak dapat beli tempe yang sedap dan murah. Teruslah ku borong tempe murah sambil berangan nak masak apa.
Kebetulan pulak kat rumah ni kalau aku masak tempe goreng kunyit macam tu je pun memang laris pada anak-anak. Sedap tempe goreng ni kata diorang sampai tak cukup! Jadi jom kita tengok apa resepi tempe goreng kunyit ni haa.. banyak betul kebetulannya.
Bahan-bahan
Tempe dipotong ikut saiz bersesuaian (biasa aku potong 4 serong-serong kalau tempe daun tu, Potong serong bukan dipandang serong)
2 1/2 sudu teh Serbuk kunyit
2 sudu teh Garam
1/2 sudu teh Ajinomoto
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
Tempe yang digoreng dalam kuali |
Cara-cara
1. Lalukan air pada tempe supaya tempe basah dan mudah lekat serbuk kunyit dan garam nanti. Janganlah sampai basah betul. Cukup lalukan air sekali dan toskan airnya.
2. Letakkan serbuk kunyit, garam dan ajinomoto secukupnya. Gaul rata.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana.
4. Goreng hingga garing dan angkat untuk dihidangkan dengan sambal kicap.
Ini resepi tempe goreng kunyit paling mudah untuk dibuat. Ada jugak orang suka goreng dengan tepung atau goreng berempah. Tapi kami suka makan yang simple macam ni pun dah cukup. Selamat mencuba!
Ceritaita
Saya suka tempe goreng dengan sambal tempe. Tidak pernah makan mentah.
BalasPadamPayah dah nak jumpa tempe daun gitu. Cie suka tempe. Anak2 pun suka kalau Cie buat goreng dengan tepung bestari.
BalasPadamFavourite saya ni.. Nyum nyum
BalasPadamsedapnya tempe goreng rangup-rangup makan dengan sambal kicap...surrrrr
BalasPadammacam sedap je buat tempe goreng cicah sambal kicap hujan2 ni kak
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian...saya pun suka tempe, shedappp😋...mantap TOC nya.👍
BalasPadamsedap, cuma bukan fav...sesekali makan ok..
BalasPadamTempe daun is the best dan terpaling sedap. Makan macam tu je dah nice. Kalau goreng gitu je actually ok. Kalau tempe plastic, tak sedap sangat. Just my opinion, sebab dari kecik memang makan tempe daun je. Bila dah besaqqq gini, baru tahu ada tempe dalam plastic hahaa. Rasa dia sangat berbza. Eh panjang pula comment saya
BalasPadaminilah lauk membuka selera
BalasPadamFav jugak tempe cicah sambal kicap sedapnye
BalasPadam