Doa Arafah dan Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah - Cerita Ita                                                             Doa Arafah dan Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah Langkau ke kandungan utama

Doa Arafah dan Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum semua, hari ni merupakan 8 Zulhijjah dalam kalender Islam dan hari ini antara hari yang disunatkan untuk seluruh umat Islam berpuasa. Ianya tertulis di dalam amalan yang disunatkan bagi orang Islam di dalam bulan Zulhijjah. Kali ni aku nak tuliskan pasal puasa sunat bulan Zulhijjah, doa Arafah, dan juga niat puasa sunat hari Tarwiyah dan niat puasa sunat hari Arafah untuk perkongsian dan pertambahan ilmu.

 

Amalan Yang Digalakkan di Bulan Zulhijjah


"Tiada hari yang PALING DISUKAI oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH." (HR Bukhari, 969)
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk melaksanakan amal soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah).

doa arafah


1.PUASA SUNAT

 

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat bermula pada 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah (bagi yang tidak menunaikan wukuf di Arafah)

 

2.PUASA ARAFAH

 

Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan wukuf di Arafah, kita digalakkan untuk berpuasa sunat pada waktu tersebut.

 

3.IBADAH KORBAN

 

Bagi mereka yang berkemampuan, digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban iaitu penyembelihan binatang seperti lembu atau unta.

 

4.SOLAT SUNAT

 

Bulan Zulhijjah adalah antar bulan yang dilimpahi dengan keberkatan, oleh itu umat Islam digalakkan melipatgandakan amalan sunat termasuk solat sunat.

 

5.MEMBACA AL-QURAN

 

Disarankan juga mengurangkan percakapan yang tidak berfaedah dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.

 

6.SEDEKAH

 

Seperti amalan sunat lain, bersedekah juga amat digalakkan bagi umat Islam dalam bulan Zulhijjah ini.

 

7.IBADAH HAJI

Bagi mereka yang berkemampuan boleh melaksanakan ibadah haji di Mekah serta menjalankan ibadah korban di sana.

 

Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

 

Dalam Islam terdapat hari-hari tertentu yang disunatkan untuk berpuasa  antaranya ialahlah puasa sunat asyura (disunatkan pada 10 Muharram), puasa sunat 6 hari di bulan Syawal serta puasa sunat Isnin dan Khamis.

 

Ia termasuk dalam ibadah sunat muaqqat (ibadah sunat yang dituntut) iaitu puasa sunat yang ditentukan waktunya yang mana ia disyariatkan dalam waktu tertentu. Puasa sunat Arafah di bulan Zulhijjah juga adalah salah satu daripadanya. Umat Islam digalakkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah setiap tahun bagi memperolehi ganjaran berpuasa sunat di bulan Zulhijjah. Manakala Puasa hari arafah sunat dilakukan pada hari arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.

 

 

Niat Puasa Sunat di Bulan Zulhijjah

 

Terdapat 3 niat puasa sunat yang berbeza untuk puasa sunat bulan Zulhijjah.

 

1. Niat puasa sunat dari 1 hingga 7 Zulhijjah

 

 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku berpuasa sunat bulan Zulhijjah kerana Allah Taala."

  

niat puasa bulan zulhijjah

  

 

2. Niat puasa sunat Tarwiyah pada 8 Zulhijjah

 

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Sahaja aku berpuasa Tarwiah, sunat kerana Allah Taala.”

 

 

niat puasa tarwiah

  

 

3. Niat puasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah

 

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah Taala.”

 

 


 

Amalan di Hari Arafah

 

1. BANYAKKAN BERDOA

 

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.

 

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Nabi Muhammad SAW bersabda:

 

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

 

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”

(HR al-Tirmizi, Hadis sahih)

 

2. BERPUASA SUNAT PADA HARI ARAFAH

 

Daripada Abi Qatadah r.a., Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa sunat pada hari Arafah:

 

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

 

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.”

(HR Muslim, Hadis sahih)

 

Bagi orang yang TIDAK menunaikan haji, disunatkan berpuasa pada hari Arafah. Bagi para jemaah Haji, tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah.

 

3. AMALAN BERZIKIR DI HARI ARAFAH

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا قِلَّتُهُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لاَ إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. رواه الإمام مالك

Maksudnya: "Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik perkataan yang aku ucapkan begitu juga para Nabi sebelumku adalah ‘Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariika Lahu, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wa Huwa 'Alaa Kulli Syai'in Qodiir’ (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)."

(HR Imam Malik, Hadis sahih)

 

4. BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT

 

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.

Daripada Aisyah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

 

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.”

(HR Muslim, Hadis sahih)

 

 

 Kelebihan Berpuasa Sunat di bulan Zulhijjah

 

A. PUASA TARWIYAH

 

Baginda Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam Bersabda;

 

صوم يوم الترويه كفارة سنة وصوم عرفة كفارةسنتين

Puasa Hari Tarwiyah Dapat Menghapus Dosa Setahun, Dan Puasa Arafah Dapat Menghapus Dosa Dua Tahun

( HR. Jami Al Hadits XIV/ 34 )

 

Kenapa Dinamakan Puasa Tarwiyah?

 

Makna Tarwiyah disebutkan oleh Imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab:

 

Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah.

Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).

 

Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buat kali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan.

Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zulhijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah.

 

B. PUASA ARAFAH

 

Abu Qatadah Radhiyallahu'Anhu Berkata

Rasullah Ditanya Tentang Puasa Hari Arafah Beliau Menjawab ;

 

 يكفر السنة الماضية والباقية

Puasa Arafah Menghapus Dosa Tahun Lalu Dan Tahun Ini [HR. Muslim]

 

 

Doa Arafah


TEKS DOA DI ARAFAH 1444H/ 2023M


doa arafah

 

waktu doa arafah

doa arafah

doa arafah

doa arafah

doa arafah

 

Doa Mudah Hari Arafah


DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan. 

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dgn selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbul 'Aalamin.

Masa Untuk Membaca Doa Arafah

 

Waktu dan Ketika Jemaah Haji Afdhal Berdoa di Padang Arafah ialah pada 27 Jun 2023 jam 12.24pm hingga 12.07am Waktu Mekah. (27 Jun). Waktu dan ketika yang sama di Malaysia ialah hari ini 5.24pm hingga 12.07am tengah malam ini. (28 Jun 2023)

 

[P. S. -Mulai 01ZH tahun ini, tarikh hari baru bermula dari Timur Tengah - bukan dari Timur Jauh seperti sebelum ini.]

 

Jadi untuk hari Selasa ini 27 Jun 2023 dan esok Rabu 28 Jun 2023 marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan sunat dan berdoa kepada Allah SWT untuk sama-sama kita merebut peluang meperolehi keberkatan bulan Zulhijjah.

 

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...