Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu.
Gambar terkini semalam |
Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan
Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.
Hadiah buat isteri
Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing.
Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la hari ni. Cadang nak masak lepas habis hadiri mesyuarat PIBG sekolah anak ni.
Walaupun ucapan yang diberikan tu dah ngam tapi tetiba ada yang lucu jugak jadinya. Shah boleh lupa tahun ni dah genap 17 tahun. Yang 15 tahun tu dia kahwin dengan siapa ntah.. hahaha..
Fasa Perkahwinan
Perkahwinan kami dah masuk usia 17 tahun. Kata orang perkahwinan ni ada 3 fasa dan kami akhirnya dah berjaya menempuh pelbagai ujian sehingga sampai fasa ke 3. Fasa pertama proses kenal hati budi masing-masing. Fasa Kedua adalah dikata fasa punca rezeki akan masuk dalam keluarga. Dan fasa ketiga adalah fasa di mana kestabilan dalam perkahwinan.
Kami telah pun masuk ke fasa ketiga. Tapi bukan bermaksud kami dah lulus cemerlang tapi ianya masih jauh lagi untuk capai kestabilan rumahtangga. Masih banyak kami sedang belajar dan cuba melengkapi kekurangan satu sama lain.
Doa sempena ulangtahun perkahwinan
Doa aku sempena dah capai 17 tahun ni, kami terus sabar dalam melayari rumahtangga yang sangat mencabar. Didoakan juga supaya kami sihat untuk sokong satu sama lain, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk kami melunaskan semua hutang-hutang kami sebelum nyawa dijemput pergi.
Doa aku juga supaya kami terus sabar dan tabah dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara satu hari nanti.. insyaAllah. Didoakan juga supaya perkahwinan kami ini kekal hingga ke menjadi jalan kami ke syurga. Doakan kami ya.
Ceritaita
Tahniah
BalasPadamEppi annibersari
happy anniversary ita semoga kekal bahagia til jannah.. kelakat plak shah salah tahun ye
BalasPadamhappy anniversary kak
BalasPadamSelamat ulangtahun perkahwinan ke-17 sis & suami 💖🌹 semoga bahagia hingga ke-jannah. Hujung tahun ni pun saya & asben bakal celebrate anniversary perkahwinan ke-17 jugak, Insha Allah😊
BalasPadamSelamat Ulangtahun Perkahwinan kak...boleh dirahmati Allah selalu
BalasPadam