Pengalaman Bermalam di Bayou Lagoon Park Resort - Cerita Ita                                                             Pengalaman Bermalam di Bayou Lagoon Park Resort Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Bermalam di Bayou Lagoon Park Resort

Assalamualaikum semua, ya Allah lama betul aku tak menulis kat blog ni kan ? Kat Instagram dan Facebook pun dah jarang-jarang. Tapi aku nak jugak cerita kisah bermalam di Bayou Lagoon Resort Melaka baru-baru ni.

Bayou Lagoon Park Resort


Bayou Lagoon Park Resort Melaka 

Dah lama sebenarnya Bayou Lagoon Park Resort Melaka ni mula dibuka pada tahun 2013 macam tu kot. Aku pun tak berapa ingat bila. Tapi kalau kami yang jarang-jarang ke Melaka ni. Bayou Lagoon Park Resort ni antara yang kami tak pernah jejak kaki lagi la. Sama juga dengan A'Famosa Resort. Entah bila ada rezeki nak singgah.

Kisahnya masa hujung bulan Jun lepas aku ada bengkel di Melaka. Kebetulan pulak bengkel tu pada hari Rabu sampai Jumaat. Hari Jumaat kan sekolah di Johor cuti, jadi dapat idea boleh la anak-anak stay sekali sambil diorang boleh mandi manda kat waterpark situ kan?

Jadi aku gerak dulu Rabu tu dan mereka menyusul pada hari Khamis. Dapatlah bermalam semalam dengan keluarga di Melaka. Marilah aku ceritakan kisah kami kat sini.


Cara nak sebut nama Bayou Lagoon? 

Memula aku sampai tu terfikir la jugak macamana nak sebut nama resort ni ya? Perkataan 'Bayou' tu kalau sebut ikut lidah Melayu ni akan berbunyi jadi 'ba-yau'. Ini lidah Melayu aku la ya. 

Tapi rupanya perkataan 'Bayou' tu disebut dengan slang Inggeris ya. Jadi sebutannya ialah 'Ba-you' atau 'Ba-iu'. Sebut 'ba' kemudian sebut 'you'. Dah rupa main cak-cak dah rupanya masa nak belajar menyebut hahaha.. 


Apa maksud Bayou?

Sebenarnya macam aku kata sebelum ni 'Bayou' ni dari perkataan Inggeris yang bermaksud sungai atau tasik. Jadi hari ni kita belajar perkataan baru ya anak-anak. Terasa tua makcik hari ni haha.


Harga bilik di Bayou Lagoon Park Resort

Kalau ikutkan maklumat dari risalah yang ada di kaunter hotel tu mereka tulis mereka ada lebih 290 bilik hotel yang terdiri dari bilik suite dan apartment yang ada 2 hingga 3 bilik. Harga berbeza-beza mengikut waktu puncak ataupun tidak ya. Jika korang book dalam website, atau melalui agent perlancongan harganya mungkin berbeza dari harga walk-in.


Macam aku aritu aku tempah bilik suite melalui aplikasi Agoda. Harganya agak murah berbanding harga walk in. Aku dapat harga RM254.10 untuk penginapan 2 malam. Harga ni tanpa sarapan pagi dan juga tiket ke waterpark ya. Bilik suite ni dari apa yang aku tau ada 2 jenis bilik suite. Satu yang ada jakuzi dan satu lagi yang tak ada jakuzi. Macam aku duduk ni jenis yang ada jakuzi.


Ada juga pilihan lain dalam Agoda tu aku tengok yang tawarkan homestay di apartment 2 bilik siap dengan tiket percuma ke waterpark dia lagi. Tapi yang ni aku tak ambik sebab aku nak cuba chat dengan owner tak lepas-lepas. Ntah apa masalah aplikasi Agoda masa tu.


Korang boleh bandingkan harga yang aku dapat melalui tempahan online dan jugak harga bilik kadar biasa macam di bawah ni. Yang ni room rate for Bayou Lagoon Park Resort 2023. Korang boleh tengok harga bilik tahun 2023 di Bayou Lagoon Park Resort. Harga ni untuk yang daftar masuk secara walk-in ya.


harga bilik Bayou Lagoon Park Resort
Harga bilik Bayou Lagoon Park Resort


Oh lupa bagitau lagi satu. Masa check in korang akan diminta untuk bayar RM2 untuk caj warisan pelancongan Melaka dan juga bayaran deposit RM100 yang akan dipulangkan balik waktu check out.


Gambar bilik di Bayou Lagoon Park Resort

Gambar bilik


Aku nak tunjukkan keadaan bilik di Bayou Lagoon Park Resort  yang aku duduk ni. Bilik yang aku duduk ialah bilik suite dengan jakuzi. Best wei boleh berendam dalam jakuzi tu. Merasa la masa hari pertama yang aku duduk sorang-sorang tu kan. 

Bilik dia agak luas. Ada 2 buah katil single yang dirapatkan sebab aku mintak katil bersaiz queen sebenarnya dalam request bilik. Tapi perhatian untuk korang yang suka bawa anak kecil tidur sekali atas katil, katil dia tu dirapatkan jadi macam tak berapa oklah di bahagian tengah tu ya. Tambahan pulak boleh bergerak-gerak pulak tu katilnya haha. Cuak jugak la aku rasa. Takut terselit je kat tengah-tengah antara tilam tu. Bahaya ya.

tengoklah katil dia tu.. cantum gitu je


Dia ada sediakan sebuah kerusi panjang untuk berehat berhadapan dengan sebuah televisyen besar juga. Tak pasti saiz apa. Cuma TV dia tu kedudukannya berada antara katil dan kerusi. Jadi kalau nak tengok TV kena duduk atas kerusi dan tak boleh tengok TV bila korang duduk atas katil. tak best langsung ya. 





Lepas tu ada meja lagi satu yang ada 2 buah kerusi tinggi. Yang ni aku suka. Boleh santai-santai makan dan minum kat meja tu. 




Ada juga disediakan peti sejuk kecil yang pada aku suhunya ok je. Cerek elektrik pun ada juga disediakan bersama peralatan membuat air dan air mineral dalam botol yang unik dan cantik. 



botol air unik


Di bahagian bilik airnya pula ada sebuah jakuzi, tandas dan sinki. Cuma yang tak bestnya ada tingkap antara katil dan bilik air tu. Yang ni macam aku pernah jumpa di resort lain juga yang ada jakuzi. Jadi ok je la boleh tutup dan kunci jika taknak digunakan. 

jakuzi dalam bilik air

jakuzi
jakuzi


Perkhidmatan di Bayou Lagoon Park Resort


Tahap kebersihan

Pada aku tahap kebersihan di sini adalah memuaskan. Aku kira puashatilah sepanjang menginap 3 hari 2 malam di sini. Kebanyakkan masa pun aku tak duduk sangat kan. Tapi pada aku, mereka sentiasa jaga kebersihan di tahap yang baik. Ini bukan hanya untuk bilik ya. Juga termasuk kawasan sekitar dan lobi hotel juga. 

Talian internet

Untuk talian internet ni aku agak kecewa juga sebab sepanjang aku menginap tu internet WIFI hotel langsung tidak dapat digunakan. Hari pertama tu aku elok je mintak password dari kaunter hadapan hotel, bila dah diberi password dan cara nak sambung ke internet aku pun cubalah. Sekali tu rupanya tak boleh guna. 

Aku pun telefon la semula kaunter hadapan, dia kata akan ada team maintance akan datang ke bilik untuk bantu. Aku ingatkan isu boleh selesai la bila orang teknikal dia datang kan? Sekali tu techinician dia datang cuma nak bagitau yang talian internet dia ada masalah tapi mungkin masalah di pihak telekom ke unifi ntah dia sebut. 

Dia kata dah buat report tapi masih tunggu tindakan. Ajerlah aku rasa macam nak suruh je team hotel ni saman je internet provider tu pasal 3 hari 2 malam aku duduk situ masalah tetap tak selesai. Lama benar kan penyelesaian dia tu? 

Kesimpulan dia aku sangat tak puashati bab internet ni.



Aktiviti di Bayou Lagoon Park Resort


Bayou Lagoon Park Resort Waterpark

Untuk korang yang tak pernah datang macam aku ke sini sebenarnya kat sini ada taman tema air atau waterpark yang sangat best dan besar ya. Ianya berada di dalam kawasan resort. Kalau korang menginap di blok apartmen yang bernama Amari Villa tu boleh tengok pemandangan taman tema air dia ni dari situ. 

Kami menginap di blok bersebelahan jadi tak nampaklah. Cuma nampak dari luar je waktu memandu masuk ke kawasan resort. 


Harga Tiket Waterpark Bayou Lagoon Park Resort 

harga tiket waterpark bayou lagoon park resort



Masa awal-awal kami datang pun sebab terfikir nak mandi di taman tema air dia ni la. Jadi kami dah tengok tiket waterpark resort ni awal-awal. Jika buat pembelian melalui online di website mereka sendiri boleh dapat potongan harga ya. 

Harga tiket dewasa ialah RM19 dan harga tiket kanak-kanak pula ialah RM15. Ini harga di hari biasa dan bukan harga hari minggu atau musim puncak.  

Tapi takde rezeki kami nak mandi masa kami datang masa tu. Jadi kita tangguhkan dulu la program mandi manda.


Magic Art Muzium 3D Bayou Lagoon Park Resort

Ada satu lagi tarikan di Bayou Lagoon Park Resort ni ialah Muzium 3D. Yang ni agak menarik. Waktu aku mendaftar masuk mereka bagi sekali 2 tiket Muzium 3D Melaka ni secara percuma.

Jadi waktu keluarga aku datang, mereka ke sini sementara aku habiskan kerja berbengkel. Jadi mereka tinggal tambah lagi 1 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak. Adam masih dapat masuk percuma masa ni.


Harga tiket Magic Art Muzium 3D Bayou Lagoon Park Resort Melaka



Harga tiket bagi aku berpatutan jugak kalau korang nak walk in. Kami dapat harga murah sikit sebab beli tiket melalui website Klook. 

Aku belanja gambar family kami kat dalam muzium 3D ni la untuk tatapan pembaca.



magic art 3 muzium

magic art 3D museum


ni paling aku tak daya.. bukan main dia ya


Harga tiket Combo



Sebenarnya untuk kedua tempat rekreasi ni korang boleh dapatkan harga kombo kalau nak beli bersekali. Kat bawah ni aku letakkan sekali gambar untuk harga tiket combo.


Aku letak sekali alamat Bayou Lagoon Park Resort kalau-kalau ada sesiapa yang datang sini nanti.


Bayou Lagoon Park Resort

Jalan Kampung Tehel, Bukit Katil, 75450 Melaka
No. Telefon : 062330888


Ceritaita



Ulasan

  1. mcm lebih kurang unit g aku duduk dulu. mahal rate dia kalau book dgn owner unit lagi murah kot

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...