Assalamualaikum semua, tadi pagi dah cerita pasal ujian kan? Kebetulan bulan julai ni banyak pulak ujian besar yang terjadi buat kami. Ini antara ujian yang aku boleh ceritakan kat korang la. Sebab ianya tak melibatkan aib sesiapa.
Bulan Julai 2023
Kebakaran di PPIT Batu Pahat |
Ujian Pertama : Pusat Operasi Batu Pahat Terbakar
Kejadian kebakaran berlaku pada awal pagi 4hb Julai yang lepas. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak bomba. Tapi memang habis rentung la ruangan pentadbiran tu. Syukur juga ianya tak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan. Cuma kerosakan harta benda sajalah. Itu pun kami sedih jugak. Maklumlah harta kerajaan ni bukan senang nak dapat gantinya.
Masa kejadian ni berlaku dalam pukul 3 pagi macam tu. Memang bukan waktu bekerja la waktu ni. Ada seorang pemandu lori yang melalui kawasan pejabat ni dan ternampak kepulan asap keluar dari bangunan. Alhamdulillah beliau sangat peka dan terus menelefon bomba waktu tu. Jadi tak sampai beberapa minit bomba dan sampai dan tolong padamkan api yang sebabkan kebakaran.
Kalau takde yang perasan dan tolong laporkan tentu dah rentung habis keseluruhan bangunan tu. Bahaya betul ya. Terima kasih banyak kami ucapkan pada yang sudi menghulurkan bantuan.
Ujian Kedua : Bateri kereta kong!
Bateri gantian |
Ujian kedua ni berlaku langsung la takde signal nak jadi. Kejadian pada 6hb Julai. Macam biasa rutin pagi kami kena hidupkan dulu enjin kereta sebelum bawak. Biasanya memang Shah yang hidupkan enjin kereta. Tapi pagi tu ntah apa mood rajin aku terus keluar dan nak hidupkan enjin kereta Exora tu.
Bila pulas je kunci. Hah sudah.. enjin taknak hidup. Aku siap cakap dengan diri sendiri.. eh takkan la taknak hidup pulak kereta ni. Janganlah macam-macam kan. Sebab biasa rutin pagi aku ialah hantar 3 orang anak ke sekolah menengah dan sekolah rendah sebelum aku sendiri memandu ke tempat kerja.
Bila Shah dengar aku cuba start kereta tak hidup tu dia tengok.. terus dia kata.. bateri kereta kong la ni.. aduhai.. betul-betul kejadian yang tak diingini betul terjadi waktu pagi ni. Jadinya kami ambik masa nak hidupkan wira yang dah jarang-jarang bergerak tu pulak. Aku pulak cepat-cepat mesej cikgu anak-anak untuk maklumkan yang anak-anak akan lambat ke sekolah.
Kami beli bateri kereta di Shopee, alhamdulillah servis dia pantas dan masalah kami selesai tak lama lepas tu. Kalau korang nak beli jugak boleh tengok kat Bateri Exora murah di Shopee.
Ujian Ketiga : Penampilan Audit KPKM
penampilan audit KPKM |
Yang ni berkaitan dengan kerja jugak lagi. Tiba-tiba kami terima surat dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mereka nak buat penampilan audit di tempat kerja kami di Kluang ni. Memang satu kejutan besar la kiranya ni kan. Risau jugak apa je yang mereka akan jumpa masa audit tu nanti.
Tapi alhamdulillah sesi penampilan audit berjalan dengan lancar. Adalah beberapa teguran dari team auditor yang datang hari tu. Syukur jugak sebab banyak belajar dan dapat ilmu dari sesi penampilan audit kali ni.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa beza penampilan audit dengan audit biasa kan? Kalau ikut pemahaman yang diberikan kepada kami aritu, penampilan audit ni dijalankan di tempat-tempat yang tidak dijalankan audit pengurusan kewangan secara kebiasaannya bagi sektor awam. Jadi melalui penampilan audit ni dapatlah jugak ketidakakuran atau NC yang direkodkan cumanya secara menyeluruh sahaja.
Tapi bagus jugak bila ada sesi penampilan audit macam ni. Sekurang-kurangnya orang yang banyak buat kerja-kerja teknikal macam kami ni faham jugaklah kerja-kerja pentadbiran yang sepatutnya diamalkan.
Ujian Keempat : Tersangkut sebab kemalangan bas di Nilai
kemalangan bas di Nilai |
Masa ni kami dalam perjalanan menuju ke Putrajaya untuk hadiri mesyuarat pada 10hb Julai. Ada 2 mesyuarat penting pagi tu. Disebabkan hari sebelum tu ada hal perlu selesaikan jadi kami ambik keputusan bergerak awal pagi dari Kluang, Johor untuk ke Putrajaya.
Sampai di kawasan menghala ke Seremban tu kenderaan dah mula banyak. Tiba-tiba pemandu ambik jalan keluar daripada lebuhraya dan ikut jalan dalam menggunakan waze menghala ke arah Nilai. Aku pelik juga kenapa tiba-tiba tukar laluan.
Rupanya bila aku tanya barulah pemandu ni cerita, waktu dia nak keluar rumah awal pagi tu dia dah dengar berita pasal kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress menghala ke utara awal pagi tu. Jadi dia dah boleh agak yang akan ada kesesakan yang teruk kat kawasan tu. Itu yang dia awal-awal lagi dah cari jalan lain.
Syukur jugaklah pemandu ni bijak, disebabkan kepantasan dia bertindak kami berjaya sampai ke tempat mesyuarat tepat pada masanya. Alhamdulillah. Ada ahli mesyuarat yang masih sangkut dalam kesesakan lalu lintas tu waktu kami dah tiba.
Ujian Kelima : Temuduga kenaikan pangkat
surat tawaran kenaikan pangkat |
Ujian yang keempat ni belum berlaku lagi. Tak lama dah. Hari Khamis ni je. Ya pada 20hb Julai nanti akan ada sesi temuduga kenaikan pangkat di jabatan aku untuk kenaikan ke jawatan GV52. Aku adalah salah seorang calon untuk ditemuduga.
Di jabatan kami memang ada keperluan untuk ditemuduga bagi urusan kenaikan pangkat. Kena juga update Resume atau CV untuk diproses. Cerita pasal ni pun perut sudah ada rasa tak sedap dah. Kecut perut wei. Ntah apa yang akan ditanya. Cuma satu je la yang pasti. Untuk temuduga kenaikan pangkat macam ni jaranglah nak ditanya soalan untuk suruh perkenalkan diri macam mula-mula mintak kerja. Doaku hanya satu je jangan ditanya soalan di level pak menteri sudahlah.. huhu.. doakan aku ya korang.
Bulan Julai baru sampai pertengahan ni.. semoga yang baik-baik saja sehingga di penghujung nanti.. amin..
Ceritaita
Semua ujian utk kita dinaikkan darjat di sisi-Nya kan. Semoga kita semua tidak diuji dgn ujian yg berat takut tak mampu memikulnya.
BalasPadamLebih kurang akak jer la banyakaa ujian nak kawen ni...mcm- mcm...semoga dipermudahkan urusan Ita dan keluarga
BalasPadamUjian tanda Allah sayang dan Allah nak kita dekat padaNya kan Ita. Kak Sue doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk Ita ya.. Aamiin Ya Rabb..
BalasPadamMoga dipermudahkan urusan dan moga berjaya naik pangkat... murah rezeki Ita dan family
BalasPadam