Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah! - Cerita Ita                                                             Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah! Langkau ke kandungan utama

Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah!

Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 1hb Muharram 1445H dalam kalender Islam. Sekejap je setahun dan berlalu dan tibanya awal Muharram semula. Semalam semua orang tentunya dah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun kan? Hari ni juga tentu ada yang dah niat puasa sunat awal Muharram juga. Hari ni juga hari terbaik untuk kita mulakan sesuatu yang baru atau berhijrah kepada yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah!

salam maal hijrah 1445H


Bulan Muharram dalam Kalender Islam

Setiap awal Muharram ataupun 1hb Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Ianya membawa maksud diharamkan iaitu bulan yang dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Ianya juga popular dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah. 

Tahun ini telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bahawa tarikh 1 Muharram 1445H adalah pada 19hb Julai 2023 dan ditetapkan sebagai cuti umum awal Muharram tahun baru Islam bagi semua negeri-negeri di Malaysia. 


Lirik lagu nasyid 1 Muharram 

Kalau ingat lirik lagu nasyid 1 Muharram dari zaman kita kecik dulu-dulu... 


1 Muharram detik permulaan, permulaan tahun Islam hijrah. 

Penghijrahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah.

Atas keyakinan dan iman yang teguh.

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu.

Rela berkorban, harta dan nyawa.

Demi menegakkan Islam tercinta.


Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan.

Hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan.


Dari itu mari semua, kita sambut Maal Hijrah.

Tingkatkan semangat, kuatkan syiar Islam.

Untuk sepanjang zaman.


Bila baca je lirik lagu Maal Hijrah ni automatik terikut nyanyi jugak kan? Haha.. aku rasa kebanyakan orang memang hafal lagu 1 Muharram ni.


Ejaan Perkataan Muharram Yang Betul

Sebenarnya ejaan yang betul bagi bulan Muharram dalam bahasa Melayu ialah Muharam. Tiada ulangan huruf r dalam ejaan Muharam dalam bahasa Melayu baku yang betul. Tapi biasa juga kita jumpa ejaan Muharram kan? Ianya sebab kita mengikut sebutan dalam ejaan bahasa Arab. Bila disebutkan mengikut ejaan dalam bahasa Arab maka jadilah sebutan dia Muharram.


Bulan Muharram Sinonim dengan penghijrahan

Kalau mengimbau kisah Nabi Muhammad SAW bersama umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah pada awal Muharam tentunya semua sedar. Bulan Muharram ini adalah bulan yang terbaik jika kita hendak berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik.

Sesuatu yang lebih baik tu bukan hanya tertumpu kepada penghijrahan tempat tinggal macam kisah Nabi Muhammad SAW tu saja.. Ianya juga melibatkan penghijrahan minda kita dan semangat kita. Kalau pada aku, ianya adalah detik yang baik bagi penghijrahan diri kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya.


Kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam

kisah hijrah Nabi


sejarah hijrah Nabi






sejarah  hijrah rasulullah


Tema Maal Hijrah 1445H /2023

Tahun ini frasa ayat "Perpaduan Teras Malaysia Madani" telah diambil sebagai tema Maal Hijrah 1445H. 


Hijrah kami pada tahun 1445H

Kami jadi ejen Kek Rahmah Viral Azlina Ina

kek viral Azlina Ina
insyaAllah kek-kek viral ni akan menyusul nanti


Ada satu perancangan besar buat kami dalam tahun baru Islam tahun ni. InsyaAllah kami akan gerak langkah sebagai salah seorang ejen untuk jualan kek rahmah viral Azlina Ina. Lepas ni kalau sesiapa yang nak dapatkan kek rahmah viral Azlina Ina di sekitar Kluang bolehlah hubungi kami ya. Boleh terus whatsapp kami je https://wa.link/8650p6 doakan kami juga ya

Ceritaita



Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...