Ujian - Cerita Ita                                                             Ujian Langkau ke kandungan utama

Ujian

Assalamualaikum semua, aku terbaca di dinding facebook seorang kawan. Dia ditimpa ujian yang sangat berat. Lebih berat lagi bila dia ceritakan kisah ujian yang menimpa tetapi orang tidak percayakan ceritanya. Pada aku hilang kepercayaan dari orang lain itulah ujian sebenar buatnya.


ujian
Gambar hiasan ketika proses melupuskan ternakan

Ujian

Maksud ujian itu sendiri ialah untuk mencuba atau memeriksa tahap seseorang. Dalam konteks kehidupan dan agama, ujian adalah untuk menguji tahap ketahanan iman seseorang menghadapi masalah dan dugaan dalam kehidupan.


Komen positif dan negatif

Tapi di sebalik itu ada banyak komen baik dan memberi semangat di statusnya itu. Aku, dalam kebanyakan masa memilih untuk diam, baca dan hadam. Ada banyak perkara yang boleh dibaca dan dihadamkan dengan baik. Ambillah sebanyak mungkin komen yang positif supaya kita terus bersemangat untuk hidup yang lebih baik. Kadangkala antaranya ada jalan penyelesaian bagi masalah yang kita sedang hadapi.

Mana-mana komen yang negatif tu pilihlah mengikut emosi. Jika emosi kita pada ketika itu tidak baik dan tidak bagus, abaikan sajalah komen bersifat negatif yang tidak akan membantu kita menangani emosi sendiri disebabkan ujian yang sedang dihadapi. Pilihan ada di tangan kita. Kita yang patutnya memilih untuk buat yang terbaik. 


Ujian setiap orang tidak sama

Bukan cerita kawan ni saja, semualah termasuk isu semasa. Jarang sangat aku nak mengulas. Bukan apa, kita pun manusia.. jadi ujian akan sentiasa datang tanpa kita jangka. Ujian untuk setiap orang takkan sama. Walaupun duduk dalam satu rumah yang sama. Tapi ujian pastinya sesuai dengan tahap iman yang kita ada.

Kadangkala aku memilih untuk baca sama komen-komen yang baik. Secara tak langsung menaikkan juga semangat diri sendiri yang juga ditimpa ujian. Ya, aku juga ditimpa ujian yang dah bertahun lamanya. Tapi aku memilih untuk 'DIAM'.  Tak ramai tau masalah diri waima keluarga terdekat pun. Ianya melibatkan aib manusia juga jika dicanang merata-rata. 


Perancangan bila hadapi ujian

Antara yang paling penting untuk dibuat bila ditimpa ujian ialah:

1. Tenangkan diri dan stabilkan emosi diri. 

Penting sangat yang ni. Selalu orang lupa buat sehinggakan jadi salah langkah dalam mengatur perancangan sesuai. Aku pun pernah laluinya. Sehingga hari ini ada sedikit kekesalan kerana terlalu mengikut emosi diri waktu ditimpa ujian.

Buatlah apa pun perkara yang korang rasa boleh tenangkan diri sebelum bertindak buat apa-apa keputusan. Setiap orang cara mencari ketenangannya berbeza, carilah yang sesuai dengan diri. Janganlah dilayan perasaan emosi sehingga merosakkan diri sendiri. Carilah bantuan perbaiki emosi jika perlu.

2. Susun semua perkara yang berlaku.

Jika perlu tulis, tulislah. Supaya lebih jelas. Kita kadang-kadang tak nampak sesuatu perkara tu dengan jelas jika tidak disenaraikan. Jika tidak jelas, takkan jumpa jalan keluar.

3. Senaraikan jalan penyelesaian jika ada/tiada.

Yang ni sangat penting. Jika perlu buat pilihan jalan mana yang patut dipilih. Perlu juga senaraikan Pro dan Con setiap jalan penyelesaian dalam cadangan. Senaraikan sebanyak mungkin perkara yang pro dan contra supaya kita boleh buat keputusan dengan lebih baik. Terutama bila ditimpa dengan ujian berat.

4. Dekatkan diri dengan Pencipta

Bagi orang Islam, ujian adalah salah satu cara untuk dekatkan diri kita kepada Allah SWT. Redha dalam setiap ujian itu sangat dituntut dalam agama. Redha itu memang lebih mudah menyebut dari melakukannya. Kebanyakan orang hanya redha di mulut tetapi tidak di hati. 

Banyakkan berzikir dan mengucap syukur apabila ditimpa ujian. Itu tandanya diri kita masih dikasihi dan dikasihani oleh Allah supaya kita tak terus hidup dalam dunia yang tanpa kita sedar membawa binasa. Berdoalah sebanyak mungkin bila ditimpa ujian. InsyaAllah akan ada ketikanya doa kita didengari dan dimakbulkan Allah jua.


Hikmah sebuah ujian

Hikmah paling besar sesebuah ujian yang diturunkan kepada manusia ialah akhirnya menjadikan seseorang itu seorang yang lebih tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Dalam banyak perkara, ujian mematangkan seseorang dan merubah seseorang menjadi manusia yang lebih baik.

Apa pun ujian yang kita sedang hadapi, ingatlah kehidupan ini juga adalah sebuah ujian. Selagi bernafas dan bernyawa kita perlu tempuh segalanya yang mungkin kita tidak pernah rancang dalam sebuah kehidupan sempurna. 

Hadapilah ujian dengan tenang dan berlapang dada. Kawal emosi dan mental. Supaya ada jalan keluar bagi setiap masalah dan hidup lebih tenang. Teruslah hidup tanpa tekanan. Semoga dipermudahkan urusan bagi semua orang. Amin.


Salam ketenangan

Ceritaita



Ulasan

  1. ujian datang dalam berbagai bentuk dan pembawaan setiap orang menghadapi ujian tak sama... semoga kita semua menjadi insan yang semakin tinggi imannya apabila berdepan dengan ujian

    BalasPadam
  2. bagus langkah penyelesaian tu aku setuju. boleh ikut tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...