Bantuan e Wallet : Belia Rahmah, B40 dan M40 - Cerita Ita                                                             Bantuan e Wallet : Belia Rahmah, B40 dan M40 Langkau ke kandungan utama

Bantuan e Wallet : Belia Rahmah, B40 dan M40

Assalamualaikum semua, pada pembentangan bajet 2023 yang lepas, kerajaan Madani telah pun mengumumkan bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) diperkenalkan. Antara insentif dalam STR ini ialah bantuan e wallet Belia Rahmah. Kemudian terbaru ada pengumuman bantuan insiatif tunai RM100 untuk B40 dan M40 pula akan diberikan.

 

Bantuan e wallet

bantuan tunai e wallet


Sejarah bantuan e wallet di Malaysia sudah bermula dari tahun 2019 lagi di mana bantuan pertama e-Tunai Rakyat yang telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan pada waktu itu. Bantuan e-Tunai Rakyat ini mensasarkan pemberian tunai RM30 secara e-dompet kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak ketika itu. Ini untuk menggalakkan rakyat beralih kepada budaya kewangan digital.



Bantuan e wallet Belia Rahmah

 

Melalui bantuan e wallet Belia Rahmah ini, semua belia yang boleh menuntut bantuan sebanyak RM200 seorang. Bantuan e wallet ini telah dinaikkan dari RM150 ke RM200 untuk insentif bantuan e-Pemula untuk belia yang telah diperkenalkan pada tahun 2022.

 

Semak Kelayakan bantuan Belia Rahmah

 

Jadi sesiapa yang berumur dari 18 hingga 20 tahun atau lahir pada tahun 2003, 2004 dan 2005 atau sesiapa rakyat Malaysia tidak kira umur yang belajar sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/IPTS) tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi boleh cuba memohon bantuan e wallet Belia Rahmah ni. Kalau sesiapa yang tak termasuk dalam kelayakan ni tapi nak cuba memohon boleh juga. Tapi kalau tak dapat janganlah marah pulak.   

 

Bila bantuan e wallet belia boleh dituntut ?

 

Bantuan e wallet belia rahmah ini boleh dituntut bermula pada tarikh 26 Jun 2023 sehingga tarikh akhir bantuan e wallet belia ini pada 31 Ogos 2023. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan talian yang membenarkan tuntutan telah mulai sibuk bermula tengah malam 26 Jun 2023 dan mungkin mengambil sedikit masa untuk membuat tuntutan. Ingat, tarikh tutup adalah pada 31 Ogos 2023.

 

Cara tuntutan e wallet belia boleh dibuat

 

Tuntutan e wallet  RM200 ini boleh dibuat melalui channel Touch n Go (TNG), Boost dan Setel. Mudah je kalau nak buat tuntutan. Boleh terus ke salah satu aplikasi terpilih kemudian masukkan maklumat yang diperlukan untuk pengesahan.

 

Bantuan inisiatif e wallet RM100 buat B40 dan M40

 

bantuan e wallet

Bantuan inisiatif tunai RM100 e wallet buat golongan B40 dan M40 ni pulak adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 10 pada Majlis Perluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat yang dibuat di Suruhanjaya Sekuriti di Bukit Kiara pada 27hb Julai 2023 yang lepas.

 

Syarat bantuan e wallet RM100 B40 danM40

 

Bantuan yang dinamakan Bantuan Inisiatif e Tunai kepada golongan Rakyat Malaysia dewasa yang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan di bawah di bawah RM100,000 setahun yang meliputi kumpulan B40 dan M40.

 

Kaedah dan tarikh penyerahan bantuan inisiatif tunai RM100 e wallet

 

Bantuan e wallet RM100 ini akan diberikan dalam kadar segera dalam bentuk e wallet melalui aplikasi ewallet sedia ada di Malaysia pada suku keempat tahun 2023 iaitu bermula Oktober 2023 tetapi ianya akan diumumkan selanjutkan oleh kementerian yang terlibat.

 

Aplikasi untuk mohon bantuan e wallet B40 dan M40

 

Setakat ini belum ada lagi pengumuman lanjut bagi aplikasi yang boleh digunakan untuk memohon bantuan tunai e wallet ini. Berdasarkan rekod, aplikasi Touch n Go (TNG), Boost dan Setel antara aplikasi yang dibenarkan untuk memohon bantuan e wallet belia Rahmah sebelum ini.

 

Aku bersyukur juga bila diumumkan bantuan tambahan bagi semua rakyat Malaysia oleh PM baru-baru ni. Sekurang-kurangnya ada juga la bantuan untuk kumpulan tertentu. Aku selalu berpegang kepada segala pendekatan yang baik tu kita terima dengan hati terbuka. Jika ada yang perlu ditambahbaik pun kita perlu suarakan mengikut saluran yang betul.

 

Ceritaita

Ulasan

  1. apa2 bantuan pun patut kita sokong dan puji :) tq gomen dan pmx :) anyway, tq sbb sudi singgah kat my lil blog. salam perkenalan ya

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah rezeki untuk semua

    BalasPadam
  3. Tq PMX, anak dah tebus e pemula RM200 tu. Dia beli buku2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...