Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang - Cerita Ita                                                             Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang Langkau ke kandungan utama

Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak tulis pasal Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang. Sebab apa aku nak tulis pasal kedai gunting rambut pulak tetiba ni kan? Sebab aku dan rasa susah nak cari kedai untuk gunting rambut perempuan di Kluang ni yang menepati syarat-syarat kami.

Kedai Gunting Rambut Muslimah 

gunting rambut kluang


Apa dia kedai gunting rambut muslimah tu?

Bila sebut je muslimah ianya membawa maksud perempuan yang beragama Islam. Jadinya pengendali mestilah perempuan Muslim dan ini adalah ciri-ciri utama untuk menyatakan kedai gunting rambut itu adalah kedai gunting rambut muslimah. 

Antara ciri lainnya ialah ianya hanya dibuka untuk pelanggan wanita tetapi tidak menerima pelanggan lelaki untuk diberi perkhidmatan. Kedai gunting juga mempunyai ruangan yang tertutup supaya aurat pelanggan tidak didedahkan kepada umum ketika proses menggunting rambut.


Penting ke ruangan tertutup ni?

Pada aku ianya sangat penting, sebab rambut adalah mahkota seorang wanita. Dalam Islam pula ianya adalah mahkota yang perlu dilindungi oleh seorang perempuan dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Bukan mahram di sini membawa maksud lelaki yang tidak mempunyai pertalian darah dengan seseorang perempuan itu dan halal dinikahi.

Jadi jika tiada ruangan tertutup ianya berkemungkinan mendedahkan aurat perempuan kepada orang yang bukan mahramnya. Ruangan tertutup ini seeloknya dipisahkan dengan laluan utama dia dalam kedai yang terbuka atau di rumah yang menyediakan perkhidmatan.

Pengalaman aku sendiri la, pernah sekali menggunakan khidmat orang yang menjadikan rumah adalah kedainya. Tengah-tengah basuh rambut tiba-tiba anak lelaki dia datang minta kunci. Sangat tak selesa ya aku rasa walaupun anak dia tak pandang ke arah aku pun waktu tu. Memang aku terus tak pergi dah la kat situ. Cukuplah sekali.

Jadi dalam post ni aku nak senaraikan kedai gunting rambut muslimah yang pada aku menepati ciri-ciri yang dinyatakan di atas dalam daerah Kluang.


Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang


1. De Ayra Muslimah Salon & Spa

kedai gunting rambut kluang


Kami dah ke kedai ni 2 kali setakat ni pengalaman kami sangat memuaskan. Cuma kalau nak buat semua terapi rambut korang kena pastikan telefon terlebih dahulu dan buat temujanji. Kat sini juga disediakan perkhidmatan mengurut badan.

Lokasi kedai di :

Alamat : De Ayra Muslimah Salon & Spa, 6, Jalan Pesona 1, Taman Pesona, 86000 Kluang, Johor

No. tel : 019-3366 6291

Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Rabu


2. Aleesa Saloon Muslimah

kedai gunting rambut muslimah kluang


Kami pernah tanya perkhidmatan di sini tapi tak kena pulak dengan masa kami waktu tu. Jadi takde rezeki nak pergi. Tapi berdasarkan pengalaman adik ipar yang biasa ke sini, perkhidmatan di sini sangat memuaskan. Disarankan juga buat temujanji awal sebelum datang terus ke kedai.

Lokasi kedai di:

Alamat : Aleesa Saloon Muslimah, 31, Jln Seri Impian 1/1, Taman Seri Impian, 86000 Kluang, Johor

No. tel : 011-2830 0122

Waktu operasi : 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad


3. Sireh Junjung Spa & Saloon Muslimah

gunting rambut


Yang ni aku tak pernah pergi jugak tapi dari review menunjukkan ianya merupakan kedai gunting rambut yang menjadi salah satu pilihan pelanggan muslimah di daerah Kluang.

Lokasi kedai di:

Alamat : Sireh Junjung Spa & Salon Muslimah, No.16, Jln 1/2, Taman Fajar Jaya, 86000 Kluang, Johor

No. tel : 011-2866 3363

Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Rabu


4. Trina Hair & Beauty Salon

kedai gunting rambut perempuan kluang


Kedai ni antara kedai gunting rambut yang agak popular juga di Kluang. Sekarang ni Trina Hair & Beauty Salon tengah adakan promosi sehingga akhir bulan Ogos ni.

Lokasi kedai di :

Alamat : Trina Hair & Beauty Salon, No 12A, Jalan Bidara 1, Taman Suria 86000 Kluang 86000 Kluang, Johor, Malaysia

No. tel : 011-6373 2029

Waktu operasi : 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad


5. Nabila Muslimah Hair Salon Kluang

 
salon muslimah kluang


Kedai gunting rambut ni pun kami dah hubungi aritu tapi slotnya dah penuh pada hari kami tanya tu. Tapi ianya juga antara pilihan muslimah di Kluang.

Lokasi kedai di :

Alamat : Nabila Muslimah Hair Salon, No 131 Jalan Seri Impian 8/1C. Bandar Seri Impian, 86000 Kluang, Johor.

No. tel : 011-3605 8875

Waktu operasi : 10 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali hari Selasa


Setakat ini cuma inilah kedai gunting rambut muslimah di Kluang yang aku dapat senaraikan. Jika korang tau mana-mana kedai yang boleh dimasukkan dalam senarai boleh maklumkan di ruangan komen ya. Jika sesuai nanti aku akan kemaskini senarai. Harap ianya memberi manfaat kepada yang mencari maklumat.


Ceritaita

Ulasan

  1. bagus info ni ita.. senang nak refer.. cantik dan lebih senang browse template baru ko ni ta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...