Kedai Makan Near Me Mission : Route 888 - Cerita Ita                                                             Kedai Makan Near Me Mission : Route 888 Langkau ke kandungan utama

Kedai Makan Near Me Mission : Route 888

Assalamualaikum semua, semalam aku ada tulis kat facebook dah pasal Route 888 ni tapi tak sah la kalau tak tulis kat blog jugak kan? Lagilah bila ada slot baru Kedai Makan Near Me Mission dalam blog ni. Harus ceritalah!


Makan-makan di Route 888

Route 888 Kluang


Secara jujurnya walaupun aku orang Kluang, ada beberapa tempat dalam Kluang ni yang aku tak jengah sangat. Antaranya yang tak habis ronda ialah Kampung Melayu, Kluang. Jalan terletaknya Kedai Makan Route 888 ni pun aku tak pernah masuk tau.

lokasi route 888
gambar depan kedai ambik dari dalam kereta. gegar2 jadinya


Asalnya nak ke kedai lain yang warungnya kat belah atas bukit sikit di penghujung jalan ni tapi rupanya kedai tu dah tutup masa kami sampai. Jadi disebabkan perut lapar kena juga cari kedai lain nak mengisi kekosongan perut kami anak beranak.


Tapi memang dari awal lalu depan Route 888 tu kamo terteleng-teleng la kepala bila tengok kedai tu. Pertama sebab ramai orang kat situ. Kedua sebab lampu dia silau benar dari jalan 😅 Sangat mengoda jiwa orang yang tengah lapar.


Macam-macam menu ada rupanya!


Kami buat keputusan untuk singgah dan order. Kami ambik masa lama jugak nak pilih. Sebab kali pertama dan sebab banyak betul pilihan menu. Kat sini korang boleh makan makanan panas biasa macam kat kedai makan Melayu atau Thai yang hidang nasi goreng berjenis-jenis atau pelbagai jenis mee/bihun/kuetiaw.


Ada jugak roti canai tau kat sini.Yang ni pun ramai orang makan sambil tengok bola malam kami pergi tu. Yang ni roti canai orang kita. Ada jugak pilihan mihun sup utara. Orang yang ada anak ramai dan banyak seleranya ni suka ialah ada juga pilihan makanan barat atau western food. 


Pilihan air pun banyak ya sampai rambang mata. Maaf takde gambar menu. Sebab lepas je kami order terus dia tarik menu bawak ke tempat lain. Mungkin sebab taknak kami terlebih order menu lain yang tak sepatutnya.😁


Makanan sedap dan portion besar.

mihun sup utara


Masa mula-mula menu mihun sup utara sampai kami ok lagi. Lepas tu mee kari. Pun ok masih saiz biasa. Sekali muncul Nasi Goreng Pattaya yang Abg Ngah tempah. Banyak betul ya. Tapi abg ngah sedikit kecewa sebab ada sos atasnya, walau dah berkali kami ingatkan pelayan taknak letak sos.





Lepas tu chicken chop dan lamb grill sampai. Pun saiz besar jugak. Kira kalau yang sampai tengah lapar tu boleh kenyang la. Dan terakhir sekali kuetiaw goreng Abg Long. Kesimpulannya semua menu sedap dan puashati. Cuma sambal mihun sup utara je kurang pedas pada aku.








Harga pun masih dalam kategori puashati bayar. Kami ambik air limau asam boi, sirap laici, laici, sirap, air epal dan air masak. Semua menu kami bayar malam tu RM80.


Apa yang perlu tau di Route 888?


1. Parking 


Kalau nampak kedai mereka ni ramai orang dan takde parking, jangan risau.. korang terus je lalu kat belah hujung kedai tu ada kawasan letak kereta untuk semua pelanggan Route 888 yang luas.


2. Konsep Medan Selera 


Stail kat sini macam kat medan selera atau food court yang ada banyak gerai-gerai kecil tapi dia kumpul order. Maknanya boleh order pada seorang pelayan je tapi nanti part bayar kena bayar asing-asing ikut menu. Macam kami malam tu bayar air sekali dengan mihun sup utara. Mee kari bayar sekali dengan kuetiaw dan nasi pattaya. Western food bayar untuk makanan dia saja.


3. Ada kacang rebus


Kalau selalu ada kedai makan hidang sata atau otak-otak sebagai makanan sampingan sebelum hidangan utama sampai kan? Kat sini ada jugak tapi dia bagi kacang tanah rebus/kukus. Aku taktau harga dia berapa sebab yang bayar stail orang kaya tak tanya harga.


4. Meja dan kerusi banyak


Kiranya kalau korang datang dengan keluarga besar atau kumpulan besar memang tak payah risau pasal tempat duduk la.


5. Servis dia pantas


Yang ni aku paling suka kalau pergi makan mana-mana bawak anak-anak. Tau je la kalau lambat bebudak punya zikir boleh dapat pahala banyak la jadinya.


6. Lokasi Route 888


Masa aku nak tag kat Instagram aku tak jumpa nama kedai ni. Tapi rupanya ada kat google maps. 

Lokasi Route 888 di 34, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu 86000 Kluang, Johor.


https://maps.app.goo.gl/TLAyLnJvdjKuxynaA


 


 7. Waktu operasi Route 888


Waktu operasi mereka ada 2 sesi. Pagi dari 7 hingga 11 pagi. Sesi petang dari 5 petang hingga 12 tengah malam. Mereka buka setiap hari kecuali Isnin je tutup ya.


Kedai Makan Near Me Mission By Ceritaita


kedai makan near me mission by cerita ita


Ok setakat ni untuk lokasi pertama dalam slot Kedai Makan Near Me Mission. InsyaAllah akan ada kedai-kedai makan lain akan menyusul. Aku berhajat nak tulis sebab ada kedai yang kami pernah pergi dah tutup terus operasinya. Hanya tinggal kenangan gambar sebab tak sempat tulis.


Doakan kami berjaya dalam Kedai Makan Near Me Mission ni nanti ya. Jumpa lagi di post yang lain.


Ceritaita

Ulasan

  1. paling best bila makanna sedap, parking senang suasana santai mcm ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...