Prasekolah atau Tadika: Wajib ke? - Cerita Ita                                                             Prasekolah atau Tadika: Wajib ke? Langkau ke kandungan utama

Prasekolah atau Tadika: Wajib ke?

Assalamualaikum semua, baru je minggu lepas persoalan nak hantar prasekolah atau tabika kemas atau tabika perpaduan ni muncul semula dalam sejarah keluarga kami. Ingatkan masa Abg Chik sekolah dulu dah selesai dah takkan ada masalah lagi. Tapi rupanya masalah nak daftar tadika mana yang sesuai ni akan terus menghantui selagi kau ada anak kecil ya kawan-kawan..


Pendidikan Prasekolah di Malaysia



Prasekolah di Malaysia merujuk kepada pendidikan awal yang diberikan kepada kanak-kanak sebelum mereka memulakan tahun pertama sekolah rendah (darjah satu). Ia juga dikenali sebagai tahap pra-sekolah atau pendidikan pra-sekolah.


Objektif Prasekolah


Objektif utama prasekolah adalah menyediakan pengalaman awal pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun, walaupun usia boleh berbeza-beza mengikut program dan kawasan. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk mempersiapkan kanak-kanak secara fizikal, kognitif, sosial, emosi, dan bahasa, serta membantu mereka mengembangkan kemahiran asas sebelum memasuki tahap pendidikan yang lebih formal di sekolah rendah.


Kokurikulum Standard Prasekolah


Program prasekolah di Malaysia biasanya berfokus pada pembangunan aspek berikut dalam kanak-kanak:


1. Bahasa dan Komunikasi: Membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran mendengar, bertutur, dan membaca, serta memahami bahasa secara asas.


2. Kognitif: Mendorong perkembangan kognitif seperti kemahiran menyelesaikan masalah, logik, dan kemahiran berfikir secara kreatif.


3. Fizikal: Memperkukuhkan kemahiran motor kasar dan motor halus seperti berlari, melompat, menulis, dan mewarnai.


4. Sosial dan Emosi: Menggalakkan interaksi sosial dengan rakan sebaya dan guru, serta membantu kanak-kanak mengenali dan mengendalikan emosi mereka dengan baik.


5. Agama dan Moral: Memperkenalkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang penting dalam masyarakat Malaysia.


6. Sains dan Alam Sekitar: Memperkenalkan konsep asas sains dan pengetahuan tentang alam sekitar.


7. Seni dan Kreativiti: Mendorong kanak-kanak untuk mengembangkan imaginasi dan kreativiti melalui seni, muzik, dan aktiviti kreatif lain.


Prasekolah di Malaysia boleh dijalankan oleh sektor kerajaan atau swasta, dan ia beroperasi mengikut kurikulum standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua prasekolah di Malaysia diawasi dan perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memastikan kualiti dan standard pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak.

kurikulum prasekolah


Pendidikan prasekolah merupakan asas penting untuk membantu kanak-kanak membangun potensi mereka sebelum memasuki alam pendidikan yang lebih tinggi, dan ia memainkan peranan penting dalam membentuk asas kecerdasan, pemikiran, dan tingkah laku mereka pada peringkat awal perkembangan. Jadi pada aku penting juga pasal pemilihan sekolah ni.


Beza antara Prasekolah, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan?


Dulu pun aku pernah jugak ceritakan pasal apa beza antara prasekolah, tabika kemas dan tabika perpaduan ni. Lama la dah dulu.. waktu belum ada wujudnya internet secara meluas dulu-dulu. 

Apa pun marilah aku kisahkan balik setiap satunya. Prasekolah ni sebenarnya berada di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana penempatannya juga berada di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Tapi tak semua sekolah rendah yang menyediakan pembelajaran di peringkat Prasekolah. 

Macam pengalaman kami semasa mencari Prasekolah di Johor Bahru dulu untuk Abg Chik. Memang agak susah sebab kami pindah hujung tahun dan sekolah rendah anak-anak yang lain di SK Taman Damansara Alif waktu tu tiada Prasekolah. Disebabkan pindah hujung tahun kami dah terlepas juga pendaftaran untuk Prasekolah di kawasan sekitar. 

Padahal waktu tu sebenarnya Abg Chik dah disahkan dapat penempatan Prasekolah melalui pendaftaran prasekolah 2020 di sekolah lama di Sekolah Rendah Seri Delima di Kuala Lumpur dulu. Kalau dulu-dulu setau aku kalau pelajar berpindah masih lagi akan dipertimbangkan kemasukan ke sekolah baru. Tapi buat masa sekarang ni Prasekolah dah selalu penuh jadi agak susah.


Pendaftaran Prasekolah 2024


Pendaftaran untuk prasekolah tahun 2024 sebenarnya telah dibuka pada 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 hari tu lagi. Dan tarikh pendaftaran untuk prasekolah ni sebenarnya adalah sama je setiap tahun, jadi kalau rasa nak buat pendaftaran prasekolah 2025 nanti silalah peka dengan tarikh pendaftaran ni ya. Tulislah atau letaklah peringatan kat mana-mana supaya tak terlupa. 

Pendaftaran pula melalui 2 cara iaitu secara online ke Pendaftaran Online Prasekolah dari tarikh 1 Mac hingga 30 April setiap tahun atau secara manual iaitu ambil borang di sekolah yang hendak dipohon, isi dan hantarkan semula ke sekolah sebelum tarikh 31 Mei setiap tahun.

Jangan lupa pula lepas korang hantar permohonan tu pastikan cetak borang permohonan tu dan hantarkan ke sekolah yang dipohon. Jangan buat taktau je pulak. Kang tak direkod permohonan tu pulak. Untuk yang mohon secara manual pastikan sekolah tu cetakkan permohonan untuk korang ya.


Keputusan Kemasukan Prasekolah 2024


Lepas korang dah selamat mohon, tunggu je la keputusan permohonan prasekolah tu nanti. Bagi keputusan kemasukan prasekolah tahun 2024 ni , keputusan akan dikeluarkan pada 5 Ogos 2023 ni. Jadi pemohon bolehlah semak melalui link yang sama bagi pendaftaran di atas tadi.


Rayuan ke Prasekolah 2024


Rayuan dah dibuka bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023. Pergilah isi borang rayuan semula bagi yang tak berjaya. Gunakan link yang sama untuk link pendaftaran pra sekolah sama yang ada di atas tu ya. Semoga berjaya bagi yang memohon rayuan. Kalau dulu aku pun pernah jugak ada sejarah buat rayuan untuk prasekolah untuk kakak Husna satu masa dulu. 


Kebaikan dan Keburukan Prasekolah


Setakat ni anak-anak kami belum ada rezeki nak dapat bersekolah di Prasekolah ni lagi jadi aku tak boleh nak bincangkan sangat apa kebaikan dan keburukan Prasekolah ni dalam pengalaman aku.


Tabika Kemas


Tabika Kemas ni pulak tempat yang dah beberapa kali kami hantar anak kami. Ada 2 orang anak dalam zaman yang berbeza kami hantar ke Tabika Kemas ni. Abg Long dan Abg Chik. Tabika kemas ni sebenarnya di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Masyarakat. 


Maksud Tabika


Maksud Tabika ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak yang memfokuskan pengambilan melibatkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Buat masa ini, Tabika Kemas juga menggunakan kurikulum standard Pra Sekolah Kebangsaan di bawah KPM. 


Cara Memohon Tabika Kemas


Kebetulan tahun ini kami cuba untuk memohon tempat bagi Adam untuk tahun 2024 jadinya bolehlah aku ceritakan cara permohonan Tabika Kemas ni sikit. Pendaftaran Tabika Kemas ini dibuka bermula 1 Ogos setiap tahun. Macam tahun ni dah dibuka pada 1 Ogos 2023 sehingga tarikh tutup pendaftaran pada 31 Oktober 2023. 

Ada 2 langkah permohonan dibuat. Pertama boleh ke laman web Pendaftaran Tabika Kemas bagi mendapatkan borang online yang perlu dicetak dan diisi. Selepas diisi dan dilengkapkan maklumat dokumen yang diperlukan. Ibubapa perlu menghantar borang yang lengkap ke Tabika Kemas yang menjadi pilihan. Ada juga yang kata borang boleh didapati di Tabika yang nak dipohon, tapi setakat ini kami diminta cetak sendiri borang dan hantar.


Kebaikan dan keburukan Tabika Kemas


Disebabkan aku dah ada 2 pengalaman hantar anak ke Tabika Kemas ni. Tambahan pulak Abg Chik sampai 2 tahun di Tabika Kemas. Jadi aku rasa bolehlah aku ceritakan pasal kebaikan dan keburukan Tabika Kemas ni pada pengalaman kami. 

Pada aku banyak kebaikan yang Tabika Kemas berikan. Kualiti pendidikan di Tabika Kemas sudah jauh berbeza. Dulu masa kami hantar Abg Long, agak kurang kualiti pengajaran. Ditambah pulak masalah anak kami sendiri. 

Pada zaman kami hantar Abg Chik selepas 6 tahun dah jauh berubah. Waktu di Kuala Lumpur dulu Abg Chik dah mampu membaca perkataan pendek dengan baik. Buku yang digunakan simple je masa tu tapi bagus betul. Mudah sangat nak ajar anak-anak membaca guna modul tu. 

Tapi kualiti pendidikan ni bergantung kepada guru yang mengajar juga pada aku. Ditambah pulak waktu Abg Chik 6 tahun diuji dengan Covid19. Lagi parah. Anak-anak jadi tak berminat dengan sekolah.


Tabika Perpaduan


Tabika Perpaduan pula berada di bawah selenggaraan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tabika Perpaduan ni lebih menekankan konsep perpaduan kaum dalam Malaysia dan pengukuhan nilai murni dan Rukun Negara.


Permohonan ke Tabika Perpaduan


Permohonan boleh dibuat melalui online Pendaftaran Tadika Perpaduan dan dibuka sepanjang masa selagi ada kekosongan. Pemohon yang berminat juga boleh terus ke mana-mana Tabika Perpaduan yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat.


Kebaikan dan Keburukan Tabika Perpaduan


Kami pernah hantar anak ke Tabika Perpaduan waktu hantar Husna dulu. Bagi kami kurikulum dan silibus pembelajaran di Tabika Perpaduan ini juga sangat bagus. Yang paling kami suka ialah hubungan antara ibubapa dan guru yang sangat baik dan rapat yang membuatkan kami lebih mudah berkerjasama. Samalah macam di Tabika Kemas juga.

Pada aku tiada keburukan Tabika Perpaduan ini di mata kami. Mungkin cuma bangunannya yang agak kelihatan uzur di sesetengah kawasan sajalah.


Dokumen pendaftaran Prasekolah, Tabika Kemas, Tabika Perpaduan


Tadi aku ada sebut pasal pendaftaran dengan dokumen lengkap kan? Lupa pulak nak senaraikan dokumen apa yang perlu untuk urusan pendaftaran Prasekolah anak-anak ni. 

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran prasekolah di Malaysia mungkin boleh berbeza-beza bergantung kepada prasekolah tertentu. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa dokumen yang biasanya diperlukan semasa proses pendaftaran:


1. Salinan Kad Pengenalan Anak: Salinan kad pengenalan anak yang sah atau salinan sijil kelahiran anak.


2. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga: Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang sah.


3. Salinan Bukti Alamat Rumah: Salinan bil utiliti atau sebarang dokumen rasmi yang menunjukkan alamat rumah yang sah.


4. Maklumat Perubatan Anak: Maklumat kesihatan dan perubatan anak seperti rekod vaksinasi, alergi, dan sebarang penyakit kronik yang perlu diketahui oleh prasekolah.


5. Borang Pendaftaran: Isikan borang pendaftaran prasekolah yang telah disediakan oleh prasekolah tersebut. Pastikan semua butiran yang diperlukan diisi dengan betul.


6. Gambar Anak: Beberapa prasekolah mungkin meminta gambar anak sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran.


7. Surat Kuasa (jika perlu): Jika ibu bapa atau penjaga tidak dapat menghadiri proses pendaftaran, mungkin diperlukan surat kuasa yang sah untuk wakilkan seseorang yang lain untuk mendaftarkan anak.

Sila ambil perhatian bahawa dokumen-dokumen ini adalah contoh umum yang biasanya diperlukan semasa pendaftaran prasekolah. Oleh itu, adalah penting untuk berhubung terus dengan prasekolah yang anda minati untuk mendapatkan senarai dokumen yang tepat dan memastikan anda mematuhi semua keperluan pendaftaran yang ditetapkan.


Jadi Prasekolah, Tabika Kemas atau Tabika Perpaduan yang jadi pilihan?


Selepas mempertimbangkan semuanya untuk Adam masuk tahun depan, kami bercadang memilih untuk hantar Adam ke Tabika Kemas bagi mengisi kekosongan murid 5 tahun bagi tahun 2024 nanti. 

Harapnya ada rezeki untuk Adam nanti. Sebab masa kami datang tanya Khamis baru ni cikgu kata dah ada 10 orang yang hantar permohonan. Tempat kosong hanya ada 50 sahaja. Laju kan? Baru berapa hari pendaftaran dibuka.


Sebenarnya prasekolah ni wajib ke?


Tidak tak wajib pun, prasekolah bukanlah syarat wajib untuk ke sekolah rendah di Malaysia. Pendidikan prasekolah adalah suatu program pendidikan awal yang disediakan bagi kanak-kanak sebelum mereka memulakan tahun pertama sekolah rendah (darjah satu). Walaupun prasekolah sangat digalakkan kerana membantu menyediakan asas pendidikan dan membantu kanak-kanak beradaptasi dengan alam pendidikan yang lebih formal, ia tidak diwajibkan oleh undang-undang.


Sebagai contoh, di Malaysia, pendidikan prasekolah (Tadika Kemas atau Tadika Permata) ditawarkan secara percuma oleh kerajaan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun, tetapi penyertaan kanak-kanak dalam program tersebut adalah secara sukarela dan tidak diwajibkan.


Walaupun prasekolah bukanlah syarat wajib untuk ke sekolah rendah, ia tetap penting dalam membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran asas, menggalakkan interaksi sosial, memperkukuhkan kemahiran bahasa, dan mempersiapkan mereka secara menyeluruh untuk memasuki alam pendidikan yang lebih tinggi.


Jika ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke prasekolah, kanak-kanak masih boleh mendaftar secara langsung ke sekolah rendah (darjah satu) pada tahun yang sesuai mengikut umur mereka. Namun, adalah baik untuk menyediakan anak dengan pengalaman pembelajaran awal sebaik mungkin, dan prasekolah adalah satu cara yang baik untuk mencapai itu. 

Jadi pilihan adalah di tangan ibubapa juga. Kitalah yang akan mencorakkan hidup anak-anak kita nanti. Buatlah pilihan sebaiknya untuk masa depan anak yang lebih baik.


Ceritaita



Ulasan

  1. Cuya hanya merasa sekolah di PASTI saja...
    jadi mungkin ada kelainan juga berbanding prasekolah dan tabika

    sebb di PASTI banyak tekankan didikan Islam seperti cara untuk solat, bacaan2 doa ringkas
    kira macam pendedahan awal kanak2 ke dunia Islam

    BalasPadam
  2. Bagus info ni untuk parent yang buat pilihan nak sekolahkan anak dekat mana?

    BalasPadam
  3. syafi dulu tak masuk pra. ada pro and cons juga la kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...