Assalamualaikum semua, baru ni lepas balik kerja macam biasa akan lalu kedai runcit dekat dengan transit anak-anak ni. Jadi seperti biasa jugak ummi dia akan kena paw dengan anak-anak yang nak beli aiskrim kat kedai runcit tu.
Aiskrim Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy
Dalam kami memilih tu, abg chik terpandang aiskrim Wall's yang terbaru iaitu Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy. Terus la dia capai sebab nak tau aiskrim Wall's Dark Choc ni sedap ke tidak. Adam pulak ambik aiskrim Wall's cone yang biasa dia beli.
Sedap ke rasa aiskrim ni?
Bila dah masuk kereta, masing-masing berebut la nak bukak dan makan. Tak sempat sampai rumah la kiranya. Cuaca pulak tengah panas waktu tu, lagi la memasing tak sabar.
Aku pulak waktu Abg Chik bukak aiskrim dia tu aku belum lagi mula memandu jadi dapatlah rasa sikit dalam kereta tu. Sekali rasa...peh..sedap oii.. Rasa coklat luarnya yang rangup. Lepas tu bila digigit ada rasa ketulan-ketulan kecil ovaltine coklat kat lapisan coklat yang keras tu. Rangup dan sedap!
Bila dah gigit sebelah dalam dia pulak baru rasa coklat yang lemak manis tak berapa manis sangat dan ringan rasa coklatnya. Tapi kombinasinya pada aku memang ngam la.
Aku ulang beli lagi sekali !
Kesimpulannya pada aku aiskrim Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy ni sangat sedap dan sangat berbaloi untuk aku ulang beli sekali lagi kat kedai keesokkannya. Kali ni berebut sama makan dengan si Adam.
Harga Aiskrim Wall's Terbaru
Pada aku dengan rasa dia yang sedap tu harga dia RM4 satu tu berbaloi jugaklah. Dia bukan level harga aiskrim kayangan tapi rasa dia unik dan kayangan. Sangat berbaloi.
Mana nak beli Aiskrim Wall's Terbaru ni?
Cerita dengan korang ni pun terasa nak pergi beli lagi haha.. Jadi silalah beli bagi sesiapa yang belum cuba ya. Kalau yang taktau mana nak beli korang boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit yang ada pamerkan peti aiskrim Wall's. Kalau di Taman Delima Kluang ni korang boleh beli di 99 Speedmart, dan kedai runcit di sebelah dobi Taman Delima. Selamat mencuba!
Ceritaita
yum yum dah penah makan ni mmg sedap kan
BalasPadam