Akhirnya Berehatlah Ita! - Cerita Ita                                                             Akhirnya Berehatlah Ita! Langkau ke kandungan utama

Akhirnya Berehatlah Ita!

Assalamualaikum semua, baru siang tadi aku cerita pasal Rozita sakit mata kan? Aku sebenarnya dari awal pagi tadi macam tak percaya yang aku kena sakit mata. Sebab macam tiba-tiba je malam semalam macam ada terasa ada benda kat mata sampai aku tak boleh nak bukak mata. Tiba-tiba hari ni eh kena sakit mata?


Cari Ubat Sakit Mata

ubat sakit mata


Dari pagi aku tahan sampai ke tengahari aku dah tak tahan sangat dah. Rasa mata macam nak terkeluar dah rasanya. Aku pun buat keputusan yang aku kena juga keluar cari ubat untuk mata aku yang sakit ni. Mulanya rasa macam nak beli ubat sakit mata kat farmasi je tapi sudahnya aku teringat pulak benda yang aku baca pagi tadi. Apa pun ubat nak guna kenalah rujuk doktor dulu untuk lebih selamat. 

Kurang-kurang kenalah tau keadaan mata kita tu macamana sebelum cari ubat kat mana-mana pun kan. Jadi aku pun teruslah ambik keputusan untuk pergi ke klinik. Antara klinik kat dalam kepala aku nak pergi ialah Klinik Kesihatan Mengkibol sebab aku suka servis kat situ. Doktornya bagus dan servis dia cepat pada aku.


Mohon Kebenaran Keluar Guna Aplikasi MyHRMIS

MyHRMIS


Aku mesej dengan bos aku kata aku mohon keluar pejabat guna permohonan keluar pejabat melalui MyHRMIS. Biasa dah aku guna ni kalau nak mohon keluar dengan dos. Maklumlah bos jauh nun di Putrajaya tu, mana la boleh nak sign-sign kertas untuk borang kebenaran  keluar depan mata kan. Yang penting kau kena bagitau bos dan baru boleh keluar.

Kalau mana-mana penjawat awam aku nasihatkan korang install la aplikasi MyHRMIS ni kat hp korang untuk memudahkan kerja. Kat sini kalau korang nak mohon cuti mudah. Bagi pelulus atau penyokong cuti pun mudah. Boleh terus keluar dan tengok kat situ apa yang korang kena luluskan di tray pelulus.

Kalau korang nak ke klinik atau hospital yang perlukan GL sebagai awam pun boleh tengok senarai ahli keluarga yang korang masukkan dalam senarai yang layak untuk gunakan GL bawah nama korang. Senang kerja! Walaupun dia basic tapi pada aku cukup dah nak akses peranan yang mudah-mudah tu. Eh tercerita pasal MyHRMIS pulak.. ok balik asal cerita sakit mata.


Doktor Mudah Bagi MC!

doktor mudah bagi mc kluang


Aku siap daftar semua dalam 2.40 macam tu lepas tu aku menunggu la kejap untuk jumpa doktor. Lepas tu dalam 15 minit macam tu la aku tunggu dan nombor giliran aku naik dan doktor panggil aku masuk. Jadi aku teruslah masuk sebab dah tak tahan sakit kan.. Masa ni aku nak layan telefon pun dah malas dah. Pedih tau mata aku masa tu.

Bila doktor periksa mata aku terus dia tanya macam biasa bila mula sakit dan ada apa-apa tak masuk dalam mata aku sebelum tu. Aku pun ceritalah memang takde benda masuk dalam mata tapi tiba-tiba je mata aku terus tak boleh bukak malam semalam. Pedih betul. 

Lepas tu doktor terus tanya aku kerja mana sambil ambik borang MC. Doktor terus tulis MC untuk aku hingga hari Khamis nanti.. eh terkejut aku. Aku tak mintak pun MC, tapi mudah betul doktor bagi MC sebab conjunctivitis. Tapi bila aku fikirkan betul jugak. Kalau dia bagi aku kerja, mungkin aku jangkitkan kat orang lain. Lagipun aku pun rasa tak selesa nak memandu dengan asyik nak kesat mata je. Terasa macam ada selaput tebal dalam mata.


Ubat sakit mata yang doktor syorkan

ubat sakit mata


Siap semua kat atas tu, terus doktor tuliskan surat preskripsi untuk ubat dan aku terus ambik ubat di farmasi Klinik Kesihatan Mengkibol pulak. Dalam pukul 3.30 gitu semua urusan aku dah selesai. Alhamdulillah, rezeki aku la boleh siap awal. Aku dapat 3 jenis ubat petang tadi. Ubat titis mata Nicol Eye Drop, Panadol dan Chlorpheniramine (yang ni untuk gatal-gatal dan selsema).

Masuk je kereta aku terus titiskan ubat Nicol Eye Drop tu pasal dah tak tahan sakit kan. Sejuk sikit mata aku sebab ubat tu sejuk baru keluar peti agaknya. Tak pun ada kesan ubat tu duduk dalam aircond tadi kan? Lega la sikit mata aku.


Petua nak kurangkan sakit mata


Ada satu petua yang doktor tadi kongsikan masa aku kat klinik tadi. Doktor kata jangan selalu gosok mata yang sakit tu dengan tisu macam aku buat. Dia kata kalau rasa tak selesa atau sakit dia cadangkan aku ambik air atau botol yang ada air sejuk tekapkan dekat mata yang sakit tu untuk kurangkan rasa sakit kat mata tu. Itu boleh mengurangkan sakit dan mengurangkan kadar jangkitan ke mata sebelah atau ke mata orang lain jugak. 

Terima kasih Doktor bagi tips untuk kurangkan sakit mata dan kurangkan risiko jangkitan sakit mata ni. Paling aku risau berjangkit kat anak-anak la. Oklah korang. Aku pun nak rehatkan mata aku ni pulak. Tengok skrin pun rasa letih. Doakan aku cepat sembuh ya korang. Jumpa lagi.


Ceritaita

Ulasan

  1. Sakit mata ni yg tak tahan gatal2 mata tu lepas tu tahi mata pun banyak. Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. musim sakit mata la kan.. syafi pn kena tapi dh ok

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...