Cabaran Menulis : 30 Days Writing Challenge - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis : 30 Days Writing Challenge Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis : 30 Days Writing Challenge

Cabaran Menulis

cabaran menulis di blog



Semakin hari semakin terasa yang menulis ni dah jadi tugasan yang sangat mencabar. Antara sibuk bergelut dengan kerja hakiki dan juga rutin di rumah. Tapi aku tak pernah la nak lupakan blog yang aku sayang ni. Aku pernah tulis jugak pasal blog dan cabaran menulis blog ni dulu.. dalam Sejarah Blog dan Kemahiran Blogging.. Saban tahun bayar lagi untuk hidupkan domain yang ada ni.. jadi ianya takkan hilang lenyap macam tu je. Sesekali bila aku rindu, pasti aku akan datang menulis lagi di sini..

Menulis di Media Sosial

Selain menulis di blog, aku rajin juga menulis di facebook. Tapi itu dulu la.. sekarang ni nak menulis di facebook pun adakalanya terhad.. Masa nak scroll facebook pun terhad.. lagikan nak menulis. Dulu semasa muda dan rajin, aku buka semua media sosial dan menulis. Sekarang ni mampu pilih-pilih je mana kerja yang mampu dibuat. Tapi tak bermakna aku akan tinggalkan semuanya.

Menulis di media sosial ni pada aku lebih kepada tanggungjawab. Kalau kau rasa kau boleh bertanggungjawab dengan apa sahaja yang kau tulis di media sosial tu, kau boleh tulis apa sahaja yang kau nak. Takde siapa pun yang melarang. Pucuk pangkalnya kau harus bertanggungjawab dengan kesan dan akibat dari setiap penulisan kau tu. Bak kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Penulisan di media sosial pun umpama kau meluahkan kata-kata dengan orang. Yang membezakannya dengan percakapan ialah intonasi yang digunakan oleh pembacanya je. Tapi kalau penyampaiannya kena dan bagus, biasanya takkan jadi isu.

Kepuasan Dalam Menulis

Setiap kali aku menulis di mana-mana, aku rasakan kepuasan dalam penulisan yang aku tulis. Itu antara sebab aku suka menulis. Bila mendapat respon yang baik dari pembaca pun merupakan satu galakan untuk terus menulis. Ianya lebih kepada kepuasan peribadi je. Takde pun nak tetapkan pencapaian sampai level influencer pun. Sebab tu aku jarang menulis kisah viral atau menulas isu semasa.

Sasaran Dalam Penulisan

Sasaran yang aku buat ialah lebih kepada menulis diari kehidupan dan ianya juga merupakan pendapatan pasif buat aku. Walau perjalanan nak dapatkan passive income tu sangatlah panjang tapi ianya tak meletihkan sebab aku buat ianya betul-betul sekadar sampingan. Kalau ada rezeki lebih tu syukur alhamdulillah.. kalau takde pun takpe jugak.. Jadilah rezeki lebih tu buat belanja insan yang rapat dengan aku kan..

Cabaran Menulis : 30 Days Writing Challenge

30 days writing challenge



Tiba-tiba awal bulan ni aku ada ternampak ramai kawan-kawan yang buat cabaran penulisan di facebook. Menarik bila baca.. mana yang aku sempat baca la ya.. mana tak sempat tu minta maaf la.. tak cukup masa yang ada.. mana nak jirus pokok coin kat shopee lagi.. mana nak jirus pokok beras kat Lazada lagi.. haha.. hidup ni keras dik..

Jadi bila ternampak tu aku terfikir la kenapa aku tak buat cabaran tu kat blog pulak.. kita cuba la kan? Mana tau boleh ada hasil.. Jadinya aku putuskan nak buat cabaran 30 hari menulis tu di blog Cerita Ita ni la.. tapi kalau terskip hari tu korang buat tak nampak je la ya.. anggap je la aku dah jadi halimunan masa tu..

Ok apa lagi... esok kita mula ya!

Ceritaita 



Ulasan

  1. hi ... salam kenal.. terbaca tajuk ni, wah..menarik jugak ni..
    nak join buat jugak la..start esok.. 1 nov & ngam2 habis on 30 nov kan...
    in sya Allah....

    BalasPadam
  2. wah...kalau ad list tu, senang sikit nak tulis...dia jadi tercabar bila mana, tiba2 otak blank..x taw nk tulis apa...

    BalasPadam
  3. macam best jer idea ni.. nak mencuba jika tiada halangan :)

    BalasPadam
  4. Keep it up Kak! Go, go! Hehee.. Nanti Kalau otak saya blank, boleh pilih topik yang ada kat situ.. Cuma kadang kadang kemalasan, Dan takda mood yang menjadi penghalang...Kekangan masa tu pun biasa jugak..huhu...

    BalasPadam
  5. saya pun nak cuba cabar diri menulis...saya pinjam ye challenge ni walaupun harini dah hari ke-3 dibulan November

    BalasPadam
  6. Cuya tergelak bab kena jirus pokok coin tuu hahhahaha
    Selamat mencabar diri!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...