Cabaran Menulis Day 1 : Describe You Personality - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis Day 1 : Describe You Personality Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis Day 1 : Describe You Personality

Terangkan Personaliti Anda

cabaran menulis



Assalamualaikum semua, ayat dekat atas ni dah jelas tunjuk suruh terangkan personaliti aku sebagai tajuk cabaran menulis di hari pertama ni. Jadi apa yang boleh aku gambarkan pasal personaliti aku yang sebenar di mata aku sendiri ni? Kena susun ikut point kot bagi lebih terang dan jelas.

1. Simple / Mudah

Aku sebenarnya orang yang sangat mudah dalam segala hal. Kalau boleh aku taknak buat semua kerja-kerja rumit yang terutama kerja yang sangat menyusahkan dan meletihkan. Setiap apa yang aku buat pastinya aku akan pastikan benda tu jadi lebih mudah sehinggakan aku tak perlu nak fikir atau bazirkan masa untuk buat. Dari segi berpakaian sampailah ke urusan harian.

Tapi aku tak nafikan la dengan sifat aku yang sukakan semua benda mudah ni kadang-kala aku terlalu mengambil mudah tentang perkara lain dan juga perasaan orang lain tanpa sengaja. Ianya memang termasuk dalam kelemahan diri aku yang aku pun sedar.


2. Pemalu

Tak ramai yang kenal sifat sebenar aku iaitu pemalu.. sebenarnya sejak dari kecik, aku adalah orang yang susah nak ada kawan ramai sebab aku sangat pemalu.. Aku lebih suka duduk sorang-sorang dari kena bercakap atau jumpa orang. 

Ingat lagi dulu waktu aku dah bersekolah asrama, ada kawan yang pernah bersekolah rendah dengan aku kata... "Ita ni dulu kalau kau cakap 10 patah perkataan, satu patah pun dia belum tentu akan jawab balik".. Aku masih ada lagi sifat ni sampai sekarang ni.. cuma ada kebanyakan masa aku terpaksa tolak malu ni ketepi terutama bila melibatkan pekerjaan aku sekarang.


3. Ambivert

Sifat yang ketiga ni berkait dengan yang nombor 2 kat atas tadi.. dalam kebanyakan hal aku lebih suka menulis dari bercakap.. dan dalam kebanyakan masa juga aku akan lebih menonjolkan sifat introvert dalam pergaulan seharian.. Jadi kalau korang jumpa aku di mana-mana dan aku tak tegur atau menggelak tu adalah disebabkan waktu tu sifat introvert atau anti sosial aku melebihi segalanya yang menjadikan aku segan.. aku pernah tulis pasal Maksud Ambivert dalam Bahasa Melayu sebelum ni.. 


4. Mementingkan keluarga (family type)





Mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang tak perasan sifat aku yang satu ni.. aku ni jenis orang yang kalau nak buat apa-apa mesti ada keluarga aku kat situ. Kalau tak, aku takkan melancong.. kau takkan explore apa-apa pun di sekitar.. kalau aku pergi pun aku akan pergi sorang-sorang tanpa kawan-kawan cuma nak cari barang keperluan dan balik.. 

Memang ada ketika aku akan keluar dgn kawan tapi korang akan nampak aku keluar tu hanya untuk cari keperluan yang berkaitan dengan keluarga saja.. sejak dulu kot aku macam ni.. dan aku lebih selesa tak pergi, dari pergi sorang meninggalkan keluarga di belakang.

Dalam banyak hal juga aku akan fikirkan keluarga aku dulu dari yang lain. Termasuk melibatkan hal kerjaya.


5.  Boros

Kalau sesiapa yang tak kenal aku, mesti tak tau perangai aku yang satu ni. Aku adalah orang yang boros dalam berbelanja. Dalam banyak ketika aku ni nampak macam sangat berjimat.. tapi di suatu ketika aku sangat boros ya.. Aku rasa Shah memang banyak bersabar dengan perangai aku yang satu ni.

Tapi disebabkan ada peristiwa yang pernah berlaku dulu, aku berubah jadi orang yang sangat-sangat berjimat di waktu ini.. terutama setelah banyak tempat kami berpindah randah dan diuji pelbagai ujian termasuk ujian kewangan.. semoga aku terus berhemah dalam berbelanja dan istiqamah..

Cukuplah aku senaraikan 5 yang utama pasal diri aku ni, sebenarnya kalau nak senaraikan tak cukup 10 aku rasa.. dan kebanyakannya dari sisi yang buruk dan taknaklah cerita kat orang. Aku harap jugak satu masa aku boleh ubah sisi buruk tu kepada suatu yang baik.. walaupun umurku makin meningkat.. Kita cubalah kan..

Ceritaita



Ulasan

  1. morning di sini.. wahh, dah mula dah...nice...ambivert, oh ada ek...baru tahu...
    nice sharing... MA pun baru nak buat ni... caiyok caiyok!

    BalasPadam
  2. macam hampir sama sifat kita tu. saya lebih suka menulis dari jumpa orang. berjela menulis dan orang ingat saya ni peramah. padahal kalau nak jumpa orang saya akan seram sejuk tangandan berfikir berhari hari gelabah.walau cuma nak ke majlis perkahwinan.huhu

    BalasPadam
  3. akak...linda pun nk join jugak ler...hihihi...boleh jadi idea jugak nie...tenkiu akak...salam kenal ya

    BalasPadam
  4. Mantap & terbaik :)

    BalasPadam
  5. Morning Ita...teringin nak buat cabaran ni tapi ada banyak lagi entry personal x share lagi..nak buat jugak nanti bulan depan la start..sejak kawen ni semua tak teratur..hahahaha

    BalasPadam
  6. Saya stuck kat day 4..😂😂 Nanti la sambung. Nice jugak idea ni tulis kat blog. Nanti saya copy yang kat fb tu masuk blog la. Thanks kak ita bagi idea.

    Ada 3 point kita sama. Pemalu, ambivert dan family type.

    BalasPadam
  7. Semua orang ada baik Dan buruk tapi saya memang nampak agak macam penjimat Dan reti cari duit ✅

    BalasPadam
  8. Cuya pon suka berbelanja...kira boros jugak. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...