Benda Yang Buat Kau Gembira
Assalamualaikum semua, dalam dunia ni ada banyak benda boleh buat hidup aku gembira sebenarnya.. sebabnya macam aku tulis dalam entri Cabaran Menulis Day 1 : Describe Your Personality semalam la.. aku ni simple/mudah je orangnya.. Jadi nak gembirakan aku pun sangat mudah..
Tapi nak lagi mudah aku senaraikanlah 3 benda teratas yang boleh buat aku gembira.. benda yang tak perlukan kos mahal dan mudah nak dapat di mana-mana.. asalkan kau ada sedikit kerajinan ya..
1. Aiskrim @ Ais kisar
Ada ke yang pelik aku tulis ni? Aku sangat suka aiskrim atau ais kisar. Sukanya kalau dapat makan benda sejuk-sejuk macam ABC semua tu.. Dulu-dulu ada kedai nama ice room.. suka aku makan ais kisar dia yang cair je di mulut..
Teringat kisah setiap kali mengandung.. dari kandungan pertama dulu masa mengandungkan Abg Long aku akan cari aiskrim setiap hari ok.. dulu-dulu pulak duduk PJJ dengan Shah dan aku akan balik rumah jalan kaki.. Jadi setiap hari aku akan singgah kedai runcit dekat rumah flat dekat area rumah sewa aku semata-mata nak beli aiskrim.. bukan beli satu pulak tu tapi 3 batang ok..
Tapi zaman tu aiskrim masih harga 50 sen je sebatang.. jadi takde hal la kan.. kalau jaman ni mau kau gigit jari Ita oiii.. Tabiat makan aiskrim setiap kali mengandung ni berkurang bila masuk anak nombor 4 dan aku disahkan ada GDM waktu tu.. kenalah kawal makan kan..
Eh GDM? Apa tu?
Haa.. sesiapa yang taktau maksud GDM tu marilah aku terangkan sekali dah alang-alang kan.. GDM tu maksudnya gestational diabetes mellitus yang dalam bahasa melayu dia ialah Diabetes Ketika Hamil atau bahasa pasar dia Kencing Manis Ibu Mengandung..
Ianya terjadi bila orang yang tak pernah ada masalah diabetes sebelum mengandung dan dia ada masalah kencing manis ketika mengandung..
Berapa bacaan yang dikategorikan sebagai GDM ni?
Dia ada 2 bacaan yang perlu dibaca bila dah buat ujian MOGTT untuk GDM ni.. bacaan sebelum minum air gula (glukosa) dan 2 jam selepas minum air gula.. itu yang aku selalu menangguk lama kat klinik kesihatan masa mengandung keempat dan kelima dulu..
Ujian ni dibuat di awal kehamilan kalau korang memang jenis berisiko tinggi dapat GDM.. kalau tak termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi akan diuji bila umur kehamilan cecah 24 minggu ke atas je..
Bacaan keputusan MOGTT sebelum minum air gula mestilah bawah dari 5.1 baru dikira normal.. mana-mana bacaan atas atau sama dengan 5.1 dah ditanda merah dan kira tak normal ya.. Bacaan 2 jam selepas minum air gula pula mesti kurang dari 7.8.. kalau sama dengan atau tinggi dari 7.8 dikira tidak normal dan kategori GDM..
Siapa yang berisiko dapat GDM ni?
Risiko paling tinggi ialah mereka yang ada sejarah ahli keluarga yang ada Diabetes macam aku la ni.. Umur tak kira ok.. Bermula dari umur 25 tahun ke atas pun dah boleh kena dah.. Yang ada berat berlebihan sebelum hamil lagilah berisiko macam aku jugak la ni dulu.. Yang ada sejarah melahirkan anak lebih 4kg pun ada risiko ok..
Eh panjang pulak aku cerita pasal GDM ni.. nak maklumat lanjut boleh la baca info Maksud GDM atau Diabetes Ketika Hamil ni.. jom kita sambung kisah benda yang boleh buat aku gembira pulak..
2. Buku
Tak reti nak terangkan betapa buku akan menjadikan aku seorang insan yang sangat gembira. Sebab ulat buku je yang faham kot.. Tapi buku memang buat aku bahagia sangat-sangat sebab aku sangat suka membaca..
Dari aku kecik dulu asal terjumpa je kertas apa-apa pun walau ketika tu aku tengah menyapu eh boleh berhenti la habiskan baca kertas tu dulu.. buruk betul tabiat.. tapi siaplah makan ceramah dengan mak aku dulu..
Jadi aku paling suka kalau orang bagi hadiah buku.. boleh senyum sampai telinga.. tapi buku-buku yang aku suka kebanyakkannya adalah buku novel atau fiksyen berkaitan jenayah.. kisah mahkamah, kisah kemanusiaan dan sejarah.. Buku novel cinta aku kurang sikit..
Kalau buku ilmiah pulak aku suka buku agama dan buku-buku motivasi dan kepimpinan.. Itu yang dulu bila koleksi buku aku rosak masa kisah Banjir di Johor Bahru dulu tu betul-betul buat aku sedih..
3. Coklat
Aku taktau la kenapa coklat selalu buat aku rasa gembira. Bila aku stress atau susah hati mesti aku akan cari coklat.. Ianya sangat menenangkan.. Kalau dapat aiskrim coklat kira double happiness la buat aku tu.. kalau dapat dark chocolate lagi la nikmat..
Mungkin sebab coklat mampu membuatkan kelenjar pituitari di otak merembeskan hormon endorfin yang boleh menyebabkan seseorang rasa gembira dan boleh menggelakkan kemurungan agaknya..
Tapi tak kisahlah apa sebabnya pun tapi coklat antara 3 benda yang mampu aku buat aku rasa gembira.. Korang suka coklat jugak ke tak?
Aku rasa cukuplah aku senaraikan 3 benda ni sebagai benda teratas yang buat aku gembira.. 2 antaranya adalah makanan yang aku pasti ianya bukan hanya buat aku gembira tapi ramai orang boleh gembira dengan makanan... ya kan?
Ceritaita
siap dah utk day 2... MA masih dlm draf lagi....
BalasPadamgood morning di sini!!!
memang kalau sedih elok carik sumthing yang manis2..sebab dekat manis tu sendri ad hormon yang menenangkan...mcm gitu je lah sekadar yang linda tahu...hihihi
BalasPadamwahhh dah ada cabaran hari 2 tu... Hebat!.. on my way too for 2nd article :)
BalasPadamSaya pun suka buku dan coklat. Hihi
BalasPadamsaya pun suka ais kisar, coklat dan buku
BalasPadamsya suka makan dekat mykori tuu! sedap makan
BalasPadam