Happy Birthday Kakak!
Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari yang bahagia buat anak tunggal perempuan kami kakak Husna. Setiap kali sampai bulan 12 saban tahun akan sampailah hari istimewa buat kami terutamanya kakak Husna. Dan hari ni jadi lebih istimewa lagi sebab hari ni genap umur kakak 12 tahun.
Hajat yang kesampaian
Sejak dari dulu lagi ada satu hajat kakak Husna yang kami tak dapat nak tunaikan. Tapi asbab dengan adanya Covid 19 dan juga PKP satu ketika dulu akhirnya hajat kakak Husna berjaya kami tunaikan. Siapa tau kan sebenarnya setiap yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya. Mungkin bukan untuk kita tapi untuk orang lain yang berada di sekeliling kita.
Impian sambut harijadi di sekolah
Sebenarnya sejak dari dulu kakak Husna berimpian nak sambut hari lahir dengan kawan-kawan dia di sekolah. Bukanlah tak pernah kami buat tapi rasanya kali terakhir masa dia kata tadika je dulu kot. Sebab yang utama ialah hari lahir dia yang jatuh pada 11hb Disember setiap tahun dan waktu tu jugak adalah waktu cuti sekolah di Malaysia. Jadi macamanalah nak tunaikan impian kakak?
Segalanya berubah
Tapi segalanya berubah bila Kementerian Pelajaran mula umumkan sesi persekolahan bermula pada Mac setiap tahun selepas PKP habis satu ketika dulu. Tapi lepas tu pula sekolah macam biskut sekejap sekolah sekejap tidak jadi tak berjaya juga nak sambut di sekolah bersama kawan-kawan.
Impian tercapai
Akhirnya hari ni kami berjaya tunaikan impian kakak yang satu ni.. walaupun sebenarnya tiada perancangan rapi dan kewangan tak berapa mengizinkan, tapi alhamdulillah Allah permudahkan semuanya untuk kakak.
Kek Harijadi kakak Husna
Awalnya untuk kek kakak Husna ni kami nak beli je di Baker Cottage macam biasa untuk sambutan semua adik-beradik dia.. Sebelum ni ada yang kami bawa ke sekolah untuk kakak tahun lepas pun beli je di Baker Cottage.. Keknya murah dan sedap pada kami la. Tapi kali ni kami cuba pula tempah kek dengan homemade Baker yang ada dekat-dekat rumah kami ni.
Masa nak cari tu aku Google je kek kluang. Sekali eh ada je kata sebelah taman kami je haa.. Elok la terus tanya dia nak tempah 2 jenis kek untuk kakak. Aku tempah kek coklat moist dengan kek pandan gula melaka. Sebab dua ni nampak sedap benar dan harga berpatutan.
Tapi sayang aku lupa ambik gambar keknya satu-satu. Ini cuma ada gambar ihsan je dari Baker tu kirim kata whatsapp. Kakak Husna kata keknya sedap. Jadi lain kali bolehlah kami tempah lagi. terima kasih la sebab beliau sudi memudahkan urusan kami.
Gambar sekitar sambutan hari lahir kakak.
Ada beberapa gambar aku ambil masa kakak datang ambik kek waktu rehat tu di pondok jaga dengan kawan-kawan dia. Aku sempatlah ambik gambar kakak dengan kawan-kawan. Mana tau nanti takde rezeki nak jumpa lagi bolehlah gambar ni jadi kenang-kenangan buat kakak husna nanti.
kakak husna di waktu pagi nak gi sekolah |
berlari-lari dia bila nampak aku |
kawan-kawan yang mula sampai |
kawan-kawan lain yang baru sampai.. dia paling kecik rupanya |
Doa buat kakak di hari kelahiran
Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat kakak, semoga kakak Husna sentiasa di bawah lindungan Allah, sihat sentiasa, dapat mencapai impian kakak satu hari nanti dan menjadi anak yang solehah.. amin..
Selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 12 Kakak Husna!
Ceritaita
Happy birthday kakak Husna! Moga Allah merahmati kakak selalu
BalasPadamalhamdulillah...happy bday kakak Husna...semoga yg baik2 je utk kakak...
BalasPadamkek dekat bakers cottage mmg sedap...
smpai skng linda x prnh rase lagi kek pandan gula melaka...hihihi
Tahniah kakak
BalasPadamHb ke 12
Sesi persekolahan tahun depan naik sek menengahlah
seronok la kan dapat sambut dengan kawan2. btw Happy Birthday
BalasPadam#followerd 695