Januari 2024 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

Hari Akhir Bulan Januari

31 Januari 2024 Assalamualaikum semua, aku sebenarnya agak terkejut tengok tarikh hari ni. Sebab bulan ni terasa macam kelam kabut sikit uruskan hal kerja dan rumah. Tak sedar yang masa berjalan sangat cepat. Sedar-sedar dah sampai penghujung Januari dah rupanya. Macam baru je lagi ucap selamat tahun baru 2024 hari tu. Aktiviti hari terakhir Januari Temujanji Abg Ngah di Pakar Mata  Hari ni hari temujanji abg ngah di Klinik Pakar Mata di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom atau kami biasa panggil Hospital Kluang je. Biasanya temujanji dia di waktu petang, sekali kali ni kena datang waktu pagi pulak. Rasa serik pun ada sebab ramai betul orang pagi ni. Kami letak kad temujanji tadi dalam pukul 8.10 pagi, temujanji pada kad pukul 8 pagi.. Kami tercegat tunggu di luar sebab nak masuk pun dah takde ruang nak berdiri. Sudahnya tak dengar nama kena panggil. Pukul 9 lebih aku masuk tanya nama dah panggil belum tapi pegawai tu kata dia tak pasti sebab ada 2 tempat yang panggil na...

Jagung Kukus RM2 Yang Sedap Di Kala Hujan

Musim hujan dah tiba sekali lagi Assalamualaikum semua, sejak awal pagi tadi di Kluang ni hujan je tak berhenti sampai petang tadi. Itu pun  cuma teduh sekejap dan mula hujan balik lewat petang tadi. Ini pun waktu aku menulis ni masih lagi hujan. Dijangka hujan berterusan dari hari ni 4hb hingga 7hb Januari 2024 di Johor ni katanya. Malahan dah ada tempat yang dilanda banjir di Johor. Jadual harian berubah! Hari ni disebabkan hujan jadual kami sekeluarga berubah 360 darjah jadinya. Kalau selalu aku cuma akan hantar abang ngah ke sekolah dan Shah akan hantar anak-anak yang lain tapi hari ni dengan aku sekali Shah kena hantar ke tempat kerja.  Sebabnya kami cuma ada satu je kereta yang boleh digunakan buat masa ni. Wira tu ada masalah sikit tak boleh nak gerak. Jadi kena berkorban la sikit. Cuma agak terkejar-kejar dan aku pun terpaksa masuk lewat sikit hari ni. Masuk lewat bermakna kenalah balik lewat jugak. Sebenarnya memang jarang-jarang dapat balik awal pun kalau hari K...

My Sweet 45th birthday!

Genap 45 tahun umurku! Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni pada tanggal 3 Januari 2024 genap usiaku menjangkau 45 tahun. Cantik angka tu. Lebih cantik lagi umur aku akan bergerak seiring dengan tahun hijrah. Senang nak ingat. Baca tajuk macam geli pula telinga dah 45 tahun nak sweet-sweet lagi kan? haha.. bagi la can sikit. 3 Januari Yang Takkan Dilupakan Sejak dari awal pagi tadi hingga ke malam ni aku masih lagi menerima ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan dan saudara mara. Senyum je la hari ni. Tak lupa juga doa yang tak putus-putus dari semua. Terima kasih korang. Terima kasih buatkan hari aku jadi lebih bermakna hari ni. Apa je yang berlaku hari ni? Macam biasa rutin aku hari ni ialah pergi kerja, ambik anak-anak dan memasak di rumah. Jadi marilah kita cerita sikit apa yang berlaku hari ni. Semalam ada juga aku tertengok video, katanya kalau nak bahagia hidup tak perlu cerita semuanya pada orang. Yelah jugak.. jadi aku cerita yang manis-manis sahajalah ok. Ucapan h...

Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Mengawal Kulit Berminyak Jenis Water Based | Makeup Lebih Tahan Lama

Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Mengawal Kulit Berminyak Jenis Water Based | Makeup Lebih Tahan Lama   Assalamualaikum semua,  hari ni aku nak review satu produk.. rasa macam dah lama kot tak review produk terutama produk penjagaan muka.. Kali ni nak kongsikan pengalaman guna Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature..  Rasanya kalau yang follow blog aku mesti tau nature kerja aku macamana kan? Aku jenis selalu keluar kerja kat lapangan dan kiranya kena menghadap matahari panas kat luar tu rutin harian biasa la bagi aku. Jadinya selalu jugak la aku ada masalah dengan make up tak tahan lama bila kat luar tu. Lama-lama sikit je mulalah muka jadi berminyak.  Disebabkan masalah kulit berminyak dan selalu terdedah dengan cahaya matahari ni kulit aku jadi agak sensitif dan susah nak guna produk sebarangan. Kalau tersalah guna je mulalah akan tumbuh jerawat atau rasa tak selesa. Apa Yang Best Tentang Aqua Whitening Cream ni?  Eh sebelum tu nak b...

Dia naik la pulak

Hari kedua 2024 yang sibuk Assalamualaikum semua, hari ni aku agak sibuk sikit sebabkan anak-anak dah mula naik sekolah. Rutin bersenang lenang ketika cuti sekolah dah berakhir. Kesibukan kerja di samping menjadi supir kembali lagi. Hari ni aku rasakan agak panjang sebab banyak aktiviti yang kami sekeluarga dapat buat bersama. Pemeriksaan kesihatan Di awal tahun 2024 ni aku macam ada sedikit kesedaran la. Teringat usia dah semakin bertambah jadi kena lebih gigih menjaga kesihatan. Bukan apa pun sebenarnya, cuma doa badan sihat bila usia menjelang senja supaya mudah beramal ibadat dan juga dapat mengembara yang sememangnya aku idamkan tapi belum kesampaian lagi. Jadi pagi tadi aku buat keputusan lambatkan sedikit makan pagi untuk terus buat ujian menjelang ke tengahari. Aku buat ujian kesihatan di premis LPPKN Kluang yang berada di deretan belakang je pejabat kami. Mudah cuma jalan kaki je ke sana. Kiranya luangkan masa dalam setengah jam pun dah selesai balik semula ke pejabat. Kemudah...

Hari pertama 2024

Selamat tahun Baru 2024! Assalamualaikum semua, akhirnya kita dah sampai ke 1 Januari 2024. Sekelip mata je setahun dah berlalu kan? macam tak percaya pun ada. Apa yang berlaku pada hari pertama tahun baru 2024 ni? Hari Pertama Bekerja simple je bilik aku kan? Rasanya semua orang tahu yang Johor tak ambil cuti pada hari pertama di tahun baru setiap tahun tapi mungkin juga ada ramai yang tak sedar dan ingat kami bercuti macam negeri lain-lain yang bercuti di awal tahun baru.  Disebabkan hari ni bukan cuti umum jadi aku masih bekerja macam biasa. Anak-anak elok je duduk kat rumah sebab mereka akan mula bersekolah esok. Hari ni aku remote je semuanya dari tempat kerja. Kena siapkan buku sekolah, siapkan kasut dan stoking sekolah. Juga siap suruh mereka gosok baju sekolah untuk persediaan hari esok. Hari pertama bekerja ni rupa hari biasa jugak. Takde apa yang istimewa sangat pun. Cuma gantikan kalendar baru je kat atas meja. Oh lupa ada gantikan juga planner baru untuk tahun ni. Semog...

Kenangan di hari terakhir 2023

Selamat tinggal 2023 Assalamualaikum semua, jarang-jarang aku menulis di tahun baru. Kali ini entah mengapa ada semangat baru yang buat aku rasa nak menulis setiap hari dan menulis semua yang berlaku semalam buat kenang-kenangan sama macam dulu balik. Kebetulan pula waktu menulis ni diiringi bunyi mercun di sana sini menandakan berakhirnya tahun 2023 dan bermulanya tahun 2024. Apa yang berlaku pada hari terakhir 2023? Hari ni aku masih bekerja sebab Ahad merupakan hari bekerja di Johor. Esok juga kami masih bekerja. Ya.. kami bekerja di tahun baru kerana Johor tak ambil cuti tahun baru. Di hari terakhir bekerja ni aku masih lagi menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh untuk tahun 2023. Ada juga beberapa tugasan yang perlu diselesaikan lagi. Itu pun masih ada yang perlu disambung semula esok. Tapi aku nak juga senaraikan  apa yang sudah berlaku hari ni. Hidupkan lesen memandu Ini antara benda yang aku selalu lupa buat setiap awal tahun. Ianya akan menjadi perkara yang hanya aku akan ...