Dia naik la pulak - Cerita Ita                                                             Dia naik la pulak Langkau ke kandungan utama

Dia naik la pulak

Hari kedua 2024 yang sibuk

Assalamualaikum semua, hari ni aku agak sibuk sikit sebabkan anak-anak dah mula naik sekolah. Rutin bersenang lenang ketika cuti sekolah dah berakhir. Kesibukan kerja di samping menjadi supir kembali lagi. Hari ni aku rasakan agak panjang sebab banyak aktiviti yang kami sekeluarga dapat buat bersama.



Pemeriksaan kesihatan

Di awal tahun 2024 ni aku macam ada sedikit kesedaran la. Teringat usia dah semakin bertambah jadi kena lebih gigih menjaga kesihatan. Bukan apa pun sebenarnya, cuma doa badan sihat bila usia menjelang senja supaya mudah beramal ibadat dan juga dapat mengembara yang sememangnya aku idamkan tapi belum kesampaian lagi.

Jadi pagi tadi aku buat keputusan lambatkan sedikit makan pagi untuk terus buat ujian menjelang ke tengahari. Aku buat ujian kesihatan di premis LPPKN Kluang yang berada di deretan belakang je pejabat kami. Mudah cuma jalan kaki je ke sana. Kiranya luangkan masa dalam setengah jam pun dah selesai balik semula ke pejabat.


Kemudahan di LPPKN Kluang

Untuk pengetahuan korang, bangunan LPPKN ni sebenarnya ialah bangunan yang baru diubah suai untuk mereka duduk. Sebelum ni pejabat mereka bertempat di Hospital Kluang atau nama lainnya ialah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK). Mereka baru berpindah ke sini tahun lepas.

Sejak mereka berpindah, aku memang berazam nak pergi buat pemeriksaan kesihatan tapi nampaknya belum ada rezeki lagi sehinggalah ke hari ni baru tercapai hajat yang satu ni.

Banyak sebenarnya kemudahan dan servis yang disediakan di Klinik LPPKN ni antaranya pemeriksaan kesihatan umum yang macam aku nak buat ni, dia akan periksa tekanan darah, paras glukos dan kolesterol dan juga kirakan BMI. Pemeriksaan lain macam pemeriksaan fizikal payudara, ujian PAP Smear dan juga perkhidmatan perancang keluarga dan kesuburan.


Harga caj perkhidmatan LPPKN Kluang

Harga caj kat sini aku kira agak berpatutan. Untuk PAP Smear hanya bayar RM45, untuk ujian pemeriksaan fizikal payudara RM10, lepas tu mereka akan buatkan surat untuk pemeriksaan menggunakan mesin yang dipanggil mamogram di Hospital YPJ secara percuma, ujian kesihatan umum RM10. Ada juga perkhidmatan untuk pasang implan atau perancang keluarga. Lupa pula aku harganya.


Buat ujian kesihatan umum

Bila dah sampai tu aku diminta mendaftar sebab belum pernah berurusan lagi sebelum ni dengan LPPKN ni. Jadi aku daftar dulu menggunakan kad pengenalan. Caj yang patut dikenakan ialah RM5 tapi aku dapat pendaftaran percuma tadi katanya sebab masih lama promosi. Adalah kuota untuk pendaftaran percuma ni katanya. Selagi masih percuma pergilah korang ya.

Setelah daftar aku terus diminta timbang berat badan dan ukur tinggi. Mereka kira terus BMI dari mesin timbang tu. Canggih! Semua auto je zaman sekarang ni. Lepas tu bermulalah sesi ambik tekanan darah dan juga cucuk-cucuk jari untuk ujian darah. Seram juga sebenarnya tapi apakan daya. Nak tau status kesihatan punya pasal kita sanggup je la.

Keputusan ujian darah

Selepas beberapa minit keluarlah semua keputusan ujian yang ditunggu-tunggu. Bacaan tekanan darah masih dikira dalam kategori normal. Tapi bacaan BMI, paras glukos dan juga kolesterol agak membimbangkan. Semuanya dah melepasi tahap normal dan kena berjaga-jaga. Risau jugaklah bila semua bacaan naik.



Tahun lepas aku check paras glukos masih normal iaitu di bawah 5. Sekali hari ni dia naik terus ke 6.2 dalam keadaan berpuasa tau! Aduhai... Paras kolesterol pula dah mencecah 6.02 dari 5.02 tahun lepas. Naik satu kalau markah periksa tu suka.. kalau naik yang ni jadi biru la muka. Terus balik tu cari menu makanan apa yang sesuai untuk turunkan paras kolesterol dan glukos dalam darah. 



Paras BMI tu aku tak pelik sangat. Dah bertahun azam nak kurus tapi asyik tinggal azam je. Letih... entah bila nak ada kesedaran ntah. Cukuplah cerita pasal saringan kesihatan ni.. kira azam bagi kurang semua dan hidup secara sihat la nanti.

 

Memasak

Tajuk ni harus ada setiap hari.. Hari ni aku masak apa pulak? Pagi tadi aku rehat sebab Shah dah berjuang pepagi di dapur masakkan nasi goreng. Sedap! Jadi balik kerja tadi barulah aku kelam kabut memasak kat dapur. Itu pun kena kerja menyambil. Sambil cairkan ketam aku pergi ambik anak sekolah. Kena pandai-pandai bahagikan masa.



Jadilah akhirnya lauk ketam masak lemak dan juga salad epal tadi. Cukuplah buat kami menggalas perut hari ni sebelum aktiviti kami beriadah malam tadi. 



Bekal

Pagi ni aku bawak bekal nasi goreng dan telur mata yang suami aku masakkan dengan penuh kasih sayang. Tambah pulak dimakan dengan sambal nyet berapi Khairul Aming yang penuh kontroversi sejak akhir-akhir ni. Bukan kerja sekolah je orang tiru zaman ni. Jual produk pun terang-terangan meniru tanpa rasa malu kan.. pelik-pelik je manusia ni.



Akhirnya tercapai hajat kakak

Malam ni tak hujan jadi kakak husna awal-awal tanya boleh tak kami sekeluarga pergi ke taman tasik untuk bermain basikal. Tak sampai hati pulak nak tolak. Selesai makan dan uruskan barang keperluan sekolah esok terus kami keluar. 



Sukanya anak-anak bila diberi peluang main di luar rumah. Rata la taman tu dipusingnya dengan basikal. Semuanya gembira sampai nak diajak balik pun susah. Kami sampai rumah dalam pukul 10.30 malam tadi. Kiranya dah agak lewat juga tu. Biasa anak-anak kalau hari sekolah ni jam 10 malam dah tidur semuanya supaya boleh bangun awal pagi esoknya.

Sempat kami tengok pemandangan keretapi melintas sekejap tadi. Seronok dapat tengok keretapi. Entah bila nak naik keretapi sekali lagi. Apapun tadi sempat juga berjanji dengan anak-anak kita sambung aktiviti bila cuti hujung minggu nanti pulak. Harapnya masa tu tak hujan la. Ok korang sampai jumpa lagi untuk cerita esok pulak.. Selamat malam.

Ceritaita


Ulasan

  1. dah tua2 ni wajib buat medical check up kan.. (yg tua tu ldy la). tp bila fikir kene cucuk ambik darah tu yg fobia tu... huhuhu.. seram sejuk sesak nafas hampir hilang nyawa setiap kali nk cucuk jarum2 ni.. Alhamdulillah belum hilang nyawa.. tp lepas ni wajib g juga la..

    done follow ..696

    BalasPadam
  2. Kak Sue pun dah lama tak buat chek up kesihatan tu Ita. Nak kena buat juga nanti nie..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat