Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Mengawal Kulit Berminyak Jenis Water Based | Makeup Lebih Tahan Lama - Cerita Ita                                                             Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Mengawal Kulit Berminyak Jenis Water Based | Makeup Lebih Tahan Lama Langkau ke kandungan utama

Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Mengawal Kulit Berminyak Jenis Water Based | Makeup Lebih Tahan Lama

Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Mengawal Kulit Berminyak Jenis Water Based | Makeup Lebih Tahan Lama  



Assalamualaikum semua,  hari ni aku nak review satu produk.. rasa macam dah lama kot tak review produk terutama produk penjagaan muka.. Kali ni nak kongsikan pengalaman guna Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.. 

Rasanya kalau yang follow blog aku mesti tau nature kerja aku macamana kan? Aku jenis selalu keluar kerja kat lapangan dan kiranya kena menghadap matahari panas kat luar tu rutin harian biasa la bagi aku. Jadinya selalu jugak la aku ada masalah dengan make up tak tahan lama bila kat luar tu. Lama-lama sikit je mulalah muka jadi berminyak. 

Disebabkan masalah kulit berminyak dan selalu terdedah dengan cahaya matahari ni kulit aku jadi agak sensitif dan susah nak guna produk sebarangan. Kalau tersalah guna je mulalah akan tumbuh jerawat atau rasa tak selesa.

Apa Yang Best Tentang Aqua Whitening Cream ni? 


Eh sebelum tu nak bagitau walaupun hidup aku ni memang aku gambarkan sebagai simple tapi bila sampai part tertentu aku sangat jaga juga ya.. terutama part muka.. 

Cuma dulu pernah la muka tak diendahkan sebab kurang pengetahuan tapi lepas tu aku dah insaf sikit. Nak guna apa-apa produk kat muka mestilah pastikan produk tu bebas bahan kimia merbahaya dan juga disahkan selamat digunakan dulu.. Terutama bila dah terkena muka jadi kesan parut dan pigmen yang agak susah nak dirawat.

6 Kelebihan Aqua Whitening Cream

1. Moisturizer water based

2. Mengawal kulit berminyak

3. Mudah digunakan dan mudah meresap

4. Mencerahkan tona kulit

5. Tiada bahan merbahaya

6. Makeup tahan lama


1. Moisturizer water based

Paling best bila guna pelembab yang berasaskan air macam ni bila kita guna tu takde rasa pun macam rasa kurang selesa pada kulit. Aqua whitening cream ini ialah moisterizer water based yang bila digunakan akan hasilkan titisan air yang mengandungi glycerin dan niacinamide yang melembabkan kulit sepanjang hari. Ianya juga adalah moisterizer yang sesuai untuk kulit kombinasi berminyak.



2. Mengawal kulit berminyak

Disebabkan ianya adalah water based moisturizer jadi ia tidak berminyak dan mengandungi niacinamide yang dapat mengawal kulit berminyak dan juga dapat mengawal pori terbuka pada kulit. Bila pakai sebelum tidur muka tak berminyak bila bangun dari tidur jadi pori muka pun tak tersumbat, ianya moisturizer terbaik yang sangat sesuai untuk kulit berminyak.

Aku dah gunakan beberapa hari dan siap guna masa program Hari Keluarga Sekolah Adam yang masa tu panas tingting punya.. Tapi alhamdulillah elok je  muka taklah macam selalu yang berminyak macam boleh goreng telur haha.. 


3. Mudah digunakan dan mudah meresap

Selain itu, moisturizer ni sangat ringan dan tidak melekit. Pada aku ianya sangat mudah digunakan dan sangat mudah meresap dalam kulit. Paling best bila kita sapu pada kulit dan urut dengan perlahan sesuai dengan sifat moisturizer water based ianya terus bertukar menjadi titisan air dan bila kita tepuk kulit dengan perlahan ianya terus meresap dengan sempurna. 

Walaupun kulit muka aku jenis berminyak ianya pelembab muka terbaik kerana Aqua Whitening Cream ni memang merupakan moisturizer untuk kulit berminyak.


4. Mencerahkan tona kulit

Masalah yang aku hadapi selama ni ialah nak cari cara mengatasi kulit kusam apabila bekerja di bawah cahaya matahari. Antara kandungan dalam Aqua Whitening Cream ni ialah niacinamide yang berfungsi untuk mencerahkan tona kulit dan membuatkan tona kulit sekata. Ianya juga boleh memperbaiki kulit yang kusam supaya nampak cerah berseri dan mengurangkan bintik hitam pada kulit. Selain itu ianya juga adalah moisturizer untuk kulit kering.


5. Tiada bahan merbahaya

Aku gunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni sebab produk ni telah melalui pelbagai ujian dan disahkan selamat untuk digunakan.. Ianya tidak mengandungi alkohol, sulfate dan juga paraben yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.


6. Makeup tahan lama

Yang ni sebenarnya yang aku nak highlightkan. Aku gunakan Aqua Whitening Cream ni sebagai pengganti primer sebelum makeup sebab moisturizer untuk kulit berminyak ni dapat mengawal kulit berminyak jadi makeup takkan bercapuk walau pakai seharian. Jadi aku dah jumpa cara makeup tahan lama dengan gunakan pelembab ni. 

Gambar bawah ni contoh masa program Family Day Tadika Adam hari tu. Masa tu aku apply aqua whitening cream ni dulu sebelum aku pakai makeup macam biasa. Makeup jadi lebih pigmented dan lebih pop out. Masih molek je makeup walau tengah panas terik. Majlis Adam tu dari pagi sampai tengahari dan sampai petang pun makeup aku masih cantik, tak bercapuk atau crack walau berada di tengah panas sebab pakai pelembap ni.


Cara Pakai Moisturizer Aqua Whitening Cream Dengan Betul

Ada yang mungkin tertanya-tanya moisturizer ni pakai waktu bila kan? Biasanya aku gunakan 2 kali sehari waktu pagi dan malam sebelum tidur sebab ianya merupakan krim siang dan malam terbaik yang pernah aku cuba. Rutin pagi dan malam aku memang akan cuci muka dengan menggunakan pencuci muka. Lepas tu dah boleh apply moisturizer water based ni selepas cuci muka.

Caranya mudah je. Boleh ikut step macam di bawah ni ya:

1. Sapukan pelembab di kulit muka. 

2. Urut perlahan krim pelembab di kulit muka sehingga dia mengeluarkan titisan air dari kawasan yang disapu tu. Sekejap je tau yang ni. Korang akan nampak titisan air jelas macam gambar ketiga tu. 

3. Akhir sekali korang boleh ratakan dengan menepuk manja kulit muka sampai dia menyerap dalam kulit. Best sangat feeling waktu pakai ni.. 


Feedback selepas guna Aqua Whitening Cream


Pada aku lepas kenal dan gunakan moisturizer untuk kulit berminyak dari hansaegee nature ni aku suka sangat sebab ianya memudahkan rutin harian aku sekarang ni. Guna pelembab ni je sebab dia water based dan mudah meresap ke kulit. 

Kalau nak berjalan pun mudah apply je pelembab ni sebelum makeup dan makeup dah jadi lebih cantik sebab dia mengawal kulit berminyak dan makeup jadi tak bercapuk. Sesuai sangat untuk kulit berminyak macam aku. Paling best rasa fresh je sepanjang hari. Aku dah kongsikan pasal produk Aqua Whitening Cream ni.. jadi menyesal ke aku beli?  Haha.. sudah tentulah tak menyesal ok.. jadi untuk maklumat lanjut produk ni boleh ke:


Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

 FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

 Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Ceritaita



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat