Genap 45 tahun umurku!
Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni pada tanggal 3 Januari 2024 genap usiaku menjangkau 45 tahun. Cantik angka tu. Lebih cantik lagi umur aku akan bergerak seiring dengan tahun hijrah. Senang nak ingat. Baca tajuk macam geli pula telinga dah 45 tahun nak sweet-sweet lagi kan? haha.. bagi la can sikit.
3 Januari Yang Takkan Dilupakan
Sejak dari awal pagi tadi hingga ke malam ni aku masih lagi menerima ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan dan saudara mara. Senyum je la hari ni. Tak lupa juga doa yang tak putus-putus dari semua. Terima kasih korang. Terima kasih buatkan hari aku jadi lebih bermakna hari ni.
Apa je yang berlaku hari ni?
Macam biasa rutin aku hari ni ialah pergi kerja, ambik anak-anak dan memasak di rumah. Jadi marilah kita cerita sikit apa yang berlaku hari ni. Semalam ada juga aku tertengok video, katanya kalau nak bahagia hidup tak perlu cerita semuanya pada orang. Yelah jugak.. jadi aku cerita yang manis-manis sahajalah ok.
Ucapan hari lahir
Orang pertama yang bagi tentunya la teman ketawa dan menangis aku kat rumah ni. Terima kasih bang atas ucapan dan sambutan. Akan Ita kenang sepanjang hayat. Terima kasih juga layan Ita dengan baik sehingga umur Ita mencecah 45 tahun dah hari ni.
Memasak
Pagi tadi aku buat sarapan biasa-biasa je untuk anak-anak. Aku masak roti bakar cheese salut telur. Gambar cuma dapat ambik yang aku bawak bekal sekeping ke tempat kerja je. Aku sempat hantar ke meja depan je pagi tadi. Lepas tu aku berkejar pakai baju kerja semua. Turun balik dah tinggal 4 keping je.. haha..
Malam ni pulak aku masakkan lauk kari ikan tenggiri dengan sup jejari ketam. Alhamdulillah licin la lauk dan nasi tadi. Syukur sangat bila kita dah masak dan menu habis licin macam ni. Semangat nak memasak lagi lain kali.
Bekal
Pagi tadi aku cuma sempat bawa sepotong roti bakar cheese tu je. Itu pun rasa tak sampai hati nak ambik bila tengok anak berebut makan sambil cakap sedap. Gitu lah anak-anak ni. Asal air tangan ummi dia semua yang biasa pun rasa sedap.
Masa aku ambik sepotong roti tu Abg Chik tegur jugak. "Cukup ke ummi bawak sekeping tu je?". Aku jawab balik, "Cukuplah nak". Tak dinafikan Abg Chik ni antara yang prihatin kalau di rumah ni. Dia paling mengambil tau semua hal. Aku kira tu keistimewaan dia la agaknya.
Sambutan hari lahir
Hari ni hari istimewa. Jadi awal pagi aku dah sambut dengan makan sarapan dengan Shah di Restoran Haji Dollah sebelah pejabat tu je sebelum masuk kerja. Aku makan soto dan Shah makan nasi lemak telur.
Sebelah malamnya Shah buat kejutan bawakkan kek balik ke rumah lepas dia balik kerja. Terharu betul dengan layanan yang tersayang. Jadi sebelum kami makan malam, kami potong kek hari jadi dulu tadi. Alhamdulillah sedap keknya.
Hadiah harijadi
Tahun ni macam biasa mesti ada barang yang aku belikan khas buat hadiah diri sendiri. Sebenarnya hadiah ni dah beli masa sale 12.12 hari tu lagi. Kiranya masih baru la jugak kan.. Aku belikan Tablet HONOR X9 yang best untuk diri sendiri supaya lebih rajin berblog. Nanti aku review ya.
Dan satu lagi baru sampai tadi, iaitu lampu belajar untuk aku gunakan ketika menaip di blog. Taklah ganggu orang lain nak tidur.
Harapan di umur yang baru
Harapan aku tahun ni supaya aku lebih kuat beribadat di samping bagi komitmen yang terbaik untuk kerja. Lupakan kesilapan yang lepas, jadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi.
Aku juga berharap Allah beri aku kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki sehingga aku mampu berzakat dan bersedekah dengan banyaknya tanpa berkira.. juga supaya aku berjaya melangsaikan semua hutang-hutang aku sebelum aku bersara. amin.. Tolong doakan aku juga ya korang. Jumpa esok..
Ceritaita
waahhhh selamat ulangtahun ke 45 !
BalasPadammoga diberi kesihatan yg baik aminnnn
salam kenal,
Blog Anamizu :)
amin.. amin.. tq2
PadamHappy Birthday kak.. Birthday kite sama kak.. :D..
BalasPadamwah.. ye ke.. happy belated birthday lady!
PadamSelamat Hari Jadi kak! Bday akak sama ngan abang saya.. ^^
BalasPadamhappy birthday kak. salam kenal yer!!
BalasPadamSelamat hari jadi kak... semoga diberikan keberkatan umur dan rezeki... Aamiin
BalasPadam