29 Februari, Istimewanya Tahun Lompat - Cerita Ita                                                             29 Februari, Istimewanya Tahun Lompat Langkau ke kandungan utama

29 Februari, Istimewanya Tahun Lompat

Tahun Lompat, 4 tahun sekali





Assalamualaikum semua, tahun ni merupakan tahun yang istimewa disebabkan tahun lompat. Tahun di mana bulan Februarinya akan ada 29 hari berbanding tahun biasa yang cuma ada 28 hari sahaja di setiap bulan Februari. 

Tahun lompat ini hanya berlaku setiap 4 tahun sekali. Jadi ianya sangat istimewa pada aku. Untunglah sesiapa yang lahir pada setiap 29 Februari ni.. mereka cuma akan sambut hari lahir setiap 4 tahun. Tentu meriah sambutannya kan..

Sejarah Tahun Lompat


Pada asalnya dulu kiraan kalender dikira dari tempoh bumi mengelilingi matahari. Tetapi setelah didapat kiraan sebenar kitaran bumi mengelilingi matahari bukanlah 365 hari tetapi yang lebih tepat ianya 365.25 hari. 

Jadi untuk melengkapkan kitaran ini, maka ada tahun yang perlu ditambah 1 hari dan ditambah pada bulan Februari yang merupakan 1 sahaja bulan yang mempunyai bilangan hari kurang dari 30 hari. 

Apabila ditambah hari ini pada tahun tertentu ianya akan menjadikan kitaran itu menjadi genap. Pandai kan orang-orang dulu. Itu yang menjadikan munculnya tahun lompat atau Leap Year. 

Doodle Khas Google untuk 29 Februari 2024


 



Google sendiri ada doodle tersendiri untuk hari yang istimewa ni. Doodle ni selalu ada di Google untuk sambutan hari-hari tertentu dalam setahun. Aku suka tengok doodle ni setiap hari untuk tau apa hari yang menarik pada hari tu. 




Untuk hari ni Google doodle kan seekor katak yang sedang melompat bawak tanda 29 di badannya. Comel betul. Sayang aku cuma boleh tangkap layar gambar je. Nak rekod video tak reti pulak. 

Cukai baru mulai esok


Dalam keistimewaan hari ni, teringat pulak pasal cukai perkhidmatan yang mula dinaikkan mulai esok. Rasa tak berapa best jugak.. katanya pengguna TNB la paling terkesan. Terutama mereka yang guna elektrik lebih dari 600 kwH setiap bulan. Kenaikan cuma 2% je tapi bila dikira-kira agak banyak jugak tu. 

Tak lama lagi budak akan naik sekolah dan tak lama lagi nak puasa dan raya pulak. Semoga yang baik-baiklah untuk semua orang ya.

Ceritaita

Ulasan

  1. bagi kami golongan peniagar, 8% tu dikira sgt byk untuk semua urusan .. huhu.. walau bagaimanapun semoga Allah bantu kita semua untuk menjalani kehidupan seperti biasa.. semoga Allah mudahkan kdp golongan yang kurang mampu.. ameeeennnn

    BalasPadam
  2. tgh sedap2 baca pasal katak comey tetiba terbit topik cukai adoi haha

    BalasPadam
  3. kawan saya lahir tarikh 29 tu, tahun lompat memang beria la kalau dia celebrate birthday

    BalasPadam
  4. anak sedara hubby ada sorang lahir 29 feb. sian gak jarang dapat potong kek birthday

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...