Cerita Sebelum Tidur
Assalamualaikum semua, sejak dulu aku suka bacakan cerita-cerita pada anak-anak sebelum tidur. Ini anak-anak dah besar agak berkurang aktiviti ni. Kalau dulu siap ada cerita rekaan la aku buat setiap malam. Kalah penulis buku cerita kanak-kanak dah dia punya imaginasi sebab nak layankan anak-anak.
Sekarang ni masih layankan juga cerita sebelum tidur ni. Tapi cuma 2 orang yang masih berminat nak dengar.. si Adik Adam dan Abg Chik.. Kalau aku bacakan cerita mesti masing-masing mudah tertidur. Banyak jugak aku baca kisah-kisah tauladan untuk cerita sebelum tidur ni. Aku paling suka buku kisah Nabi dan Rasul, juga kisah sahabat-sahabat Nabi.. tapi sayang buku-buku tu banyak yang dah rosak waktu banjir 2021 dulu.
Mayat Bertukar Menjadi Babi (Hadis Palsu)
Ada satu kisah yang aku suka bacakan dengan anak-anak. Kisah ni di zaman Rasulullah kita iaitu, Nabi Muhammad S.A.W... pada satu hari dikisahkan seorang pemuda telah datang sambil menangis menghadap baginda Rasulullah. Pemuda ini dalam kesedihan kerana bapanya telah meninggal dunia. Lebih menyedihkan ialah kerana mayat bapanya telah bertukar menjadi seekor babi.
Jadi pemuda ini datang untuk memohon bantuan dari Rasulullah. Mendengarkan keadaan itu, Rasulullah bergegas ke rumah pemuda itu dan membantu. Rasulullah telah membacakan doa dan memohon kepada Allah SWT. untuk memulihkan keadaan ayah pemuda tersebut. Alhamdulillah, doa Rasulullah telah diperkenankan. Berubahlah mayat itu kepada keadaan asal.
Maka mayat itu diuruskan seperti kelazimannya iaitu dimandikan dan dikafankan. Namun mayat itu berubah semula ke rupa seekor babi apabila selesai diuruskan. Difahamkan bapa pemuda ini adalah orang yang suka melalaikan solat wajib 5 waktu yang difardhukan ke atas umat Islam. Oleh itu ia bertukar menjadi babi.
Tapi baru sekarang ni aku tau sebenarnya kisah ini adalah kisah palsu yang diceritakan. Ianya adalah yang dikategorikan sebagai hadith palsu. Terfikir juga macamanalah mereka ni boleh mereka cerita yang akhirnya menjadi ikutan kemudiannya terbukti adalah palsu atau rekaan. Dah rupa cerita dongeng je la.
Kisah Mati dan Adam
Bila aku bercerita pasal mati dan mayat ni aku selalu la tanya si Adam.. kalau ummi mati Adam boleh ke mandikan ummi.. bungkuskan ummi. Selalu dijawab.. ummi tak payahlah mati dulu.. Adam tak pandailah nak buat. Bunyinya lucu sebab dia baru je berumur 4 tahun lebih. Tapi bila kita dalami maksud dia memang sebenarnya anak-anak kecil ni sangat bergantung dengan kita sebagai orang tua ni.
Mungkin pada dia apa erti hidup kalau tiada ibubapa agaknya. Itu agaknya dalam fikiran anak-anak kecil ni. Aku pun harap aku dapat hidup sehingga anak-anak mampu berdikari sendiri satu masa nanti. Tapi jika ditakdirkan aku pergi dulu, aku harapkan semoga anak-anak baik-baik sahaja di mana jua berada.
Ceritaita
suka atau tidak, topik ni mmg tak gamak nak bincang tapi terpak juga kan sebab inilah yg anak2 akan hadapi satu hari nnti. so, biar diorg lagi prepared dgn situasi ni
BalasPadam