Salam Ramadan Buat Semua - Cerita Ita                                                             Salam Ramadan Buat Semua Langkau ke kandungan utama

Salam Ramadan Buat Semua

Ramadan 1445H Yang Dinanti



Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 Ramadan tahun ni rupanya. Macam sekejap je berlalu, baru je rasa tengok pengumuman awal Ramadan hari tu. Tiba-tiba je dah sampai hari ke 25 dah pun. 

Telah diumumkan secara rasminya pada malam 10hb Mac 2024, yang 1 Ramadan 1445H telah jatuh pada hari Selasa, 12hb Mac 2024. Maka secara tak langsung, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari itu iaitu lewat sehari dari umat Islam di Mekah. Jadi harapnya aku tak terlewat nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca blog Ceritaita.

Cuaca Panas di Seluruh Negara

Macamana korang menghadapi bulan puasa tahun ni? Kalau tanya kami, agak menguji jugak dengan cuaca agak panas sekarang ni. Semalam macam ada terbaca yang Malaysia akan lebih panas beberapa hari mendatang ni. 

Mulai hari tu negeri Perlis telah diumumkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana suhu di seluruh negeri Perlis telah mencecah 37 hingga 40 darjah celcius. Negeri lain pun ada yang naik tinggi juga. Agak seram pulak baca, kami di Kluang ni pun yang suhunya mencecah 33 darjah Celsius pun rasa tak sanggup nak keluar rumah. Lagi la pulak kalau suhunya lebih tinggi macam di Perlis tu.

Tadi ada terbaca pasal korban pertama stroke haba. Allah.. semoga yang baik-baik untuk semua orang. 

Berita Kematian Silih Berganti 



Sejak dari awal bulan Ramadan kami terima berita kematian silih berganti. Sayu rasa hati sebab kebanyakannya dari kalangan saudara dan rakan-rakan rapat kami. 

Kuatnya ujian buat ahli keluarga yang ditinggalkan, semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka dan diberikan kekuatan kepada waris untuk menghadapi ujian.

Ramadan Dah Menuju ke Penghujung

Semoga dipermudahkan segala urusan kita di penghujung Ramadan kali ni, untuk kami banyak ujian yang kami terpaksa lalui. Cuma nak cerita ataupun tidak je. Ada kisah yang kami terpaksa simpan antara kami saja. Tak bagus bercerita kalau ianya hanya akan membuka aib kita dan keluarga. 



Yang penting banyak rancangan yang tidak menjadi seperti yang kami rancangkan, semoga segala kehilangan yang kami lalui akan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Doa yang sama buat rakan-rakan yang sudi singgah dan membaca juga. Amin. 

Ceritaita


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...