Main Hoki Untuk Sekolah
Tetiba kena pakai baju putih untuk hoki sekolah. Kelam kabut ayah pergi beli. |
Assalamualaikum semua, kali ni nak cerita pasal minat Abg Ngah yang satu ni. Sejak Tingkatan 1 lagi dia dah nyatakan hasrat nak sertai kawan-kawan sekolah dia main hoki. Tapi disebabkan dia masih bersekolah agama sebelah petang masa tu nak menghabiskan Darjah 6 sekolah agama, jadi aku mintak dia bersabar je la dulu setahun.
Dan tahun ni bila dia mintak kebenaran sekali lagi nak sertai latihan hoki sekolah, aku jadi tak sampai hati la pulak nak tolak. Dia pun sertai latihan pertama.. kemudian kedua kemudian seterusnya. Kata dia cikgu kata dia boleh la main walau tak hebat mana.
Wakil Hoki Sekolah
Sebenarnya waktu dah habis latihan demi latihan tu, abg ngah ada cakap yang cikgu akan pilih yang terbaik untuk bermain sebagai wakil sekolah. Tapi ntah macamana kumpulan yang ada tu pun bilangan cukup-cukup makan je. Jadi tak memasal cikgu pilih je la semua. Rezeki awak la abg ngah.
Perlawanan Persahabatan
Biasa latihan sesama sendiri je kan.. tetiba Sabtu baru ni cikgu aturkan perlawanan persahabatan hoki dengan 2 sekolah lain kat Kluang ni. Sekolah SMSAJ, Sekolah SMT6 dan ex Sekolah T6. Hebat-hebat masing-masing semuanya. Sekolah SM Seri Intan datang dengan 2 team lelaki dan perempuan. Jadi friendly match ni digandingkan dengan semua kumpulan yang ada. Ada jugak dalam senarai kumpulan lelaki lawan kumpulan perempuan.
Bila tak pernah ada perlawanan mana-mana pada aku ini peluang anak-anak untuk rasa aura perlawanan sebenar dan kenal team serta cari keserasian dalam kumpulan. Bagus sangat usaha cikgu ni pada aku.
Agak Kekok
Masa perlawanan aritu aku tengok Abg Ngah agak kekok dan hilang arah. Mungkin sebab dia tak pernah didedahkan dengan perlawanan macam ni. Ini kali pertama untuk dia. Sebelum ni tak berapa bersukan sangat pun anak-anak aku ni semua.
Yang paling aktif pun dulu abg long je selalu sertai pertandingan catur. Kakak pulak lebih suka olahraga. Betul-betul menurun perangai ummi dia suka sukan olahraga. Sukan lain aku tak berapa pandai. Cuma itulah bila dah semakin 'membesar' ni, kalau aku cakap dulu aku main sukan olahraga pun rasanya takde yang percaya kan.. hahaha.
Aku harap abg ngah akan belajar bermain dengan baik nanti. InsyaAllah. Keputusan hari tu 1 perlawanan seri, 1 kalah dan 3 lagi menang kalau tak salah. Setiap perlawanan diberi masa 15 minit je. Jadilah aktiviti untuk panaskan badan.
Berkelah Di Padang Hoki UTHM
Perlawanan persahabatan tu dibuat di Padang Hoki UTHM. Kebetulan kami sampai awal jadi dapatlah satu astaka untuk dijadikan tempat kami melepak sampai ke tengahari jugaklah. Eh tak.. sampai menjelang zuhur dah jugak aritu.
Pagi sebelum bergerak tu aku gigih bangun awal pagi dan masak, aku masak yang senang-senang je la. Goreng kuetiaw, masak nasi putih, ikan pari masak lemak cekur aku tambah bendi, sambal tumis telur burung puyuh, kerang rebus, temle goreng baki lauk semalam. Ada jugak aku bawak air nanas sejuk.
Masa kami datang tu baru lepas hujan dan masih gerimis jadinya cuaca sejuk sikit. Bestlah duduk kat astaka sambil berkelah dan makan-makan. Anak-anak yang lain pulak layan main taman kanak-kanak sebelah padang hoki tu jadi tak kisah hujan apa pun, Gembira habis la semua.
Kami balik dengan puashati sebab di hari perlawanan sebenar nanti kami dah tak dapat nak hantar abg ngah. Semoga yang baik-baik je buat abg ngah dan kumpulan nanti. Amin.
Ceritaita
aamin. tahniah abang ngah , pengalaman berharga buat abang ngah
BalasPadamtahniah, tercapai jugak hasrat abang ngah nak main hoi
BalasPadamtapi, best lah abang ngah main atas turf tu...dulu linda main atas rumput je... hahaha
Seronok dapat peluang tengok games anak-anak. Kadang-kadang mak lebih lebih excited.
BalasPadam