Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL - Cerita Ita                                                             Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL Langkau ke kandungan utama

Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL

Berbelanja di AEON Mall ketika Transformers One Roadshow 




Assalamualaikum semua, korang biasa tak berkunjung ke AEON Mall? Kalau aku dan keluarga, AEON Mall ni antara tempat kami healing la ni. Berbelanja kat sini biasanya tenang je sebab barangan dia tersusun dengan rapi untuk mudahkan pelanggan mencari barang keperluan mereka.


Paling aku suka memilih ialah di kawasan barangan basah dan roti. Anak-anak pun suka sebab banyak pilihan roti kegemaran mereka. Kali ni pulak lagi best bila dia AEON Mall ada kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow yang menarik.



Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL




Kalau sesiapa yang ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang meminati TRANSFORMERS ni, inilah masanya untuk uar-uarkan berita pasal kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow ni kat mereka semua. Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON Mall ni dah bermula dari 19hb Ogos hingga 30 September 2024 ni.






Sepanjang kempen ini berlangsung, korang boleh temui model Transformers dan ada paparan besar prop filem untuk sesi OOTD tau. Anak-anak korang tentu suka la ni. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai kempen ni.




FILEM TRANSFORMERS ONE




Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow ni bersempena pelancaran filem TRANSFORMERS ONE yang akan berada di pawagam bermula 12 September 2024 nanti. 

Yang paling menarik tentang kempen ini ialah dengan berbelanja sebanyak RM300 (bukan Ahli AEON) atau RM200 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON MALL yang menyertai peraduan ini untuk melayakkan diri bagi menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang eksklusif.


Jualan Mechandise Transformers








Di kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow ini juga turut dijual barangan cenderahati atau mechandise Transformers bagi semua peminat dan pengumpul setia barangan ini. Pengunjung juga boleh juga menyertai aktiviti serta permainan yang berada di kempen ini.





Jadi bawalah anak-anak korang beramai-ramai ke AEON MALL bagi merasai sendiri pengalaman menarik ini. Aku sertakan senarai semua AEON MALL yang terlibat dengan kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow ini di seluruh negara. Nanti korang boleh tengok sendiri lokasi mana yang lebih berdekatan dengan tempat korang mengikut negeri ok.


Senarai AEON MALL



AEON Mall yang mengambil bahagian mengikut negeri:


Negeri Selangor dan Kuala Lumpur



AEON Mall AU2 Setiawangsa
AEON Mall Cheras Selatan
AEON Mall Metro Prima
AEON Mall Bukit Raja
AEON Mall Bukit Tinggi




Negeri Johor



AEON Mall Bukit Indah
AEON Mall Kulaijaya
AEON Mall Tebrau City
AEON Mall Bandar Dato Onn


Negeri Pulau Pinang



AEON Mall Bukit Mertajam


Negeri Perak



AEON Mall Ipoh
AEON Mall Ipoh Klebang
AEON Mall Ipoh Station 18
AEON Mall Kinta City
AEON Mall Taiping
AEON Mall Seri Manjung


Negeri Sembilan



AEON Mall Seremban 2



Negeri Melaka



AEON Mall Bandaraya Melaka


Sertai mereka untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan dengan "TRANSFORMERS ONE: AEON Celebrates All Malaysians as One." Raikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang lebih bermakna bersama mereka!




Tertakluk kepada terma dan syarat.




Untuk maklumat yang lanjut sila layar :

Facebook: @AEONMallMY

• Instagram: aeonmallmalaysia

• Tik Tok: aeonmall.malaysia

• Website: www.aeonmallmy.com




Ceritaita


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...