Tali Skipping : Satu Perjuangan - Cerita Ita                                                             Tali Skipping : Satu Perjuangan Langkau ke kandungan utama

Tali Skipping : Satu Perjuangan

Mula Balik Bersenam


Assalamualaikum semua, peh tajuk punyalah taknak kalah kan.. haha.. korang layankan je la. Sebenarnya sejak 22 Julai lepas aku dah mula buat senaman lompat tali atau lebih dikenali sebagai skipping. Kononnya azam bersenam yang dah lama berkubur tu aku nak naikkan balik la kiranya.

Dah alhamdulillah hari ni dah 22 Ogos dah pun jadinya dah cukup sebulan dan perjuangan aku untuk mula bersenam balik ni. Nampak masih bertahan dan bersemangat lagi buat masa ni. 

Beli tali skipping murah

tali skipping pertama



Asalnya aku dapat idea nak buat lompat tali ni sebab terjumpa tali skipping murah di MrDIY. Aku beli tali skipping murah je yang harganya RM3.30 je satu. Sekali abg chik buat main patahlah pulak sebelah pemegang dia. Jadi ada satu tali skipping yang beli kat Kedai Eco tu aku gunalah pemegang dia je. Kira aku cantum je la 2 jenis tali skipping ni untuk guna. 

Bila dah guna rasa tak best sebab asyiklah tercabut je pemegang dia tu. Tu yang sempena nak cecah sebulan aku belilah yang baru ok sikit dari yang lama tu. Pemegang dia lebih lembut sebab ada span. Dan tali dia lagi best tak berbelit-belit. Yang ni kat MrDIY jugak harganya RM5.90 je. 

tali skipping kedua



Kiranya dengan tali baru ni aku lebih yakin la melompat. Cewaah.. 

Asal 30 kali je


Disebabkan dah genap sebulan ni aku nak jugaklah cerita pengalaman aku setakat sebulan ni. Mula-mula aku mula nak senam aritu aku cuma cuba lompat 100 terus. Gila punya kerja tau. Sila jangan tiru aksi ini di rumah anda ok. Masa tu macam nak putus nafas dan aku dah sampai tahap mintak nyawa la jugak.

Jantung aku gerak laju gila la. Denyut nadi pergi sampai 135 kot masa tu. Laju gila. Aku terfikir juga masa tu. Apa kerja gila la aku buat terus buat sampai 100 lompatan. Dahlah sebelum tu tak biasa melompat sangat pun. Yelah berat badan aku bukan kategori biasa-biasa yang buat aku rasa yakin nak melompat pun. Kalau sekali lompat semua bergegar la jawabnya. Malu pulak dengan diri sendiri. 

Lepas tu aku insaf sikit, buatlah 30 kali lompatan je. Itu pun aku buat yang lompatan biasa silang kaki tu.. kira lompat sebelah-sebelah kaki je tu. Maknanya taklah kuat sangat bebanan atas kaki pada satu-satu masa. 

Upgrade Skill sikit


Dari 30 kali tu, aku cuba seminggu macam tu. Masa tu pada masa sama aku buat senaman gerakan mudah, mudah pada orang lain pada aku macam nak putus nyawa jugak nak abiskan 100 kali hahaha.. Bila aku dah rasa yakin sikit, aku naikkan ke 50 kali. Waktu ni masih lagi guna kaki sebelah sebelah jugak. 

Minggu kedua aku rasa nak cuba kemampuan diri. Jadi aku cuba buat lompatan tali skipping ni sebanyak 50 kali dengan kedua-dua belah kaki melompat sekali. Macam nak gugur jantung wei. Tapi dah nama nak cabar diri kan, aku buat la jugak. 

Alhamdulillah aku berjaya cabar diri sendiri. Terasa la semua otot ni bergegar. Dari lengan, peha sampailah ke otot kesayangan kat perut tu haa.. Masa ni memang rasa insaf la simpan spare tyre kat perut ni.. Azab betul la bila dia dah berlipat tu masa melompat tali ni. 

Badan Bertukar Jadi Robot


2 minggu pertama aku buat senaman lompat tali dan senaman mudah tepuk tangan ni badan aku dah bertukar jadi robot terus. Kejang semua otot kaki rasanya. Maklumlah lama tak betul-betul bersenam kan. Berjalan biasa pun rasa tegang je kaki, terutama kat area peha. Memang rasalah aku jalan keras macam robot. 

Lepas je 2 minggu berakhir aku rasa badan aku dah mula ok balik. Takdelah rasa macam tegang sangat macam sebelum tu. Jadi aku rasa macam dah serasi la kan. 

Cara Senaman Mudah Tanpa Melompat Untuk Orang Gemuk


Bila dah masuk 3 minggu dan aku mula tambah bilangan lompatan tali jadi 60 kali. Senaman mudah tu aku masih lagi buat 100 kali. Nak habiskan 100 pun agak seksa ya, walau disebut senaman mudah. Senaman ni macam kau kena kangkangkan sikit kaki sambil kepakkan sikit dan buat kekuda. Kira macam kau rendahkan sikit la posisi badan tu. 

Lepas tu tangan kau kena depakan lurus. Lepas tu gerakkan badan bagi tegak dan lurus tapi kaki masih dalam posisi kangkang. Tangan naikkan dan tepuk atas kepala. Turun semula tangan dalam posisi depa dan kaki pasang kekuda asal. Begitulah diulang-ulang sampai 100 kali. 

Buat masa ni aku masih kekalkan 100 kali dan belum lagi sanggup nak naikkan bilangan dia lagi. Nak habiskan 100 ni pun aku dah berkali-kali tengok jam. Sambil hati berkata... bilalah nak habis.. haha.. 

Badan 'Rasa Ringan' 


Apa perubahan yang aku rasa bila dah konsisten buat selama sebulan ni? Yang paling aku rasa ialah badan aku makin rasa ringan. Perubahan berat takde pun. Tapi memang rasa aku mudah bergerak dan ringan berbanding sebelum ini. 

Paling ketara sekali ialah tabiat tidur aku dah berubah. Kalau sebelum ni aku sebenarnya ada kesukaran jugak nak tidur malam. Kadang-kadang pukul 1 atau 2 pagi baru rasa mengantuk. Tapi bila dah buat senaman ni pukul 10 atau 11 malam pun aku dah rasa mengantuk. Sukur sangat sebenarnya, badan akan dapat lebih rehat dan sihat. 

Jadi aku berazam nak teruskan lagi senaman ni selagi aku terdaya. Tambah pulak tadi ada orang tegur umur aku baru 30an katanya. Haha.. lagi makin semangat rasa nak kurangkan berat badan dan terus bersenam bagi lebih sihat. Doakan aku ya korang! 


Ceritaita 

Ulasan

  1. linda pun tengah berangan nak lompat tali...tapi, baru 10 dah mengah...hahaha...jadinya, kita buat lompat bintang je lah dulu...lepas tu, bukak u tube, ikot senaman mudah yang walk at home tu...

    BalasPadam
  2. itu la tali skipping sy pun lama dh tersimpan... nak jugak la start balik... teringin jugak badan kembali ringan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat