Musim Hujan Sudah Bermula - Cerita Ita                                                             Musim Hujan Sudah Bermula Langkau ke kandungan utama

Musim Hujan Sudah Bermula

Hujan Mula Turun


Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kisah hidup di blog ni. Agak sibuk dengan aktiviti harian. Banyak yang nak diceritakan bermula kisah bulan 7 selepas aku bertukar tempat kerja baru aritu. Tapi dek disebabkan kesibukan masih tak dapat menulis semuanya sebagai kenangan.





Hari ni agak suram, sama suramnya dengan cuaca. Dari awal pagi dah mula mendung dan hujan lebat sehingga tengahari tadi. Selepas itu pun cuaca agak suram dan sejuk.


Sejuk Mencengkam


Suhu pun terasa sangat sejuk, entah kenapa rasa sejuknya sampai rasa mencengkam tulang. Padahal setiap malam aku rasa panas sampai berpeluh-peluh waktu tidur. Bila sejuk-sejuk macam ni terus teringat pengalaman masa duduk di Kuantan satu ketika dulu.


Musim Sejuk Bermula


Kalau dulu-dulu, bila masuk je bulan 10 ke atas memang akan bersedia dengan musim hujan yang merangkap musim sejuk bermula. Masa tu sejuk betul sampaikan duduk kat luar rumah pun rasanya macam pasang aircond dalam bilik. Boleh menggigil la.


Tapi yang aku perasan makin lama makin kurang rasa sejuk tu. Mungkin sebab banyak perubahan dalam persekitaran kita agaknya. Kalau dulu kawasan hijau tu masih meluas tapi sekarang ni dah diganti dengan hutan batu. Bahang makin terasa di sana-sini.


Awan Hujan 



Tadi masa hantar anak-anak ke sekolah, sempatlah aku tegur awan yang berkepul cantik lingkarannya. Siap cakap dengan anak-anak, awan yang paling cantik itulah yang paling bahaya dan boleh bawak ribut. 

Sekali tengah cerita-cerita boleh pulak aku lupa nama awan cantik yang bawa hujan tu apa namanya. Ingat nimbus-nimbus je masa tu. Dah hujung-hujung tu abg long bersuara. Namanya awan culumunibus la ummi.. haa.. mujur ada anak ingatkan.. haha



Banjir di sana sini


Bila musim hujan ni, ianya membangkitkan memori kami waktu hadap banjir satu ketika dulu.. Lagi pulak bila terbaca berita pasal banjir di Kuala Lumpur, banjir di Kedah dan banjir di Johor. Terasa kesian pada mereka yang sedang hadapi musibah banjir. Semoga dipermudahkan urusan mereka semua ketika ini.


Ceritaita 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...