Bertemu Gajah Tanpa Dijangka
Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari.
Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni.
Tiang elektrik tumbang
Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB.
Selepas tu kami tinjau beberapa tapak lain untuk pastikan tiada lagi kerosakan disebabkan serangan gajah liar ni. Difahamkan rombongan Cik Jah ni ada lebih kurang dalam 40 ke 50 ekor kesemuanya. Ramai tu...
Mulut Jangan Celupar
Orang tua dulu selalu berpesan, kalau masuk kawasan hutan mulut jangan mudah celupar. Orang tua berpesan biasanya adalah dari pengalaman. Bukannya saja-saja.. jadinya janganlah diabaikan. Sentiasa beringat jadikan pedoman hidup.
Waktu kami meninjau satu tapak tu, cuaca agak suram macam cuaca hari ni la juga.. redup je walau dah sampai waktu tengahari. Sambil berhati-hati kami masuk hingga ke dalam ladang. Nampak juga la kesan mereka masih baru di mana-mana. Kesan najis yang ditinggalkan maksud aku ni.
Sambil memandu, kawan sorang ni sebutlah pasal teringin nak tengok gajah depan mata pasal tak pernah lagi ada peluang. Masa tu kami tak la cerita panjang pun. Sebelum tu pulak, waktu hantar Adam ke transit aku siap cakap dengan Adam. Hari ni ummi nak tengok gajah. Nah mulut celupar sangat 2 orang ni mendapat la.
Terserempak Gajah Betina!
Kami bergerak bertiga dalam satu kereta. Sampai kat satu selekoh tu aku mintak yang bawak kereta berhentikan kereta sebab nak ambil gambar di sebelah kiri. Dalam pada tu langsunglah tak tengok sebelah kanan. Tiba-tiba kawan belakang menjerit. "Jangan berhenti.. jalan terus!".
Terkejutlah kami dengan aku sekali tertoleh ke kanan.. Tengok kanan.. tu dia.. nampak bahagian belakang dia dulu.. besar wei. Terus macam takde suara aku yang keluar bisik mintak yang bawak kereta jalan terus. Gaya macam kalau jerit gajah tu boleh dengar tau dia punya takut tu.
Jarak kami dengan gajah tu tak sampai pun 50 meter masa tu. Gigil kalau ingat balik. Mujur kawan yang duduk belakang tu perasan. Mujur jugak dia tak terkejut dan pusing hala ke kami. Bila dah jauh macam jarak 200 ke 300 meter macam tu kami berhenti, kemudian tengok ke belakang rupanya gajah tu masih duduk di lokasi yang sama. Syukur dia tak kejar kami.
Pengalaman melihat gajah di depan mata
Ini pengalaman kedua aku tengok gajah di depan mata. Pengalaman pertama masa balik dari rumah abah waktu dah lepas jam 11 malam. Masa tu anak gajah je kami jumpa. Dia macam sesat masa tu.
Kali kedua masa kerja ni la. Kami keluar perlahan-lahan dari kereta kami. Biarkan enjin hidup dan pintu terbuka. Untuk persediaan kalau perlu lari jika terpaksa. Kami turun dan tengok gajah tu dari jauh. Rupanya dia gajah betina yang ada anak kecil. Dia tengah mematahkan pucuk kelapa sawit untuk bagi anaknya makan.
Masa mula-mula dia nampak kami dari jauh tu memang dia dah tunjukkan tanda amaran, macam kembangkan telinga, tak berganjak dan pandang statik ke arah kami. Lama kami berdiri kat situ lama-lama dia rasa tak terancam lagi dah dan dia makan sama-sama dengan anaknya tanpa endahkan kami pun.
Kawan yang sorang teringin nak tengok lebih dekat, jadi kami bergerak sedikit ke depan. Bila dia nampak kami bergerak dia tunjukkan lagi tanda amaran mengangkat kaki dia macam ada cubaan nak berlari ke arah kami. Jadi kami berhenti dan terus perhatikan dia dari jauh. Sambil tu perhatikan juga jika ada yang lain di sekitar.
Lama-lama gajah tu buat tak nampak kami kat situ dan dia tak rasa kami mengancam dia dengan kehadiran kami. Tak lama kami pun beredar dari situ. Itulah pengalaman berharga melihat gajah liar di depan mata walau dari jarak yang agak jauh.
Berita orang mati diserang gajah
Lepas keluar tu barulah kami tau kisah pada hari yang sama ada orang mati diserang gajah di Felda Tenggaroh, Mersing. Bila baca berita rasa meremang pulak tiba-tiba. Syukur alhamdulillah Allah selamatkan kami dari bencana dan apa jua kejadian tak diingini waktu kami bekerja.
Ayat Patut Dibaca Ketika Berjumpa Haiwan Liar
Satu lagi pengalaman yang nak dikongsikan, sewaktu kami nak keluar dari kenderaan tu adalah kawan sorang ni tanya. Apa ayat yang patut dibaca kalau kita jumpa haiwan liar tu ya? Sumpah langsung takde siapa yang dapat ingat masa tu.
Sebenarnya, jika terserempak dengan haiwan liar macam kami tu sepatutnya kami perlu baca ayat di bawah ni.
Ianya adalah dari Surah Al Naml (Semut) Ayat 30 dan 31.
InsyaAllah boleh mula simpan dan jadikan amalan.
Ceritaita
seram kalau kena kejar tu dia dah la besar. mujur takde pape kan.
BalasPadamAllahuakbar, risau juga bila jadi macam nie...
BalasPadamincikSuami pun selalu pesan juga, mulut jangan celupar, sebab dia dulu kan memang masuk operasi dalam hutan..jangan sebut lah nak tengok itu ini, tau2 sampai je nanti...
sebab tu diorang memang guna nama samaran je.
mcm cikJah tu depe panggil fumakila...hihihi
dari jauh pun nampak besar, apatah lagi depan-depan. Nasib baik lah tak ada apa yang bahaya yang jadi masa tu
BalasPadam