Singgah di Celup Tepung Hujung Tanjung - Cerita Ita                                                             Singgah di Celup Tepung Hujung Tanjung Langkau ke kandungan utama

Singgah di Celup Tepung Hujung Tanjung

Kedai Makan Sekitar Kuantan


Assalamualaikum semua, lamanya aku tak tulis pasal makanan kan? Sebenarnya lama aku tak menulis di blog ni. Sebab mood menulis tu dah jauh ke laut dalam. Banyak la sebab antaranya sebab kerja dan kehidupan aku makin seronok dan aku jadi lupa untuk menulis. Tapi hari ni terasa nak tulis pasal kedai makan area Kuantan.

Kebetulan aku tengah habiskan cuti beberapa hari kat rumah kami di Kuantan ni jadi sempat la berjalan-jalan cari makan jugak. Jadi aku tulis la sikit-sikit.




Celup Tepung Hujung Tanjung 


Percaya atau tidak dah bertahun kedai ni wujud dan viral baru ni la kami dapat singgah. Ya ini pertama kali kami datang sini ni. Itu pun benda berlaku tak dirancang pun. Tetiba je tersinggah. 

Asalnya kami berjalan ke Tanjung Lumpur ikut jalan dalam kampung lepas kami selesai berbelanja di kedai Eco Bandar Putra. Bila dah sampai kat area Swissbel Hotel Kuantan kami sempat la ambik gambar kat replika sampan tepi pantai. Terus terpandang pulak papan tanda Celup Tepung Hujung Tanjung tu 500 meter di hadapan.
Jadi aku ajaklah Shah singgah. 




Apa yang ada di Celup Tepung Hujung Tanjung?


Niat asal sebenarnya setakat nak tengok apa yang ada sebab tak niat pun nak beli apa-apa pun. Tapi biasalah orang perempuan. Macam masuk kedai la.. niat asal nak beli satu dua barang je tetiba penuh troli.. haha

Jadi kisah kat sini pun samalah.. niat asal nak tengok-tengok je jadi terbeli pulak. Bila aku scan harga yang ada kat kedai aku tukar niat asal jadi cubalah rasa. Itu pun lepas aku dah tengok semua senarai harga macam kat bawah ni.




Apa aku beli di Celup Tepung Hujung Tanjung?


Untuk rasa-rasa aku cuba letak limit supaya tak over. Jadi aku cuma ambik 3 ekor ikan selayang yang berharga RM5 untuk 3 ekor dan 7 ekor udang bersaiz kecil berharga RM5 jugak. Jadilah RM10 untuk merasa. Kalau sedap yang ni nanti kita bawa anak-anak makan kat sini pulak.

Cara nak tempah makanan di Celup Tepung Hujung Tanjung 


Ada cara rupanya nak tempah makanan di Restoran Celup Tepung Hujung Tanjung ni. Masa aku sampai aku jenguk meja tempat hidang makanan utama sebelum kaunter bayaran tu takde pulak dipamerkan semua makanan yang dah dicelup tepung macam kat kedai makan celup tepung sebagaimana biasanya. 

Kat kedai ni cara dia lain sikit. Pelanggan kena pilih dulu ikan atau makanan laut segar yang pelanggan inginkan untuk dijadikan sajian. Harga mereka dah paparkan dengan jelas. Termasuk jenis ikan dan makanan laut dilabelkan setiap bekas. Terbaik yang ni, sangat memudahkan pelanggan untuk buat pilihan sesuai dengan bajet. 




Bila dah siap pilih ikan boleh terus ke kaunter timbang dan tunggu timbangan dibuat. Boleh tanya harga anggaran dan bagitau terus samada makan di meja nombor berapa atau bungkus. Mereka akan tanya nama jugak untuk ditulis di kertas tempahan. Nanti mereka akan sebut nama masa tempahan dah sedia. 




Pada aku semua lancar cuma satu je, kawasan nak pilih ikan tu agak licin dan sempit. Kena berhati-hati, sabar dan tak perlu ramai-ramai di situ. Kalau tuan kedai pindahkan di kawasan luar rasanya lebih selesa. 

Pemandangan cantik di Celup Tepung Hujung Tanjung Kuantan


Sementara menunggu tu aku siap bawak anak-anak berjalan ke jeti yang berada betul-betul kat depan kedai makan ni. Kerusi meja banyak je kosong walau orang agak ramai. Tapi kami yang buat pilihan taknak duduk di meja dan berjalan ke jeti tengok nelayan yang sedang membersihkan bot nelayan.




Anak-anak pun sama terhibur tengok ikan kecil berenang-renang di bawah jeti. Bila kami sampai semula ke kedai makan sedang elok ikan yang kami pilih tadi dah siap dimasak. Boleh la terus kami bawa balik untuk dimakan di rumah.

Sedap ke makanannya?





Soalan yang ni selalu ditanya. Sedap ke makanan yang dijual di Celup Tepung Hujung Tanjung ni? Pada aku dari makanan sikit yang kami beli ni, ianya sedap. Tepungnya rangup dan tak terlalu berminyak. Ikan dan udangnya segar. Cuma sosnya je agak manis sikit. InsyaAllah kami akan pergi lagi ke kedai ni nanti. Terutama bila ada rezeki lebih sikit nanti. Aku dah aim nak capai sotong candat dia yang besar tu... sedap betul bila membayangkan tadi. 

Kalau sesiapa yang teringin nak ke Kuantan boleh masukkan restoran ni dalam senarai wajib pergi ok. Kedai buka setiap hari dari jam 12.30 tengahari hingga jam 7 malam. Selamat menjamu selera korang. 


Ceritaita 

Ulasan

  1. Boleh la try celop2 kat sini pulak. Selalu pi pok awang celop tepung pantai pelindung tu je.

    BalasPadam
  2. biasanya kalau kite busy mmg kite rs xde idea untuk tulis blog.. tp kdg2 kalau busy, smkin byk idea untuk menulis... mungkin atas mood kot..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...