Selamat Tahun Baru 2025 - Cerita Ita                                                             Selamat Tahun Baru 2025 Langkau ke kandungan utama

Selamat Tahun Baru 2025

Tahun Baru, Aura Baru, Azam Baru



Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca blog Ceritaita sentiasa dalam rahmat Allah.. Tahun baru biasanya kita mulakan dengan aura baru kan? Kita juga mulakan dengan Azam baru. Jadi aku tulislah balik azam aku setiap tahun yang dibuat tahun lepas msih tak berjaya aku tunaikan tu. Kenalah senaraikan balik kan..

Azam Tahun 2025

1. Menulis Blog Dengan Kerap

Kalau tahun lepas aku punya azam nak tulis blog setiap hari. Tahun 2025 ni aku sedar diri dan kemampuan aku makanya aku ubah sikit la nak tulis blog dengan kerap lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Moga ada kekuatan.

2. Teruskan Azam Nak Kurus

Kali ni aku betul-betul serius nak kurangkan berat badan. Kalau boleh dapat kurang 1 saiz baju pun dah ok sangat dah. Sekarang ni aku masih pakai baju 2xl lagi ni. Demi kesihatan diri yang lebih baik aku tanamkan azam yang ni.

3. Teruskan Senaman

Kalau dulu aku cuma mampu buat lompat tali skipping je setakat paling tinggi 80 kali sebab semput. Kali ni aku tambah pulak. Setiap pagi aku kena buat briskwalk sekeliling kawasan pejabat paling kurang pun 3 pusingan yang lebih kurang 1.4km jauhnya. Nanti aku akan tambah sikit demi sikit. InsyaAllah.

Senaman tali skipping pun aku teruskan jugak. InsyaAllah akan cuba tambah bilangan kepada 10 setiap minggu. 

Lagi satu yang aku cuba buat ialah ikut senaman senamrobik kat satu tempat ni. Tapi jadual agak payah walau cuma 2 kali seminggu. Aku cadang nak mula jugak balik minggu depan. Doakan ek. 

4. Jaga Pemakanan 

Aku berazam jugak nak kurangkan makan makanan berlemak dan manis. Kali terakhir aku periksa kolesterol aku aritu dah turun 0.2 dari awal tahun. Kira nampak jugak la. Kena gigihkan lagi kawal pemakanan untuk kurangkan berat badan jugak. 

Badan aku dah alami kadar metabolisma badan yang agak rendah. Walaupun aku makan nasi sikit je tapi berat tetap berkekalan hingga ke syurga dunia.. ciss.. Berat betul masalah yang satu ni. Memang kena usaha lebih. Terutama menahan nafsu bila di perantauan.

5. Baiki Solat dan Ibadah Lain

Walaupun dah bakal berusia 46 tahun pada tahun ni aku tak malu mengaku aku masih berusaha untuk baiki solat aku. Baiki dari segi masa melaksanakan serta kekusyukan solat jugak.Di samping tu aku cuba setkan jumlah zikir yang aku perlu buat sehari jugak. Buat zikir yang mudah-mudah dan asas dulu macam Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahuakbar je dulu. Semoga dapat capai. 

Doakan aku dapat capai Azam utama yang aku buat untuk Azam 2025 ni ya. Terima kasih korang.

Ceritaita

Ulasan

  1. happy new year,,
    moga semua azamnya tercapai..aamiin

    BalasPadam
  2. semoga semua impian dan azam terlaksana... ameeennnn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.