Tahun Baru, Aura Baru, Azam Baru Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca blog Ceritaita sentiasa dalam rahmat Allah.. Tahun baru biasanya kita mulakan dengan aura baru kan? Kita juga mulakan dengan Azam baru. Jadi aku tulislah balik azam aku setiap tahun yang dibuat tahun lepas msih tak berjaya aku tunaikan tu. Kenalah senaraikan balik kan.. Azam Tahun 2025 1. Menulis Blog Dengan Kerap Kalau tahun lepas aku punya azam nak tulis blog setiap hari. Tahun 2025 ni aku sedar diri dan kemampuan aku makanya aku ubah sikit la nak tulis blog dengan kerap lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Moga ada kekuatan. 2. Teruskan Azam Nak Kurus Kali ni aku betul-betul serius nak kurangkan berat badan. Kalau boleh dapat kurang 1 saiz baju pun dah ok sangat dah. Sekarang ni aku masih pakai baju 2xl lagi ni. Demi kesihatan diri yang lebih baik aku tanamkan azam yang ni. 3. Teruskan Senaman Kalau dulu aku cuma mampu buat lompat tali skipping je setakat paling tinggi 80 kali sebab semput. Kali ni aku t...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.