assalamualaikum semua, dah 2 hari aku berada di luar kawasan dari kuantan... rindu dengan semua yang berada di sana... terlebih rindu dengan anak-anak... dan suami jugak... hehe... tadi terbaca suratkhabar menunggu di ruangan lobi hotel... ada berita yang agak mengejutkan dan menakutkan aku terbaca... merisaukan pun ada... cerita pasal penagih dadah... hmmm... sedih nak ulas tapi ini la hakikat... penagih dadah bertambah seorang dalam sejam... Ye sejam tau bukan sehari... jika begitu bayangkan dalam setahun... 2 tahun? berapa ramai penagih dadah yang ada berbanding dengan penghafal al-quran yang kita ada ? Penagih dadah dilahir setiap sejam ~ sumber Utusan Malaysia ~ Dan statistik ini jugak menunjukkan melayu adalah bangsa tertinggi melahirkan penagih dadah dalam Malaysia ni.... ujian bagi kami ibu bapa di zaman ini... sangat menakutkan untuk hadapi zaman anak-anak akan membesar dan akhirnya hidup sendiri suatu masa nanti... adakah kami cukup kuat...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.