assalamualaikum semua, kami baru je berpeluang balik ke kampung di johor untuk berbuka puasa bersama keluarga di sana... alhamdulillah... sangat meriah... kebetulan pulak pada masa yang sama salah sorang jiran kami di kampung yang berketurunan Bugis turut menghantar hidangan tradisi orang Bugis bila menyambut perayaan iaitu Burasak... Burasak mungkin bagi sesetengah orang, nama makanan ini sendiri agak pelik kan? tapi ianya sendiri sebenarnya adalah salah satu menu hariraya yang enak dimakan zaman berzaman... walaupun bunyinya agak pelik tapi sebenarnya Burasak merupakan hidangan yang hanya memerlukan bahan asas yang mudah bagi melengkapi resepinya... bagi aku sendiri, walaupun kami mempunyai susur galur yang berasal dari keturunan Bugis di sebelah mak tapi kebanyakan tradisi dan makanan orang Bugis yang kami sendiri tak tau atau kenal... ditambah pulak dengan ketiadaan arwah Tok Bak sejak dari zaman mak anak dara lagi... kami lebih dikenalkan dan dibesarkan...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.