Cerita Ita: GDM                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GDM

Berat badan aku tak naik-naik!

assalamualaikum semua,  kejap je dah jumpa hari Jumaat balik.. rasa singkat sangat masa.. baru masuk minggu tetiba dah sampai hujung minggu balik.. dalam tak sedar yang dalam perut ni dah berumur 31 minggu dah pun.. rasa macam baru je tau dia wujud.. tau-tau dah 31 minggu.. tak lama dah nak tunggu orang baru dalam keluarga kami.. dalam hati berbunga nak tunggu orang baru tu terasa jugak cuak.. bukan sebab apa pun.. sebab berat badan aku tak naik-naik! Berat badan aku tak naik-naik! ni yang agak pelik sebenarnya, selalu tanpa diundang akan naik dan tak reti nak turun-turun.. kali ni dia tak mau naik la pulak.. tapi rasanya memang fenomena biasa bila aku mengandung mesti berat badan makin menurun dari sebelum mengandung.. dah berapa orang anak sebelum ni pun.. aku perati je.. memang macam tu dari anak sulung dulu.. sebab tu lepas bersalin tu memang boleh kurus la.. tapi sekejap benar selalunya.. haha.. bila dah menyusukan anak nafsu makan macam apa je.. mendadak dia naik.....

Cabaran kali ini..

assalamualaikum semua,  lamanya tak tulis kat blog ni.. sibuk sikit 2 minggu ni.. mana nak uruskan kerja.. mana nak uruskan persiapan sikit-sikit termasuk sibuk berulang ke klinik je kerjanya.. dah diuji cabaran kali ini kenalah hadap walaupun tak berapa kuat sebenarnya.. tapi bila Allah dah bagi rezeki tu.. kita terima dan fahamkan jelah hikmah di sebaliknya..  Cabaran kali ini..  mungkin ada orang dah mula bosan bila aku terpaksa menghilang setiap 2 minggu untuk ke klinik.. apa nak buat.. rutin kali ni berbeza sikit.. kalau dulu waktu Adik Hadi kadar gula dalam darah cuma dikesan sewaktu kandungan menghampiri 35 minggu.. jadi cuma sempat dijadualkan untuk hadiri sesi kaunseling bersama pakar permakanan je la.. mana tau tetiba pulak kedudukan bayi waktu tu tak berapa molek.. jadi dijadualkan untuk pembedahan.. Senarai semak kriteria untuk ujian MGTT tapi eh tetiba datang serah diri masuk wad nak terbersalin terus waktu 38 minggu tu betul-betul seha...